omniture

"Seamless Soldering" - LONGi Umum Teknologi Pengkapsulan Modul Proprietari Baharu

LONGi Solar
2019-06-03 19:18 438

XI'AN, China, June 3, 2019 /PRNewswire/ -- LONGi Solar hari ini mengumumkan bahawa syarikat telah membangunkan teknologi "Seamless Soldering" ("Pematerian Lancar") yang menyingkirkan sepenuhnya jurang antara sel dan meningkatkan kecekapan modul PV. Teknologi ini dirancang untuk dikeluarkan secara besar-besaran pada separuh kedua tahun 2019. Menurut ujian TUV SUD pada 30 Mei, teknologi "Seamless Soldering", apabila digabungkan dengan reka bentuk modul yang inovatif, berpotensi untuk mendorong rekod kuasa modul PERC berkecekapan tinggi daripada LONGi Solar kepada 500Wp.

Seamless Soldering
Seamless Soldering

 

 

Teknologi "Seamless Soldering" menggunakan reben pateri bagi mencapai saling sambung "berjubin" pada sel, menyingkirkan sepenuhnya jurang sel seluas 2mm yang biasa, seraya dapat meningkatkan kecekapan di samping mengurangkan kos BOM modul. Teknologi ini amat serasi dengan proses dan peralatan pengkapsulan modul sedia ada. Ia mempunyai tahap kematangan dan kestabilan pengeluaran besar-besaran yang tinggi dan kapasitinya mudah diskalakan. Selain itu, "Seamless Soldering" memiliki keserasian teknikal yang baik yang dapat bersepadu dengan wafer silikon monohabluran M6, wafer silikon nipis, wayar pemateri dan reben reflektif.

Usaha berterusan teknologi modul PV dalam evolusi tinggi kecekapan dan tinggi kuasa merupakan faktor-faktor utama dalam mengurangkan LCOE. LONGi telah menjalankan kajian harta intelek terhadap teknologi "Seamless Soldering" dan telah memohon beberapa paten yang berkaitan. Pelancaran teknologi ini menandakan satu langkah baharu dalam inovasi modul LONGi. LONGi akan terus melabur dalam teknologi bagi mempromosikan rangkaian lebih luas aplikasi PV di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190531/2483305-1
Logo -
https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services