Pupuk dan Perkaya ASEAN sambil Mendekati Dunia
TAIPEI, Taiwan, 14 Jun 2019 /PRNewswire/ --
VIMF 2019 (Pameran Pembuatan Perindustrian Vietnam 2019) dimulakan pada 12 Jun di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam. LITE-ON Technology mengadakan pameran dengan tema "Naik Taraf ke Masa Depan" melalui penampilan sulung get laluan IIoT berserta sistem pemantauan keadaan kilang pintar yang terdiri daripada VFD (Pacuan Frekuensi Berubah-ubah) semasa, motor servo dan HMI (Antara Muka Mesin Manusia).
Dr. Ken Cheng, Pengurus Besar Pengautomatan Perindustrian, menyatakan bahawa LITE-ON Technology telahpun dikenali sebagai pengeluar komponen opto-elektronik terkemuka dunia. "Tahun ini, sekiranya anda melangkah ke kilang-kilang opto-eletronik LITE-ON di seluruh dunia, anda akan dapat melihat Get Laluan IIoT digunakan di ratusan stesen kerja pada beribu-ribu tertib pengeluaran. Maklumat daripada sasaran output, output semasa, nisbah penerimaan keseluruhan kepada purata penggunaan, statistik melahu atau masa henti digambarkan dan sedia untuk menjalani analisis selanjutnya bagi mengoptimumkan output."
LITE-ON Technology bekerjasama dengan pengedar-pengedar globalnya di lebih 20 negara. En. Oliver Chen, Ketua Jualan Global Pengautomatan Perindustrian, menyasarkan untuk memperluaskan pengedar-pengedarnya di Vietnam dan memberi tawaran yang dapat memenuhi keperluan pengautomatan kemudahan selain penaiktarafan tertib pengeluaran dalam pasaran ASEAN.
Pengawal Gerakan penting untuk penyelesaian IA LITE-ON. Pengawal Gerakan dilengkapi dengan pemproses quad-teras berkelajuan tinggi 1GHz dan ingatan kerja 100MB gred tertinggi, ia menyokong komunikasi EtherCAT, fungsi kawalan gerakan berkelajuan tinggi, sehingga 16 paksi gerakan segerak dan pelbagai protokol komunikasi. "Penyepaduan merupakan kunci kepada pembuatan pintar. LITE-ON memanfaatkan penyelesaian IA menyeluruh yang menggabungkan dan memaksimumkan nilai Pengawal Gerakannya, VFD, pacuan servo dan motor," kata Dr. Ken Cheng.
Penyelesaian IA LITE-ON dapat menggantikan tugasan kerja manual yang amat berulang-ulang secara berperingkat-peringkat meningkatkan kualiti pengeluaran dan mengurangkan kos pembuatan. LITE-ON memungkinkan kawalan jarak jauh kilang oleh komunikasi berkelajuan tinggi produk dan ingatan kerja. Pelanggan boleh mengakses statistik pengeluaran pada waktu nyata, seperti penggunaan kuasa atau peristiwa tidak normal untuk analitik selanjutnya dan tindakan yang diperlukan.
IoT Gateway 2224-VGA, dilengkapi dengan 2 portal Eternet gigabit bebas, berfungsi dengan baik untuk persekitaran LAN dan WAN serta menyokong antara muka komunikasi RS-232/422/485. Ia mempunyai platform boleh atur cara terbuka yang amat serasi dengan keperluan pengeluar dengan perisian yang sedia beroperasi. Pengguna dibenarkan untuk membenamkan algoritma data di pinggir. Selain itu, penyelesaian ini unik dari segi kelebihannya untuk mengesan data yang mengalir antara HMI dan PLC (Pengawal Logik Boleh Atur Cara). Ia menghantar data kepada sistem pemantauan keadaan untuk menjalankan analisis dengan cara yang tidak mengganggu, iaitu, meskipun sekiranya get laluan tidak berfungsi, ia tidak akan menghalang sistem kawalan.
LITE-ON menawarkan pengalaman membeli belah sehenti yang sangat baik, nisbah kos-prestasi yang tinggi dan memanfaatkan keupayaan pembuatan seluruh dunianya. Kami mencari rakan-rakan kongsi pengedar bukan sahaja di Vietnam tetapi juga di Indonesia, Singapura, Malaysia, Myanmar, Filipina, Brunei dan sebagainya serta menjadi penyedia penyelesaian kilang pintar yang dikenali dalam pasaran ASEAN.
Latar Belakang LITE-ON Technology Corporation
Ditubuhkan pada tahun 1975, LITE-ON (TWSE: 2301) mengkhusus untuk menjadi "Rakan Kongsi Terbaik dalam Teknologi Opto-Elektronik, Mesra Alam dan Pintar". Ia merupakan syarikat senaraian pertama dalam sektor pembuatan opto-elektronik di Taiwan. Pada tahun 2018, LITE-ON turut diiktiraf sebagai "100 Pemimpin Teknologi Global Terbaik" oleh Thomson Reuters.
Latar Belakang VIMF 2019
"Pameran Pembuatan Perindustrian Vietnam 2019" termasuk:
Pengautomatan Kilang, Pengautomatan Proses, Pengendalian Bahan Pengautomatan Perindustrian, Pengangkutan Pengautomatan/Logistik, Peralatan & Jentera, Pam & Injap, Kejuruteraan Jitu Kerja Logam & Pembuatan Subkontrak, Pemprosesan Plastik dan Bahan, Pencetakan & Pempakejan, Kerja Kayu & Pembuatan Perabot.
http://vietnamindustrialfiesta.com/
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190611/2492068-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20171229/2023138-1LOGO