omniture

LONGi dikurniakan Anugerah Pencapai Cemerlang RETC untuk prestasi modul cemerlang

LONGi Solar
2019-06-12 04:15 520

XI'AN, China, 12 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Pada 5 Jun 2019, institusi ujian Amerika yang terkenal, RETC menyampaikan Anugerah Pencapai Cemerlang kepada LONGi. Anugerah tersebut disampaikan selepas ujian ketat RETC terhadap produk-produk PV LONGi dijalankan. Secara keseluruhan, RETC menguji lebih 2,500 modul individu, daripada lebih 150 rangkaian modul berbeza, yang dihasilkan oleh 46 pembekal berbeza.

LONGi dikurniakan Anugerah Pencapai Cemerlang RETC untuk prestasi modul cemerlang
LONGi dikurniakan Anugerah Pencapai Cemerlang RETC untuk prestasi modul cemerlang

Ujian ini merupakan penilaian komprehensif pertama terhadap prestasi modul oleh RETC. Selepas diuji, LONGi mencapai "Prestasi Tinggi" dalam ketiga-tiga kategori keandalan, prestasi produk dan komitmen kualiti, seraya mengesahkan keandalan tinggi dan prestasi unggul modul monohabluran LONGi.

RETC menerima akreditasi ISO 17025 oleh A2LA, makmal bersekutu ILAC dan menganugerahkan status CBTL, akreditasi tertinggi dalam skim IEC. RETC menawarkan keupayaan ujian Ketahanan Luar dan Prestasi Jangka Panjang di tapak ujian Nevada miliknya untuk keadaan cuaca padang pasir/barat daya dan tapak ujian Filipinanya untuk keadaan cuaca bersuhu tinggi tropika dan berkelembapan tinggi.

Cherif Kedir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif RETC, berkata, "Laporan ujian yang dikeluarkan oleh RETC akan membantu seluruh industri PV menilai dengan lebih baik produk modul berdasarkan ciri-ciri andal produk melangkaui kecekapan dan juga kos. Produk-produk modul yang melepasi ujian ini akan menyediakan pelanggan dengan perlindungan lebih baik dan nilai lebih tinggi untuk kualiti tingginya, keandalan dan penyerahan produk yang tepat pada masanya."

Latar Belakang Renewable Energy Test Center

Renewable Energy Test Center (RETC) ialah salah sebuah makmal ujian kejuruteraan dan pensijilan bebas yang terkemuka di dunia untuk produk fotovolta dan tenaga boleh diperbaharui. Terletak di San Francisco Bay Area, di tengah-tengah Silicon Valley, RETC menyediakan sokongan kejuruteraan yang tiada tandingan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), pensijilan dan ujian lapangan untuk pengenalan produk yang pantas dan untuk penilaian yang dapat menjana keuntungan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190611/2492704-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO

 

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards