MILWAUKEE, 19 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Clarios, dahulunya dikenali sebagai Johnson Controls Power Solutions, dilancarkan sebagai entiti baharu dan peneraju dunia bagi penyelesaian simpanan tenaga termaju. Clarios diambil alih oleh Brookfield Business Partners dan beroperasi sebagai perniagaan simpanan tenaga global yang menjana pendapatan sebanyak US$8 bilion menerusi lebih 16,000 kakitangan, 56 kemudahan di seluruh dunia dan 130 tahun kepakaran. Clarios akan memanfaatkan kedudukan utamanya dalam teknologi bateri kenderaan -- mengeluarkan satu pertiga daripada keseluruhan output industri automotif setiap tahun -- di samping meneroka cara untuk memenuhi keperluan simpanan tenaga masa depan yang pantas berkembang dengan lebih agresif.
Clarios menyediakan portfolio bateri yang paling luas dan paling cekap untuk pelanggan OE dan jenama-jenama Selepas Pasaran termasuk Delkor®, VARTA®, OPTIMA®, MAC®, LTH®, serta bateri-bateri jenama persendirian seluruh dunia.
"Visi kami adalah untuk memperkasa kemajuan dengan mencipta penyelesaian simpanan tenaga paling pintar di dunia yang memberi manfaat kepada orang ramai, perniagaan dan bumi," kata Joe Walicki, presiden, Clarios. "Sebagai peneraju global dengan produk yang digunakan dalam hampir setiap kenderaan bermula dengan kenderaan konvensional kepada elektrik sepenuhnya, kami berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan trend pasaran, termasuk langkah ke arah kenderaan yang lebih bercirikan elektrik dan berautonomi yang meningkatkan peranan penting bateri serta mempercepatkan keperluan terhadap bateri yang lebih canggih. Di bawah pemilikan Brookfield, kami dapat memanfaatkan trend yang semakin berkembang ini dengan lebih baik dan beroperasi dengan lebih fokus dan cekap."
Clarios akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tertinggi, menerusi teknologi bateri yang memanfaatkan gabungan unik syarikat antara pemahaman, kejuruteraan gunaan dan reka bentuk produk unggul. Teknologi bateri telah menjadi semakin penting lantaran kenderaan masa kini menempatkan lebih seratus alat elektrik untuk mematuhi peraturan industri yang semakin berkembang dan bagi menyokong permintaan pengguna terhadap keselamatan, ekonomi bahan api, keselesaan dan kelestarian. Clarios akan melabur dalam kakitangan, proses dan teknologi bagi membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini dan memperkasa mobiliti dan kesalinghubungan yang lebih hebat pada masa depan.
Clarios akan memanfaatkan berdekad-dekad pengalaman kepimpinan dalam ekonomi pusingan yang mana ia mereka bentuk, membina, memulihkan dan mengitar semula bateri bagi membantu mencipta pendekatan yang lebih cekap dan lestari terhadap simpanan tenaga. Bateri-bateri Clarios direka dan diperbuat agar sehingga 99% daripada bahan-bahannya boleh dipulihkan dan digunakan semula dalam bateri-bateri baharu yang ia hasilkan. Melalui kolaborasi inovatif bersama pelanggan dan rakan kongsi syarikat, Clarios merintis sistem kutipan gelung tertutup yang merupakan model untuk ekonomi pusingan yang terus dikongsi di seluruh dunia.
Syarikat ini akan mengekalkan jejak pembuatan dan operasi global semasanya termasuk ibu pejabat korporatnya di Glendale, Wisconsin.
Latar Belakang Clarios: Clarios, dahulunya dikenali sebagai Johnson Controls Power Solutions, ialah peneraju dunia bagi penyelesaian simpanan tenaga termaju. Kami bekerjasama dengan pelanggan kami untuk memenuhi peningkatan permintaan pasaran terhadap aplikasi lebih pintar, pada skala global. Seramai 16,000 kakitangan kami membangunkan, mengeluarkan dan mengedarkan portfolio melibatkan teknologi bateri yang berkembang untuk hampir setiap jenis kenderaan. Teknologi yang dapat memberikan prestasi generasi seterusnya dan mampan secara unik serta membawakan ciri keandalan, keselamatan dan keselesaan untuk kehidupan harian. Kami menambah nilai pada setiap pautan dalam rantaian bekalan, menyumbang kepada kemajuan komuniti yang mendapat khidmat kami dan bumi yang dikongsi bersama. Ketahui lebih lanjut tentang Clarios di www.clarios.com. Clarios ialah subsidiari Brookfield Business Partners, syarikat perkhidmatan perniagaan dan perindustrian yang menumpu dalam memiliki dan mengendalikan perniagaan berkualiti tinggi yang mendapat manfaat daripada halangan untuk kemasukan dan/atau kos pengeluaran yang rendah. Brookfield Business Partners tersenarai dalam bursa saham New York dan Toronto (NYSE: BBU)(TSX: BBU.UN). Sila kunjungi https://bbu.brookfield.com.
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190611/2492895-1LOGO