omniture

KLM Royal Dutch Airlines terbangkan lebih 8,000 tulip untuk Jualan Amal Bunga Tulip KLM 2019

'Jualan Amal Bunga Tulip' tahunan ke-17 KLM menjual bunga tulip bagi menyambut Hari Ibu dan mengumpul wang bagi tujuan kebajikan untuk menyokong Hospis Malaysia.
KLM
2019-06-07 16:34 232

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Pada hari Sabtu, 11 Mei, 'Jualan Amal Bunga Tulip KLM' tahunan kali ke-17 diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Terminal Utama KLIA.

Tahun ini, khususnya bersempena dengan Hari Ibu, KLM menerbangkan lebih 8000 kuntum bunga tulip dari Belanda bagi mengumpul dana untuk menyokong penjagaan paliatif Hospis Malaysia.

Bunga tulip merupakan ikon tersendiri Belanda dan setiap kuntum bunga tulip dijual pada harga RM6.

KLM mula menjalankan jualan Amal Bunga Tulip Tahunan sebagai satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat pada tahun 1998, menawarkan peluang kepada orang ramai untuk mengekspresikan kasih selain menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Tahun ini, jualan Amal Bunga Tulip KLM dirasmikan oleh Duta Kerajaan Belanda ke Malaysia, TYT Karin Mossenlechner.

Estee Ng, Pengurus Negara untuk Air France KLM Malaysia, mengulas, "Pada Hari Ibu kali ini, saya berasa bangga kerana hasil jualan daripada jualan Amal Bunga Tulip KLM akan disalurkan ke arah sokongan penjagaan paliatif di Hospis Malaysia. Saya menghargai sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakan-rakan kongsi kami, Malaysia Airport dan Hotel Sama Sama, terhadap inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini dan saya berterima kasih kepada Duta Mossenlechner kerana merasmikan jualan Amal Bunga Tulip KLM."    

Menurut ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin, "Syarikat penerbangan merupakan tulang belakang kepada ekosistem lapangan terbang kami dan kami sentiasa berasa gembira untuk menyokong inisiatif-inisiatif mereka. Usaha amal ini yang didorong oleh KLM untuk menjual bunga tulip kepada orang awam dan menyumbang semua hasil jualan kepada Hospis Malaysia benar-benar selari dengan matlamat kami untuk membantu masyarakat. Kami bukan sahaja berkolaborasi dengan KLM untuk menganjurkan aktiviti jualan ini, kami turut membeli 1,000 kuntum bunga tulip untuk diagihkan kepada penumpang kami bersempena sambutan Hari Ibu di lapangan terbang. Ia merupakan salah satu sumbangan kecil kami untuk menunjukkan penghargaan kami kepada penumpang kami."   

Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Sama-Sama Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sundra Kulendra, berkata, "Sama-Sama berjanji untuk membeli dan memberi Bunga Tulip kepada tetamu-tetamu pada hari istimewa bagi menunjukkan sokongan berterusan kami terhadap inisiatif kebajikan dan komuniti oleh Malaysia Airports Holdings Berhad. Sebanyak 400 kuntum bunga tulip diberikan kepada semua ibu di Hotel pada Hari Ibu (12 Mei); bermula dengan mereka yang menjamu selera di Hi-tea hujung minggu kami dan makan malam bufet Ramadan hinggalah kepada kakitangan wanita kami, bagi menunjukkan penghargaan kami kepada mereka yang telah memberi kehidupan kepada dunia," kata beliau.   

Cik Tham Su Ming, Pengarah, Strategi & Komunikasi Hospis Malaysia berkata, "Hospis Malaysia berterima kasih kepada KLM kerana menganjurkan Jualan Bunga Tulip ini dan kepada rakan-rakan kongsinya, MAHB dan Hotel Sama Sama kerana menyokong inisiatif mulia ini. Dana yang dikumpul akan disalurkan untuk perkhidmatan pesakit kami serta platform pendidikan dan latihan. Saban tahun, kami merawat dan menjaga hampir 2000 pesakit di Lembah Klang dan melatih lebih 700 pekerja penjagaan kesihatan dari seluruh negara dan wilayah." 

Semua dana yang dikumpul akan disumbangkan kepada benefisiari Hospis Malaysia, dengan derma yang diterima disalurkan untuk sokongan penjagaan paliatif di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan

Source: KLM
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel Corporate Social Responsibility