omniture

Crown Equipment bantu Belia Singapura menerusi Tajaan Bola Sepak ANZA

Crown Equipment Corporation
2019-06-13 12:06 391

SINGAPURA, 13 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada komitmen dan dedikasinya kepada komuniti yang menerima khidmatnya, Crown Equipment, salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia, mengumumkan penajaan pasukan Soccer Flyers Australian & New Zealand Association (ANZA) yang berpangkalan di Singapura.

Crown Equipment bantu Belia Singapura menerusi Tajaan Bola Sepak ANZA
Crown Equipment bantu Belia Singapura menerusi Tajaan Bola Sepak ANZA

Penajaan tersebut merupakan salah satu cara untuk Crown menunjukkan komitmennya kepada komuniti tempatan di seluruh Asia. Sebagai sebahagian daripada budaya korporatnya, Crown mengekalkan nilai-nilai yang bertumpu di sekitar orang ramai, pembangunan kakitangan dan menggalakkan pendekatan penjagaan pelanggan khusus. Falsafah ini telah dipegang oleh Crown sejak tahun 1978 apabila syarikat tersebut memulakan operasi di Singapura. Hari ini, 40 tahun kemudian, kepercayaan ini menjadi bertambah penting tatkala hab pusat ini berkembang menjadi salah satu ibu pejabat serantau milik Crown.

Penajaan utama Crown terhadap pasukan Soccer Flyers ANZA merupakan bukti terhadap pendekatan komuniti ini. Liga berkenaan melibatkan belia berusia di bawah 8 tahun hingga di bawah 17 tahun menerusi lebih 150 atlet junior Singapura mengambil bahagian.

Sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, ANZA menyediakan program bola sepak berkualiti kepada kanak-kanak dan anak muda selama lebih 40 tahun. Penekanannya adalah terhadap bola sepak kompetitif yang menyeronokkan, memberi peluang kepada pemain untuk meningkatkan keyakinan, kemahiran kompetitif dan kebolehan mereka untuk beroperasi dalam suasana berpasukan, dan oleh yang demikian membina kemahiran hidup yang bernilai. ANZA Singapore berkembang menjadi kumpulan keahlian dengan lebih 7,000 ahli ekspatriat dari seluruh dunia.

Dengan Crown yang menyambut 40 tahun komitmen terhadap negara serta wilayah berkenaan, penajaan pasukan Soccer Flyers ANZA merupakan satu lagi platform untuk melabur dalam komuniti dan menyokong inisiatif tempatan.

Latar Belakang Crown Equipment Corporation

Crown ialah salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia dengan reputasi untuk reka bentuk produk yang memenangi anugerah, kejuruteraan dan teknologi termaju serta perkhidmatan selepas jualan yang unggul. Falsafah perniagaan Crown memanfaatkan proses-proses yang bersepadu secara vertikal untuk mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan penyelesaian berpandangan jauh yang inovatif yang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengendalian pelanggan.

Crown mengeluarkan pelbagai forklift serta teknologi pengautomatan dan pengurusan pengangkutan. Ibu pejabat global syarikat ini terletak di New Bremen, Ohio, AS, dengan ibu pejabat serantaunya terletak di Munich, Jerman; Sydney, Australia; Suzhou, China dan Singapura. Bilangan kakitangannya melebihi 15,000 orang di seluruh dunia. Crown mengendalikan jaringan perkhidmatan dan pengedaran yang melebihi 500 lokasi jualan di lebih 80 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai idea-idea Crown bagi membantu pelanggan memajukan produktiviti operasi mereka, layari crown.com. 

Berhubung dengan Crown 

Laman sesawang : http://www.crown.com/
Bilik berita : http://news.crown.com/sg/
Twitter: http://bit.ly/crowntwittersoutheastasia/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190610/2491503-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181002/2253114-1logo

Source: Crown Equipment Corporation
Keywords: Sports Licensing/marketing agreements Not for profit