omniture

CyberLogitec lancar OPUS Terminal M, sistem pengendalian terminal termaju untuk terminal serbaguna

CyberLogitec
2019-06-13 03:50 460

Kebolehcapaian, kefleksibelan, kebolehskalaan dan keupayaan termaju merupakan ciri penting penyelesaian berasaskan pelayan dan awan untuk terminal bersaiz lebih kecil hingga sederhana.

SINGAPURA, 13 Jun 2019 /PRNewswire/ -- CyberLogitec, penyedia yang terkemuka bagi teknologi operasi maritim, pelabuhan/terminal dan logistik, hari ini melancarkan OPUS Terminal M, TOS serbaguna sebenar yang mengendalikan kontena serta pelbagai kargo termasuk kargo am, projek dan pukal serta RO-RO.

Penyelesaian ini turut menyokong operasi berbilang terminal untuk pengendali yang mengendalikan lebih daripada satu kemudahan, termasuk pelabuhan kontena, depot kontena pedalaman dan depot kosong.

Direka untuk terminal bersaiz lebih kecil dan sederhana, OPUS Terminal M menawarkan fungsian termaju penyelesaian OPUS Terminal yang mantap daripada CyberLogitec. Salah satu fungsi paling berteknologi maju ialah visualisasi 2D dan 3D untuk operasi kargo dan kawasan penuh, bagi menyokong pengurusan dan proses membuat keputusan yang lebih baik selain memastikan piawaian keselamatan yang tinggi.

Jason Hyeon, Pengarah Urusan CyberLogitec Global, berkata, "OPUS Terminal M menetapkan piawaian baharu untuk industri. Selain kebolehcapaian dan kefleksibelan, ia membawakan fungsi penuh sistem TOS kontena tempahan khas, menawarkan terminal semua saiz dengan faedah serta kecekapan operasi termaju yang dahulunya eksklusif untuk terminal mega lantaran pertimbangan kos."

Penyelesaian berasaskan pelayan membolehkan kebolehcapaian data yang mudah merentas lokasi pada waktu nyata, dengan ciri-ciri penting disediakan pada peranti mudah alih seperti tablet dan telefon. Sistem yang lengkap dan bersepadu, ia mengurangkan keperluan terhadap sistem pihak ketiga dengan ketara walaupun antara muka yang fleksibel memastikan tahap saling boleh kendali yang tinggi.

Memandangkan OPUS Terminal M boleh digunakan secara atas premis atau melalui awan, pelanggan mempunyai pilihan untuk menggunakan melalui penyelesaian dihoskan atau melalui model SaaS, yang membolehkan fungsi-fungsi disediakan dalam modul-modul. Kini, ia merupakan TOS serbaguna paling canggih yang dapat menyokong operasi berbilang terminal dan berbilang mod pada platform awan.

Penyelesaian ini akan dipamerkan di TOC Europe 2019, 18-20 Jun 2019, Rotterdam, Belanda.

Latar Belakang CyberLogitec

CyberLogitec memperkasakan rantaian bekalan dunia dengan teknologi canggih yang dapat menangani cabaran operasi dan memenuhi permintaan yang berat tuntutannya daripada industri kami. Bermula dengan operasi perkapalan maritim, sistem pengendalian pelabuhan dan terminal kepada penghantaran logistik dan pengurusan gudang, penyelesaian bersepadu kami membantu perniagaan anda bertindak balas dengan pantas terhadap keperluan operasi yang berubah-ubah. Algoritma termaju daripada teknologi kami mendigitalkan dan mengautomasikan pertukaran data bagi meningkatkan kecekapan, daya saing, produktiviti dan perkhidmatan, tanpa mengira bahagian bekalan global yang anda kendalikan.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190611/2491411-1logo

Source: CyberLogitec
Keywords: Transportation Trucking and Road Transportation New products/services