omniture

Wind River dan Airbiquity Ganding Bahu untuk Penyelesaian OTA Kenderaan-kepada-Awan untuk Kereta Terhubung dan Berautonomi

Airbiquity
2019-06-04 18:00 163

DETROIT, 4 Jun 2019 /PRNewswire/ -- TU-AUTOMOTIVE DETROIT 2019 -- Wind River®, peneraju dalam menyediakan perisian IoT untuk infrastruktur kritikal, dan Airbiquity®, peneraju bagi perkhidmatan kenderaan terhubung, berusaha ke arah menyepadukan teknologi-teknologi utama bagi membangunkan penyelesaian pengurusan kitaran hayat perisian hujung-ke-hujung untuk kenderaan terhubung dan berautonomi, penyelesaian yang merangkumi kenderaan kepada infrastruktur awan. Penyelesaian tersebut akan mendayakan pengemaskinian perisian melalui-udara (OTA) dan pengurusan data yang selamat dan pintar.

Pengurusan perisian yang betul dan proaktif sepanjang tempoh kitaran hayat kenderaan menjadi semakin penting untuk meningkatkan prestasi, mengekalkan nilai dan menangani ancaman keselamatan dan sekuriti. Menggunakan OTA, pembuat kereta dapat menghantar data diagnostik dan operasi dengan selamat serta menggunakan pengemaskinian perisian dengan cekap untuk mengurangkan perbelanjaan penarikan balik dan mendayakan ciri-ciri kenderaan baharu.

Wind River dan Airbiquity akan menyediakan industri automotif dengan penyelesaian OTA yang bersifat terbuka dan fleksibel, menggabungkan komponen teknologi perisian yang utama dalam pasaran bagi mencipta penyelesaian OTA yang komprehensif, saling beroperasi dan disahkan terlebih dahulu, disokong oleh kepakaran dua syarikat teknologi perisian yang utama dalam industri.

Wind River merancang untuk menyumbang Edge Sync, penyelesaian pengurusan kitaran hayat perisian yang amat modular dan dikemasi kini OTAnya. Airbiquity akan menyumbang penyelesaian OTAmatic™ termasuk pengaturan OTA, pengurusan kempen, pengurusan perisian dan data serta keupayaan rangka kerja sekuriti berasaskan Uptane.

Penyelesaian bersepadu yang menggabungkan Edge Sync dan OTAmatic juga mempunyai kebolehgunaan untuk pelbagai sektor IoT bukan automotif seperti perubatan, perindustrian, aeroangkasa, ketenteraan dan juga telekomunikasi.

"Pembuat kereta berdepan dengan tekanan untuk memperkenalkan ciri-ciri yang amat kompleks dan terus memberi lebih nilai. Memajukan pengurusan perisian untuk menangani dengan selamat seluruh kitaran hayat sebuah kereta akan menjadi strategi yang berkesan untuk membantu pembuat kereta memberikan lebih banyak inovasi secara berterusan sambil kekal berkesan kos," kata Marques McCammon, naib presiden Automotif di Wind River. "Dengan berganding bahu bersama peneraju-peneraju seperti Airbiquity, kami dapat membantu pembuat kereta untuk memenuhi keperluan pelanggan dan perniagaan yang berubah-ubah."

"Airbiquity memahami keperluan pasaran untuk penyelesaian OTA yang tangkas, selamat dan mudah diskalakan dengan kebolehfungsian terbukti daripada pembekal-pembekal yang dikenali," kata Kamyar Moinzadeh, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Airbiquity. "Kami berharap dapat membawa penyelesaian OTA bersama ini kepada pasaran automotif dan pasaran-pasaran lain bersama rakan kongsi teknologi pemasaran dan jualan yang amat berkebolehan seperti Wind River."

Edge Sync menyediakan penyelesaian yang berfungsi dengan baik dan terkemuka dalam pasaran untuk membolehkan pengemaskinian yang pantas, selamat dan terjamin kepada perisian dan perisian tegar untuk terus meningkatkan nilai kereta dan pengalaman pelanggan dalam tempoh jangka panjang. Ia turut melibatkan teknologi yang mendayakan pengemaskinian berbeza yang paling kecil apabila melaksanakan pengemaskinian OTA. Memastikan kemas kini kekal minimum dapat mengurangkan masa dan kos pengedaran, masa penghantaran kemas kini dan memori yang diperlukan untuk unit kawalan elektronik automotif (ECU).

OTAmatic ialah penyelesaian OTA berbilang ECU yang utama dalam industri yang mengaturkan dan mengautomasikan pengemaskinian perisian kenderaan dan pengurusan data daripada awan dengan selamat. OTAmatic menyediakan perkhidmatan OTA yang canggih dengan penyasaran kenderaan dan peranti yang amat halus; kawalan dasar dan privasi yang diskret; komunikasi pengguna yang boleh disesuaikan; perlindungan keselamatan siber berbilang lapisan; dan keflesibelan pengaturan penyelesaian.

Maklumat lanjut tentang penyelesaian dan teknologi automotif Wind River disediakan di http://www.windriver.com/markets/automotive/.

Maklumat lanjut tentang penyelesaian dan teknologi automotif Airbiquity disediakan di http://www.airbiquity.com.

Latar Belakang Wind River
Wind River ialah peneraju global dalam menyediakan perisian untuk pinggir. Teknologi syarikat telah memperkasakan peranti yang paling selamat dan paling terjamin di dunia sejak tahun 1981 dan didapati dalam lebih 2 bilion produk. Wind River menawarkan portfolio yang komprehensif, disokong oleh perkhidmatan dan sokongan profesional global bertaraf dunia serta ekosistem rakan kongsi yang luas. Perisian dan kepakaran Wind River mempercepatkan transformasi digital untuk sistem infrastruktur kritikal yang menuntut tahap keselamatan, sekuriti, prestasi dan keandalan tertinggi. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi Wind River di www.windriver.com.

Latar Belakang Airbiquity
Airbiquity® ialah peneraju global bagi perkhidmatan kenderaan terhubung dan pelopor dalam pembangunan serta kejuruteraan teknologi telematik automotif. Sebagai peneraju bagi inovasi automotif, Airbiquity mengendalikan platform penyerahan perkhidmatan kenderaan terhubung berasaskan awan yang paling maju dalam industri, Choreo™ dan menyokong kesemua senarai tindakan utama termasuk pengemaskinian perisian dan pengurusan data melalui-udara (OTA) dengan OTAmatic™. Melalui kerjasama bersama Airbiquity, pembuat auto dan pembekal automotif telah menggunakan program-program perkhidmatan kenderaan terhubung yang mudah diskalakan, boleh diurus dan terjamin bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka di lebih 60 negara di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Airbiquity di www.airbiquity.com atau sertai perbualan @Airbiquity.

Wind River ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Wind River Systems, Inc. dan rakan-rakan sekutunya. Airbiquity, Choreo dan OTAmatic ialah tanda dagangan Airbiquity Inc. Nama-nama lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

PERHUBUNGAN MEDIA

Jenny Suh
Wind River
510-749-2972
jenny.suh@windriver.com

Noel Wurst
Airbiquity
904-673-4427
media@airbiquity.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/892596/Airbiquity_Wind_River_Partnership_Logo.jpg

 

Source: Airbiquity
Keywords: Auto Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Transportation Wireless Communications Joint ventures Licensing/marketing agreements Trade show news Future Events