omniture

Trina Solar lancar modul dwimuka dwikaca i-TOPCon jenis-N

Trina Solar Co., Ltd
2019-06-13 14:00 353

CHANGZHOU, China, 13 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Trina Solar, penyedia penyelesaian menyeluruh bagi PV global dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia, baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah memulakan pengeluaran besar-besaran modul dwimuka dwikaca i-TOPCon jenis-N. Output kuasa sisi depan terbaik daripada modul dengan 144 sel i-TOPCon separa potong mencecah 425 Wp, dan kecekapan modul terbaik mencapai 20.7%.

Modul PV i-TOPCon baharu ini menyepadukan sel i-TOPCon dwimuka jenis-n ini dengan lebih 80% kedwimukaan, berbilang palang bas (MBB), dwikaca, monohabluran segiempat sama, dwisisi dan teknologi separa potong. Modul berkecekapan tinggi ini mempunyai pekali suhu lebih rendah dan degradasi induksi cahaya (LID) rendah, meningkatkan output kuasa sebenar dengan ketara. Ia turut menyediakan tambahan 5% hingga 30% penjanaan kuasa daripada sisi belakangnya dan memberikan jaminan linear selama 30 tahun.

Kecekapan mencatat rekod dunia 25.8% bagi sel TOPCon sisi tunggal, kawasan kecil yang dibangunkan oleh Fraunhofer ISE telah mendorong usaha penyelidikan dan pembangunan sel solar sentuhan dipasifkan oleh institut-institut dan industri. Pada tahun 2015, State Key Laboratory of Photovoltaic Science and Technology (SKL PVST) daripada Trina Solar memulakan kajian terhadap sel TOPCon dwimuka kawasan luas yang bertujuan untuk pengeluaran besar-besaran perindustrian dan menamakannya sebagai sel i-TOPCon. Pada tahun 2019, Trina Solar mencapai kecekapan median sisi depan sebanyak lebih 23% pada sel i-TOPCon.

Sel i-TOPCon mempunyai pemancar boron depan dan sentuhan pempasifan kawasan penuh belakang. Setelah dibangunkan oleh SKL PVST, ia dipindahkan untuk pengeluaran besar-besaran berskala penuh dalam bengkel di Trina Solar Changzhou. Pada Mei 2019, Trina Solar mengumumkan bahawa SKL PVST mencatatkan rekod dunia baharu dengan 24.58% untuk sel solar i-TOPCon silikon monohabluran (c-Si) jenis-n. Keputusan ini disahkan secara bebas oleh ISFH CalTeC di Jerman dengan ukuran kawasan penuh (244 cm2) termasuk palang bas.

Pautan imej: https://www.trinasolar.com/sites/default/files/TSM-NEG15MC.20%28II%29.jpg
Kapsyen: TSM-NEG15MC.20(II)

Latar Belakang Trina Solar

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh PV global dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia. Syarikat terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran dan jualan produk PV; pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan projek PV; pembangunan dan jualan sistem pelengkap grid mikro pintar dan berbilang tenaga serta operasi platform awan tenaga. Pada tahun 2018, Trina Solar melancarkan jenama Internet Pelbagai Benda (IoT) Tenaganya dan memulakan Perikatan Pembangunan Perindustrian IoT Tenaga Trina serta Pusat Inovasi Perindustrian IoT Tenaga Baharu bersama perusahaan dan institut penyelidikan yang terkemuka di dunia. Syarikat komited untuk menjadi peneraju bagi industri tenaga pintar global.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services