Jaringan penyedia mobiliti dan pengangkutan seluruh dunia syarikat baharu UK membolehkan pengguna menempah dan membayar untuk khidmat pengangkutan semasa mengembara di luar negara
LONDON, 5 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Alipay, platform bayaran dan gaya hidup yang terkemuka di dunia yang dikendalikan oleh Ant Financial Service Group, mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan syarikat baharu mobiliti UK, Splyt Technologies, bagi memberi akses kepada ratusan juta pengguna platform bayaran tersebut kepada inventori panggilan tunggangan global melalui program mini pasaran mobiliti dalam aplikasinya. Melalui penyepaduan pertama seumpamanya ini oleh platform bayaran digital global, pelancong Cina kini berpeluang untuk memanggil teksi degan pantas dan mudah daripada penyedia perkhidmatan mobiliti tempatan yang terkemuka kesemuanya melalui Alipay, tanpa perlu memuat turun aplikasi baharu, apabila menjelajah ke luar negara.
"Pengguna tidak mahu 100 aplikasi berbeza – mereka mahukan instrumen yang dapat menjadikan kehidupan mereka lebih mudah," kata Kiki Wu, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Perniagaan Rentas Sempadan, Alipay. "Program mini panggilan teksi serba baharu ini memungkinkannya untuk mencari, menempah dan membayar khidmat tunggangan teksi dalam mata wang natif pengguna kami. Jalinan kerjasama dengan Splyt memberi kami akses yang tiada tandingan kepada senarai penyedia pengangkutan di seluruh dunia yang dapat menjadikan aktiviti bersiar-siar ketika mengembara dengan lebih mudah berbanding sebelum ini."
Platform Splyt, yang mencecah 1.5 bilion pengguna di lebih 50 negara dan wilayah, akan menyediakan pengguna Alipay dengan akses kepada jaringan rakan kongsi pengangkutannya di lebih 1,000 bandar. Selain itu, Splyt telah mencipta antara muka ditempah khas yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna semasa mengembara. Semua bayaran diproses dalam mata wang pilihan pengguna. Selain sokongan pelanggan sepanjang masa, fungsi sembang dalam aplikasi disediakan untuk membantu penumpang berkomunikasi dengan pemandu sekalipun mereka tidak bertutur dalam bahasa yang sama. Semua ciri yang digabungkan ini dapat menjamin kemudahan penggunaan dan keselamatan buat pengguna, di mana jua mereka mengembara di dunia.
"Splyt ialah pasaran mobiliti dan penggerak perayauan yang utama di dunia. Kami berasa gembira untuk melancarkan kolaborasi rintis ini bersama Alipay bagi membantu memudahkan perjalanan penggunanya ketika berada di luar negara," ulas Philipp Mintchin, Ketua Pegawai Eksekutif Splyt. "Dengan bilangan pelancong Cina yang semakin meningkat setiap tahun, kekuatan platform kami akan memudahkan dan menyokong sektor pelancongan di beberapa koridor komersial yang paling pantas berkembang di seluruh dunia. Sebagai sebuah syarikat yang berpangkalan di London, ini turut menjadi bukti kepada industri teknologi UK dan kebolehan kami untuk mencapai pasaran mobiliti global."
Semasa dilancarkan, pengguna Alipay dari tanah besar Cina berupaya menggunakan perkhidmatan mobiliti daripada rakan-rakan kongsi Splyt di UK, UAE dan Asia Tenggara dengan liputan lanjut di seluruh dunia bakal diperkenalkan tidak lama lagi pada musim panas ini.
Program Mini Alipay membantu rakan-rakan kongsi peniaga memperoleh pelanggan dan beroperasi dengan lebih cekap sambil meningkatkan pengalaman untuk pengguna Alipay. Melalui Program Mini Alipay, Alipay dapat menyediakan keupayaan komprehensifnya termasuk pembayaran, pemasaran dan pengurusan risiko kepada rakan-rakan kongsinya.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang Splyt: https://splyt.com/.
Roland Palmer, Ketua Eropah, Alipay, akan membincangkan tentang perkongsian ini di Money20/20 Europe pada hari Selasa 4 Jun 2019.
Latar Belakang Alipay
Dikendalikan oleh Ant Financial Services Group, Alipay ialah platform bayaran dan gaya hidup yang terkemuka di dunia. Dilancarkan pada tahun 2004, Alipay kini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 1 bilion pengguna menerusi rakan kongsi e-dompet tempatannya. Selama bertahun-tahun, Alipay berkembang daripada dompet digital kepada penggerak gaya hidup. Pengguna boleh memanggil teksi, menempah hotel, membeli tiket wayang, membayar bil utiliti, membuat temujanji dengan doktor atau membeli produk pengurusan kekayaan terus daripada aplikasi. Selain bayaran dalam talian, Alipay berkembang kepada bayaran luar talian dalam kedai di dalam dan luar China. Perkhidmatan bayaran dalam kedai Alipay meliputi lebih 50 pasaran di seluruh dunia dan pembayaran balik cukai melalui Alipay disokong dalam 35 pasaran. Alipay bekerjasama dengan lebih 250 institusi kewangan luar negara dan penyedia penyelesaian pembayaran bagi mendayakan pembayaran rentas-sempadan untuk warga Cina yang menjelajah ke luar negara dan pelanggan luar negara yang membeli produk daripada halaman e-dagang Cina. Alipay kini menyokong 27 mata wang.
Latar Belakang Splyt
Splyt Technologies Ltd. ialah pasaran mobiliti B2B yang terbesar di dunia, menghubungkan bekalan dan permintaan untuk pengangkutan darat. Penyelesaian ketersambungan tunggal Splyt menjadikan tempahan tunggangan sebagai proses yang lancar untuk pengguna mana-mana aplikasi pengguna. Platform Splyt memberikan rakan kongsinya dengan akses kepada inventori panggilan tunggangan di lebih 2,000 bandar, tanpa memerlukan pengguna mereka memuat turun atau mendaftar dengan aplikasi tambahan. Splyt ditubuhkan pada tahun 2015 dan beribu pejabat di London.