omniture

Ethfinex Trustless Lancar Perkhidmatan Atas-Kaunter Terpencar

Ethfinex Trustless
2019-06-04 01:10 103

ROAD TOWN, Kepulauan Virgin British, 3 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Ethfinex Trustless, bursa mata wang kripto terpencar hibrid yang terbesar, dengan bangganya melancarkan perkhidmatan Atas-Kaunter (OTC) dikuatkuasakan rantaian blok yang pertama dalam industri.

Meja perdagangan Atas-Kaunter (OTC) tersebar dalam pasaran mata wang kripto, memudahkan perdagangan yang besar dibuat antara pihak-pihak agar dapat mencegah pasaran lebih luas daripada terjejas akibat turun naik harga. Secara kebiasaannya, perkara ini menelan kos yang tinggi kepada peserta dan menggugat kepercayaan dalam eskrow.

Ethfinex Trustless OTC merevolusikan model ini dengan menggunakan rantaian blok untuk menguatkuasakan perjanjian dalam urus niaga atomik. Mulanya, pasaran ini menyingkirkan keperluan untuk escrow, dan membuka OTC kepada sesiapa sahaja melalui bayaran yang jauh lebih rendah iaitu pada kadar 0.02% (berbanding 2-5% untuk meja perdagangan OTC yang lebih tradisional). Di samping itu, memandangkan tiadanya buku pesanan terpusat atau enjin pemadanan, tiada sekatan dikenakan ke atas apa yang didagangkan di Ethfinex Trustless OTC (dengan syarat produk tersebut bukan instrumen kewangan). Pelanggan boleh mendagangkan sebarang token ERC20 malah menspesifikasikan alamat Ethereum tersuai untuk token yang kini tidak disenaraikan pada mana-mana bursa.

Will Harborne, Pengasas Ethfinex Trustless berkata:

"Melanjutkan keupayaan Ethfinex Trustless bagi menyediakan perkhidmatan OTC merupakan satu langkah penting bagi memenuhi potensi pemencaran dalam pasaran mata wang kripto. Ia membuka peluang kepada yang dilarang sebelum ini oleh meja OTC yang mahal dan menyediakan sekuriti dalam perjanjian atomik yang dikuatkuasakan oleh rantaian blok. Pelanggan tidak lagi perlu meletakkan kepercayaan kepada pihak ketiga atau mengambil risiko dengan melakukan perdagangan terus dengan rakan niaga itu sendiri."

Tanpa proses pendaftaran atau KYC, pelanggan boleh mula menghubungkan dompet mereka di trustless.ethfinex.com/otc hari ini. Warga A.S. dan warga dari bidang kuasa lain yang disekat tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam Ethfinex Trustless OTC.

Latar Belakang Ethfinex Trustless: Dilancarkan pada September 2018, Ethfinex Trustless ialah antara muka bursa tanpa kepercayaan yang pertama di dunia yang menggunakan rantaian blok Ethereum yang dapat berhubung terus dengan bursa terpusat. Dengan kawalan penuh terhadap aset, tanpa deposit dan pengeluaran serta sambungan terus kepada buku pesanan Bitfinex, ia menjadi salah satu bursa terbesar yang membuat penyelesaian pada rantaian blok Ethereum.

Source: Ethfinex Trustless
Keywords: Computer/Electronics New products/services Blockchain