TAIPEI, Taiwan, 10 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Sayling Wen Cultural & Educational Foundation secara rasmi melancarkan TalentNXT - ia merupakan pelan pembangunan bakat masa depan - untuk memenuhi visi Yayasan untuk menyediakan bakat untuk masyarakat masa depan. Sebagai permulaan, program NXTEducator telah dibangunkan dengan kerjasama HundrED, sebuah syarikat bukan keuntungan yang berpangkalan di Finland. Program ini memberi tumpuan kepada pendidik K12 berbahasa Cina dari seluruh dunia dan bertujuan untuk menemui kes-kes pendidikan inovatif yang membolehkan para pendidik menyerlah di platform global. NXTEducator akan menerima permohonan sehingga 30 Jun 2019, dengan senarai pendek diumumkan sebelum 30 Oktober 2019.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.saylingwen.org/eng/NXTEducator.
Teresa Lin, Ketua Pegawai Eksekutif Sayling Wen Cultural & Educational Foundation, menyatakan bahawa, " Sayling Wen Cultural & Educational Foundation telah mendedikasikan dirinya dalam membangunkan bakat-bakat untuk memenuhi keperluan masyarakat selama lebih dari satu dekad. Menyasarkan TalentNXT Junior (K12), TalentNXT Fresh (pelajar dan graduan universiti), dan TalentNXT Pro (Profesional), kami telah membangunkan banyak rancangan dan acara pemupukan. Dengan pengalaman yang banyak diperoleh dari tahun-tahun sebelumnya, kami secara rasmi mengumumkan TalentNXT dan telah mula bekerjasama dengan organisasi global, bermula dengan program berkaitan K12. Pada tahun 2015, kami menetapkan enam penunjuk yang diperlukan untuk bakat-bakat masyarakat masa depan: FIT+HUG, dan menyepadukan mereka ke dalam semua program bakat kami. NXTEducator, program terkini kami, akan memberi tumpuan kepada menarik pendidik yang mampu memupuk bakat untuk masyarakat masa depan."
Enam penunjuk 'FIT+HUG' didasarkan pada hasil kajian penyelidikan akademik, analisis trend industri perkhidmatan, prospek nilai bakat, dan pengalaman bertahun-tahun dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pendidikan. FIT bermaksud "Mesra alam", "Inovatif dengan kepelbagaian", dan "sedar Teknologi" manakala HUG mewakili "pendekatan berpusatkan Manusia", "Menggabungkan pelbagai domain", dan "pandangan Global dengan tindakan tempatan".
Teresa Lin seterusnya menjelaskan bahawa "Yayasan mempunyai banyak kerjasama dengan organisasi pendidikan global. Tahun ini, kami mengundang HundrED, organisasi pendidikan inovatif Finland, untuk menyusun program NXTEducator untuk berkongsi dan menginspirasi inovasi pendidikan di seluruh dunia. Dengan program global yang bertujuan untuk mengenal pasti inovasi praktikal yang dapat memupuk bakat 'FIT+HUG' melalui pendidikan K-12 bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat global. "
Lasse Leponiemi, Pengarah Eksekutif HundrED, menegaskan, "Masalah utama pelajar masa kini yang perlu diusahakan pada masa akan datang akan menjadi besar dan rumit, yang memerlukan pendekatan kreatif untuk menghubungkan idea-idea yang berbeza-beza merentasi penunjuk. Dengan transformasi masyarakat, untuk meneroka kaedah pendidikan yang inovatif dengan bakat masa depan pekerja yang berkebolehan. Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Sayling Wen Cultural & Educational Foundation; mereka telah menghabiskan banyak tahun dalam pembangunan pemupukan bakat. Ini adalah masa bersejarah bagi kita, menandakan langkah pertama kami dalam menemui kes inovasi pendidikan yang menarik dalam sektor berbahasa Cina."
NXTEducator hanya program TalentNXT pertama. Sayling Wen Cultural & Educational Foundation akan melancarkan pelan lain yang berkaitan bertujuan untuk mengetahui lebih banyak 'FIT+HUG' pendidik masa depan dan memupuk bakat yang dapat mengatasi pelbagai cabaran dalam masa terdekat.
Latar Belakang Sayling Wen Cultural & Educational Foundation
Misi Sayling Wen Cultural & Educational Foundation adalah untuk mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat dan mengembangkan bakat sementara menggunakan teknologi inovatif untuk memenuhi nilai industri. Program Yayasan terdiri daripada empat elemen utama: memasukkan nilai budaya Cina dalam pendidikan rendah dan menengah, meningkatkan kesediaan kerjaya dalam pelajar peringkat pendidikan tinggi, membolehkan pembelajaran lintas domain dalam masyarakat, mempromosikan sains perkhidmatan dan inovasi perkhidmatan. Untuk mencapai visi untuk menyediakan bakat untuk masyarakat masa depan.
Laman sesawang: http://www.saylingwen.org/eng
Latar Belakang HundrED
HundrED ialah organisasi bukan keuntungan yang berpangkalan Finland yang meneroka, menyelidik dan berkongsi inspirasi inovasi dalam pendidikan K12. Matlamat mereka adalah untuk membantu meningkatkan pendidikan dan memupuk satu gerakan melalui galakan inovasi berharga, berimpak & boleh diskala untuk menyebarkan, dengan mengambil kira konteks, di seluruh dunia. Sejak 2016, HundrED telah menjalankan penyelidikan yang ketat untuk mencari dan memilih 100 inovasi inspirasi tahunan, setiap tahun. Semua wawasan dan inovasi terpilih didokumentasikan, dipakejkan dan dikongsi dengan para pendidik di seluruh dunia untuk mudah dilaksanakan, dengan sokongan percuma.
Laman sesawang: https://hundred.org