omniture

Suning bakal Pamer di CES Asia dengan Teknologi Runcit terkininya demi kehidupan Lebih Pintar

Suning Holdings Group
2019-06-11 03:02 532

NANJING, China, 11 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Suning, syarikat gergasi komersial yang menduduki tempat kedua bagi perusahaan bukan milik negara terbaik China dan pemilik Suning.com, sebuah syarikat runcit Fortune Global 500, akan mengadakan pameran di CES Asia tahun ini menerusi teknologi terkininya, "Smart Life+", "Smart Retail+" dan "Smart Solutions+".

Reruai Suning terletak di No. 2002, Kawasan N2
Reruai Suning terletak di No. 2002, Kawasan N2

Tahun ini di CES Asia, menerusi segmen "Smart Life+", Suning akan mendemonstrasikan inovasi terkini Perkakas Rumah Pintar syarikat berdasarkan sistem OS Biu, seperti peti sejuk, penyaman udara, mesin basuh, mesin basuh automatik, kipas baharu dan kit keselamatan pintar Biu. Sementara itu, syarikat akan memperkenalkan Perjanjian Terbuka BiuLink dalam sidang akhbar yang diadakan pada 12 Jun, yang melaluinya Suning akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi bagi meninjau ketersambungan rentas jalur. Biu+ Ecology menyasarkan untuk mencipta platform terbuka untuk berkongsi sumber dalam industri perkakas rumah pintar, menerajui industri kediaman pintar dalam menangani masalah dan cabaran.

Sebagai peruncit omnisaluran yang terbesar di China, Suning akan turut mempamerkan inovasi runcit pintar teknologi terasnya dalam bahagian "Smart Retail+" di reruainya. Syarikat akan mempamerkan penyelesaian produk storan digitalnya termasuk mesin daftar tunai layan diri, rak penimbang, sistem off-hook, haba komoditi dan haba jejak, yang akan membantu meningkatkan kecekapan operasi runcit dan menambah baik pengalaman pelanggan.

Dalam segmen "Smart Solutions+", Suning akan mendemonstrasikan empat penyelesaian awan, awan bekalan, awan runcit, awan pengurusan dan awan asas, bagi membolehkan penjual mengakses instrumen teknologi asasnya bagi meningkatkan kecekapan industri. Pada 11 Jun, Suning akan berkongsi pandangannya berhubung bagaimana teknologi akan memberi kesan dan membentuk semula industri runcit dalam satu persidangan bertema "Peruncitan Pintar dikuasakan Teknologi untuk Dekad Seterusnya."

Dr. Jack Jing, Ketua Pegawai Operasi Suning Technology Group, berkata: "Pada masa kini, semakin banyak PKS dalam industri runcit berdepan dengan cabaran getir. Sebagai penjual pintar omnisaluran utama, Suning mempunyai pandangan mendalam berhubung bagaimana teknologi membentuk semula peruncitan. Suning bersedia untuk berkongsi teknologi dan pengalamannya bagi mendayakan pengurusan dalaman yang lebih baik dan mempercepatkan pendigitalan industri runcit."

Menerusi teknologi Smart Life+, Smart Retail + dan Smart Solution+ generasi seterusnya daripada Suning, Suning berdedikasi untuk meningkatkan pengalaman membeli belah 600 juta ahli berdaftar sedia adanya, di samping terus menarik pelanggan baharu, bagi menerajui ekosistem merentas industri-industri dengan mewujudkan kualiti hidup yang elit buat semua.

CES Asia 2019 berlangsung mulai 11-13 Jun 2019 di Shanghai. Reruai Suning terletak di No. 2002, Kawasan N2.

Latar Belakang Suning 

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2018, Suning Holdings menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan bukan milik negara terbaik di China dengan pendapatan tahunan mencecah 80.85 bilion USD (557.9 bilion RMB). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Hidup Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan dan Pelaburan. Suning.com turut tersenarai dalam Fortune Global 500 bagi tahun 2018. Untuk maklumat lanjut sila layari www.suningholdings.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190610/2489260-1

Source: Suning Holdings Group
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Trade show news