omniture

Kilang Tula Great Wall Motors di Rusia mula pengeluaran, tetapkan jenama auto Cina dalam perjalanan baharu ke pasaran global

Great Wall Motors
2019-06-10 09:24 340

TULA, Rusia, 10 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Kilang Tula Great Wall Motors di Rusia, kilang pembuatan proses penuh dimiliki sepenuhnya oleh pembuat kereta China di luar pasaran tempatannya, secara rasmi diumumkan pada 5 Jun 2019. Kilang Tula bernilai USD500 juta telah siap berikutan pembinaan selama empat tahun dengan kapasiti tahunan yang ditetapkan sebanyak 150,000 unit, 65 peratus daripadanya akan dihasilkan di dalam negara. Pada masa yang sama, model pertama pembuat kereta China yang dijual di seluruh dunia, Haval F7, memulakan barisan pengeluaran dan kini boleh didapati dalam pasaran di luar China. Ini menandakan bahawa pembuat kereta telah memasuki peringkat baharu dengan strategi globalnya tetapi lebih penting lagi menetapkan jenama kereta Cina dalam perjalanan baharu ke pasaran-pasaran dunia.

Kilang Tula Great Wall Motors di Rusia
Kilang Tula Great Wall Motors di Rusia

Pembukaan kilang Tula amat penting untuk Great Wall Motors tatkala pembuat kereta ini mempercepat pelaksanaan strategi globalnya. Dengan penubuhan loji tempatan, pembuat kereta ini berada pada kedudukan yang baik untuk mengeluarkan kereta secara berkesan yang dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan. Kilang Tula dijangka mempunyai impak yang berkekalan dan meluas terhadap globalisasi industri automobil Cina kerana ia boleh menjadi model "sedia guna" untuk pengembangan global oleh pembuat kereta Cina lain yang ingin berkembang ke pasaran antarabangsa.

Projek pelaburan terbesar industri pembuatan Cina di Rusia, dijangka menjana lebih daripada 18 bilion yuan (lebih kurang USD2.6 bilion) dalam jumlah nilai output dan lebih daripada 3 bilion yuan keuntungan sebelum cukai (sekitar USD430 juta) dan pada masa yang sama mewujudkan hampir 3,000 pekerjaan. Kilang ini merupakan langkah penting dalam usaha pembuat kereta Cina untuk bertindak balas terhadap inisiatif "Jalur dan Jalan" kerajaan China. Lebih penting lagi, dibina berasaskan teknologi pengilangan maju, pengurusan kualiti dan langkah-langkah perlindungan alam sekitar, kilang Tula berada di landasan yang betul untuk mempercepat pembentukan kluster industri pengilangan kereta tempatan dan rantaian hiliran industri, mempromosikan transformasi struktur perindustrian tempatan. Di samping itu, kilang ini bukan sahaja menandakan pencapaian baharu dalam pertukaran ekonomi dan perdagangan antara China dan Rusia, tetapi juga merupakan era baharu bagi jenama automobil Cina yang beroperasi di Rusia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190606/2487872-1

Source: Great Wall Motors
Keywords: Auto Transportation New products/services