omniture

Senarai Kedudukan Pendidikan Eksekutif FT 2019: Shanghai Jiao Tong University: Antai Raih Tempat ke-19 di Dunia dan No.1 di Asia

Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
2019-06-12 03:48 393

SHANGHAI, 12 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Pada 3 Jun 2019, Financial Times (FT) mengeluarkan Senarai Kedudukan Pendidikan Eksekutif 2019. Shanghai Jiao Tong University: Antai College Economics and Management menduduki tempat ke-19 dan No.1 di Asia. Tersenarai bersama-sama Stanford Graduate School of Business; University of Oxford: Said; University of Pennsylvania: Wharton; dan Iese Business School, menunjukkan bahawa prestasi Antai adalah mengagumkan.

Senarai Kedudukan Pendidikan Eksekutif FT 2019: Shanghai Jiao Tong University: Antai Raih Tempat ke-19 di Dunia dan No.1 di Asia
Senarai Kedudukan Pendidikan Eksekutif FT 2019: Shanghai Jiao Tong University: Antai Raih Tempat ke-19 di Dunia dan No.1 di Asia

Bagi senarai kedudukan tahun 2019, penunjuk penilaian Antai meningkat dengan mantap. Beberapa penunjuk telah disenaraikan antara 20 terbaik dunia: Tindakan susulan, No.1 untuk dua tahun berturut-turut; Persediaan, No.9; Kemahiran baharu & pembelajaran, No.10; Kaedah & bahan pengajaran, No.13; Reka bentuk kursus, No.15; dan Kemudahan, No.16. Selain itu, enam penunjuk mencapai peningkatan berbanding tahun sebelumnya: Reka bentuk kursus, Kemahiran baharu & pembelajaran, Sasaran tercapai, Makanan & penginapan, Peserta antarabangsa dan Sekolah rakan kongsi.

Program Pendidikan Eksekutif Antai College of Economics and Management bekerjasama dengan universiti-universiti dan sekolah-sekolah perniagaan seluruh dunia untuk menyediakan program "Menjalankan Perniagaan di China" untuk pelajar/eksekutif atasan EMBA mereka, yang disesuaikan menurut keperluan dan jangkaan pelanggan. Program tersebut bertujuan untuk memberi gambaran penuh bagi menjalankan perniagaan di China, termasuk makroekonomi, persekitaran perundangan, budaya, kepimpinan, strategi, pengurusan HR dan isu-isu desas-desus yang semakin meningkat seperti peruncitan baharu, pendigitalan, AI, data raya, analitik perniagaan dan sebagainya. Selain itu, lawatan syarikat dan interaksi dengan eksekutif-eksekutif atasan membolehkan pelajar-pelajar memahami bagaimana syarikat-syarikat asing/tempatan membangun di China; manakala aktiviti-aktiviti kebudayaan membantu pelajar-pelajar mengalami dimensi budaya dan sejarah China. Pelanggan-pelanggan terdiri daripada ESADE, University of St. Gallen, NHH, ESCP Europe, University of Gothenburg, BMI, IE Business School, University of Manchester, Monash University, KU Leuven dan sebagainya.

Chen Fangruo, Dekan Shanghai Jiao Tong University: Antai College of Economics and Management, menegaskan, "Pendidikan eksekutif ialah pembawa penting untuk latihan korporat dan komunikasi nilai kami. Kami mengambil bahagian secara aktif dalam senarai kedudukan FT selain senarai kedudukan global lain dan kekal selari dengan pembaharuan bahagian bekalan pendidikan. Kami terus mengoptimumkan output kandungan dan mencari kes perniagaan luar biasa berhubung amalan pengurusan Cina; kami bersedia untuk menggalas lebih banyak tanggungjawab sosial dalam proses mempromosikan pembangunan sosial dan ekonomi; kami bersedia untuk melakar kejayaan cemerlang yang berpandangan jauh di samping menambah baik teori pengurusan dunia."

Source: Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Awards Survey, Polls & Research