omniture

GCL dan Ocean Sun Tandatangan Urusniaga Perkongsian

GCL System
2019-06-10 08:02 528

SHANGHAI, 10 Jun 2019 /PRNewswire/ -- GCL System dan Ocean Sun akan bekerjasama dalam pembangunan modul PV untuk penyelesaian solar terapung dan utiliti solar terapung Ocean Sun. Perkongsian ini diumumkan pada majlis penandatanganan yang diadakan pada 4 Jun di SNEC semasa Ekspo Power PV 2019.

Majlis Penandatanganan Perjanjian Kerjasama Ocean Sun - GCL System
Majlis Penandatanganan Perjanjian Kerjasama Ocean Sun - GCL System

Pasaran PV terapung merupakan pasaran pertumbuhan yang ketara. Bank Dunia telah mengenal pasti potensi TW bagi solar terapung pada takungan buatan manusia sahaja.

Perkongsian teknologi GCL dan Ocean Sun akan mengoptimumkan modul PV untuk penyelesaian terapung. Keupayaan capaian dan pengeluaran operasi pembuatan GCL akan memudahkan penggunaan pantas untuk Ocean Sun.

"Mewujudkan satu perkongsian teknologi dan pembangunan dengan GCL merupakan pencapaian penting untuk Ocean Sun, dan akan membolehkan pengoptimuman teknologi untuk kegunaan berskala besar. Kami sangat gembira kerana menjadikan GCL sebagai rakan kongsi, dan berharap dapat membawa solar terapung ke tahap seterusnya," kata Oyvind Rohn, Ketua Pegawai Eksekutif dan Borge Bjorneklett, Pengerusi dan Ketua Pegawai Teknologi Ocean Sun.

Latar Belakang Ocean Sun:

Ocean Sun ialah pembangun teknologi untuk sistem PV terapung. Syarikat mempunyai teknologi proprietari berasaskan panel fotovolta yang dipasang pada membran hidro-elastik yang meminimumkan penggunaan bahan dan membolehkan penyejukan langsung sel-sel PV, meningkatkan kecekapan pengeluaran. Ocean Sun, sejak tahun 2017, mengendalikan beberapa kemudahan perintis dan demonstrasi di Eropah dan Asia.  https://www.oceansun.no

Latar Belakang GCL System:

GCL System ialah sebahagian daripada GCL Group, konglomerat tenaga global, syarikat Tenaga bukan milik negara yang terbesar di China dengan tumpuan kepada tenaga baharu, tenaga bersih dan perkhidmatan yang berkaitan. Penyepaduan GCL System kini mempunyai operasi di seluruh dunia dan mempunyai lima pangkalan pengeluaran modul di tanah besar China dan satu di Vietnam, dengan kapasiti pengeluaran 6GW, dan tambahan 2GW kapasiti bateri kecekapan tinggi, menjadikannya pengeluar modul bertaraf dunia. https://www.gclsi.com/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190604/2486357-1

Source: GCL System
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities Licensing/marketing agreements