omniture

Goongbe lancar jenamanya wakili K-Beauty di Hong Kong

Goongbe
2019-05-31 10:00 225

- SASA, kedai kecantikan & kesihatan terkemuka Hong Kong, menyiarkan sepanduk iklan besar Goongbe di seluruh kedai utamanya.

- Goongbe hanya mengambil masa 2 tahun untuk menjadi jenama No.1 dalam Kategori Bayi & Ibu, kini melancarkan 'Pure & Mild Suncare' (Pelindung Matahari Tulen & Lembut)

SEOUL, Korea Selatan, 30 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Goongbe, jenama penjagaan kulit semula hjadi premium, kini melonjak ke hadapan. Pada April ini, Goongbe menjadi jenama utama dalam kategori Bayi & Ibu di SASA, salah sebuah kedai ubat yang terkemuka di Hong Kong. Goongbe turut mengumumkan bahawa ia akan menyiarkan iklan berskala besar pada bulan Mei, di kedai-kedai SASA iaitu di kawasan-kawasan komersial utama seperti Tsim Sha Tsui, Causeway Bay dan Mong Kok di Hong Kong, serta kedai-kedai SASA di pusat membeli belah The Venetian Macao Resort Hotel, salah satu tarikan pelancong yang terbaik di Macau.

Iklan imej ‘Goongbe’di gedung SASA di Hong Kong
Iklan imej ‘Goongbe’di gedung SASA di Hong Kong

 

Moisture Sun Cushion Goongbe
Moisture Sun Cushion Goongbe

Goongbe telah mengukuhkan kedudukan jenama penjagaan kulit bayi uniknya sejak dilancarkan dalam pasaran Hong Kong dengan memeterai perjanjian bekalan eksklusif dengan SASA pada November 2017. Dalam tempoh 2 tahun, ia menjadikan kehadirannya dikenali di seluruh Hong Kong dan tanah besar China. Goongbe menjangkakan satu lagi kejayaan menerusi pelindung matahari tulen yang baru dilancarkan, yang turut dikenali sebagai produk 'Pure and Mild Suncare Series' (Siri Pelindung Matahari Tulen dan Lembut) yang turut dipaparkan di semua kedai cawangan.

Vivian Ko, Naib Presiden Pengurusan Kategori & Pembangunan Produk (CMPD) di SASA, berkata, "Pengguna-pengguna Hong Kong meletakkan tahap kepercayaan dan keutamaan jenama yang tinggi untuk Goongbe meskipun berlakunya persaingan yang sengit dalam pasaran kecantikan. Goongbe berjaya menarik pengguna Hong Kong menerusi kisah jenamanya yang meyakinkan, reka bentuk produk yang cantik serta dengan melancarkan produk-produk berkualiti tinggi secara tekal. Dalam tempoh terdekat, SASA merancang untuk melancarkan produk-produk penjagaan wanita Goongbe yang akan dapat memenuhi kehendak pengguna wanita hamil."

Goongbe terus meningkatkan imej jenamanya di Korea. Pada Februari 2019, Goongbe secara rasminya melancarkan produk-produknya di semua kedai cawangan Boots di Korea dan kini mempunyai bilangan kedai terbanyak di kedai bebas cukai dalam kalangan jenama penjagaan kulit bayi di Korea.

Sementara itu, Goongbe turut menjadi jenama yang terkemuka di Korea, memenangi hadiah pertama dalam 'Industri Penjagaan Kulit Bayi Anugerah Jenama Kebangsaan 2019', anugerah untuk 'jenama-jenama kebangsaan terbaik' Korea.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190527/2478350-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190527/2478350-1-b

Source: Goongbe
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail