omniture

"Program Inkubasi Teknologi Awan dan Mudah Alih" Microsoft dilancarkan di Zhaoqing

Zhaoqing Unicorn Field diperkenal secara rasmi
Heungkong Group
2019-05-31 04:51 502

GUANGZHOU dan ZHAOQING, China, 31 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Inovasi dan Pembangunan Sains dan Teknologi Zhaoqing 2019 bertemakan "Mencipta Masa Depan dengan Pintar melalui Sains dan Inovasi sebagai Enjin" diadakan dengan jayanya di Kawasan Baharu Zhaoqing pada 22 Mei, yang mana "Program Inkubasi Teknologi Awan dan Mudah Alih" Microsoft - Platform Inkubasi Aplikasi Awan dan Mudah Alih Zhaoqing dilancarkan secara rasminya. Platform inkubasi ini, dikenali sebagai "Unicorn Field", bersama-sama dibina oleh Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Baharu Zhaoqing dan Microsoft China serta diurus oleh Heungkong Cloud Science and Technology (Zhaoqing) Co., Ltd., dengan matlamat untuk mencipta ruang inovasi yang besar dengan tumpuan pada data raya serta kecerdasan buatan sebagai bidang utama untuk inkubasi. Enam pasukan pertama yang diinkubasi naik ke pentas untuk menerima anugerah.

"Program Inkubasi Teknologi Awan dan Mudah Alih" Microsoft dilancarkan di Zhaoqing
"Program Inkubasi Teknologi Awan dan Mudah Alih" Microsoft dilancarkan di Zhaoqing

"Program Inkubasi Teknologi Awan dan Mudah Alih" Microsoft yang dilancarkan di Zhaoqing bukan sahaja akan menyediakan perkhidmatan inkubasi profesional yang relevan untuk projek inkubasi yang cemerlang, tetapi turut memperkenalkan sumber pasaran dan sokongan teknikal yang utama daripada Microsoft di seluruh dunia, kata ketua pegawai strategi Microsoft Innovation Alliance, Dai Ziting.

Feng Jianlin, pengurus besar Pusat Sains dan Inovasi Heungkong Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Unicorn Field, berkata bahawa sebagai jenama bebas dalam seksyen industri sains dan inovasi Heungkong Group, Unicorn Field, bergantung pada Pusat Inovasi Teknologi Antarabangsa Heungkong, komited untuk menjadi peneraju komprehensif dalam pembangunan dan pengurusan ekosistem sains dan inovasi di bandar tersebut. "Sistem pemboleh piramid unik kami ialah platform pemupukan untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan dan memudahkan transformasi industri-industri tempatan dengan menghubungkan semua daya, unsur dan sumber sains dan inovasi."

"Program Inkubasi Teknologi Awan dan Mudah Alih" Microsoft - Platform Inkubasi Aplikasi Awan dan Mudah Alih Zhaoqing (Unicorn Field - Zhaoqing) akan mula beroperasi secara rasminya, memanfaatkan kelebihan dari segi penyelidikan dan pembangunan (R&D) hanya dengan kedudukannya yang terletak di Zhaoqing, di samping bersepadu dengan baik dalam industri-industri teknologi tinggi dan baru muncul yang strategik seperti pembuatan pintar, pemuliharaan tenaga, perlindungan alam sekitar dan kenderaan elektrik. Platform akan menumpu pada pengkomputeran awan, Internet Pelbagai Benda, data raya, kecerdasan buatan dan 5G, memperkenalkan dan menginkubasikan pasukan dan perniagaan inovasi serta keusahawanan dan menyediakan mereka dengan perkhidmatan profesional seperti ruang permulaan, kemudahan berkongsi, perkhidmatan teknikal, khidmat runding, pelaburan dan pembiayaan, bimbingan keusahawanan dan juga pertukaran sumber.

Zhaoqing ialah salah satu daripada sembilan bandar di Delta Sungai Mutiara dan salah satu pengkonglomeratan bandar utama dari segi pembangunan Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau. Dengan banyaknya ketersediaan ruang pejabat dan lokasi geografinya yang menghubungkan Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau dengan wilayah barat daya lebih besar China, Zhaoqing juga terhubung erat dengan Hong Kong. Dengan pembinaan Kawasan Teluk Lebih Besar, bandar ini merancang untuk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan untuk menarik sumber berkualiti tinggi dari Hong Kong, mempercepatkan transformasi perindustriannya dan membangunkan ekonominya khusus melalui aplikasi penyelesaian saintifik dan teknologi. Zhaoqing merancang untuk membina Zon Rintis Kerjasama Khas Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau (Zhaoqing) yang telahpun diluluskan pada awalnya oleh pentadbiran wilayah Guangdong yang berkaitan. Ketua eksekutif Hong Kong Carrie Lam, yang menghadiri mesyuarat ke-21 Persidangan Bersama Kerjasama Hong Kong-Guangdong di Guangdong pada 16-17 Mei, mengadakan lawatan khas ke Zhaoqing. Pada 19 Mei, Lembaga Perancangan Bandar Hong Kong turut melakukan lawatan pemeriksaan ke Zhaoqing, "Bagi memperoleh pemahaman yang mendalam tentang Zon Rintis Kerjasama Khas Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau (Zhaoqing) serta perancangan dan pembinaan Bandar Raya Zhaoqing Hong Kong". Hong Kong Polytechnic University dan Open University of Hong Kong kedua-duanya merancang untuk menubuhkan kampus-kampus di Zhaoqing, menurut sumber-sumber awam.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190527/2478329-1

Source: Heungkong Group
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements New products/services