omniture

Jinergy di SNEC 2019: Kecekapan Modul Cecah 21.9%

Jinneng Clean Energy Technology Ltd.
2019-06-04 17:34 378

SHANGHAI, 4 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Pada 4 Jun, Jinneng Clean Energy Technology Ltd. (Jinergy), pengeluar PV dipacu teknologi yang berpangkalan di China, mempamerkan tiga teknologi canggih di Persidangan & Pameran Penjanaan Kuasa Fotovolta Antarabangsa SNEC (2019) ke-13 di Shanghai.

Dalam Dialog Pemimpin-pemimpin Tenaga Mesra Alam Global kali ke-13 yang diadakan semasa pameran, Dr. Liyou Yang, pengurus besar Jinergy, menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk Memacu ke arah dan melangkaui pariti grid dan semasa perbincangan panel berlangsung, beliau menyebut bahawa, "Inovasi teknologi ialah kunci kepada pariti grid dan industri PV yang lebih matang. Jinergy mengikuti lelaran teknologi dan telah mencapai kejayaan cemerlang dalam kecekapan modul, degradasi modul, prestasi modul dan kedwimukaan bagi meningkatkan penjanaan kuasa dan menurunkan LCOE."

Di Forum Pembangun-pembangun Jinergy (JDF 2019) kali ke-4, Gaofei Li, pengarah teknikal Jinergy, menyebut tentang pencapaian Jinergy secara terperinci. Kedua-dua modul berkecekapan tinggi biasa Jinergy (polihabluran dan monohabluran PERC) menunjukkan degradasi yang amat rendah dengan mengoptimumkan proses penyalutan dan pempasifan selain kawalan bahan mentah dan proses yang ketat. Dengan menunjukkan degradasi dan PID yang amat rendah dalam fasa I front runner aplikasi PV Datong, modul polihabluran Jinergy membawakan lebih banyak faedah kepada pelabur. Di samping itu, dengan kedwimukaan 78%, modul dwimuka dwikaca PERC Jinergy dapat menjana 5%-25% lebih banyak kuasa dari bahagian belakang. Penjanaan kuasa dan LCOE dioptimumkan dengan ketara.

Untuk memberi pencapaian penting kepada LCOE dan merealisasikan pariti grid, Jinergy turut menyediakan modul berkecekapan super tinggi HJT. Menampilkan penjanaan kuasa dwimuka, prestasi rendah cahaya yang cemerlang, pekali dan degradasi suhu yang ultra rendah, penjanaan kuasa keseluruhan modul HJT Jinergy meningkat sebanyak 44% apabila dibandingkan dengan modul polihabluran biasa. Pada masa kini, purata kecekapan pengeluaran besar-besaran sel HJT mencecah 23.79% dan kecekapan sel baharu yang masih diuji mencecah 24.73%. Diuji oleh TUV Rheinland, kecekapan modul bagi modul HJT Jinergy mencecah 21.9% manakala kedwimukaan mencecah 93%.

Sebaik sebelum pameran berlangsung, Jinergy menerima Anugerah Perusahaan Panel Solar 20 Terbaik China yang ketiga dan Anugerah Pencapaian Teknologi APVIA yang kedua.

Latar Belakang Jinergy

Jinergy, sektor tenaga mesra alam yang diperbadankan di bawah Jinneng Group, salah sebuah kumpulan tenaga milik negara di China, mengikuti strategi lelaran teknologi dan menggunakan tiga generasi teknologi canggih, iaitu polihabluran, monohabluran PERC dan HJT.

Menjelang akhir tahun 2018, Jinergy mempunyai kapasiti pengeluaran 2GW secara keseluruhan untuk modul-modul polihabluran, monohabluran PERC dan HJT. Pada tahun 2017, Jinergy mengkomersialkan produk-produk HJT berkecekapan tinggi dan akan meluaskan kapasiti pengeluaran kepada skala GW dalam tempoh tiga tahun.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180528/2144424-1LOGO

Source: Jinneng Clean Energy Technology Ltd.
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Oil/Energy Utilities Trade show news