omniture

"All Night," Lagu Ketiga Daripada Muzik Asal BTS WORLD, Dilancar Pada 21 Jun

Netmarble Corp.
2019-06-21 10:00 120

- Tampilkan RM, SUGA dari BTS dan Juice WRLD

- Lagu hip hop 90-an dihasilkan oleh RM

- Netmarble perkenal satu lagi kisah pratonton daripada BTS WORLD

SEOUL, Korea, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Netmarble telah mengumumkan bahawa "All Night (BTS WORLD OST Part.3)," lagu ketiga yang tersedia daripada muzik asal BTS WORLD, akan dilancarkan pada 21 Jun pada 2 pagi PDT/6 petang KST. BTS WORLD, permainan mudah alih yang amat dinanti-nantikan daripada Netmarble yang menawarkan pengalaman hebat menjadi pengurus BTS, akan dilancarkan di seluruh dunia pada 25 Jun PDT/26 Jun KST.

“All Night,” Third Song From BTS WORLD’s Original Soundtrack, To Be Released On June 21
“All Night,” Third Song From BTS WORLD’s Original Soundtrack, To Be Released On June 21

"All Night" ialah lagu hip hop bertempo sederhana dengan gema tenang tahun 90-an menampilkan RM dan SUGA dari BTS bersama-sama Juice WRLD, penyanyi rap emo yang telah menduduki tangga carta tertinggi dengan lagu popular seperti "Lucid Dreams."

Lagu tersebut, yang dihasilkan oleh RM, menggabungkan rentak oleh Powers Pleasant, pengasas bersama kumpulan Pro Era dan penerbit lagu popular seperti "Devastated" Joey Bada$$, menyusun sendiri nyanyian rap yang bermelodi.

Lagu terbaharu yang menyertai "Dream Glow ((BTS WORLD OST Part.1)" dan "A Brand New Day (BTS WORLD OST Part.2)" sebagai lagu ketiga yang dilancarkan daripada muzik asal BTS WORLD. Muzik asal penuh ini, yang menampilkan muzik serba baharu daripada BTS yang unik untuk permainan ini, akan tersedia pada 28 Jun.

BTS WORLD ialah permainan simulasi mudah alih yang berasaskan kisah yang membawa pemain kembali ke permulaan sebelum pelancaran kugiran ini untuk meneruskan peranan sebagai pengurus BTS, dengan matlamat utama untuk memupuk BTS menjadi bintang handalan.

Para pemain akan menghadapi pelbagai misi di mana mereka akan memilih kad ahli BTS tertentu untuk melengkapkan misi dan maju dalam permainan ini. Mengumpul dan menaik taraf kad-kad ini akan membuka lebih banyak kisah di sepanjang perjalanan, dan para pemain akan dapat berinteraksi secara maya dengan BTS sebagai pengurus dalam permainan melalui pelbagai kandungan interaktif 1:1.

Sebagai tambahan kepada kisah utama BTS WORLD yang membolehkan para pemain memupuk BTS menjadi bintang handalan, permainan ini akan menampilkan kisah-kisah individu dengan setiap ahli BTS muncul sebagai watak utama. Netmarble telah melancarkan satu lagi pratonton kisah individu ini melalui laman sesawang BTS WORLD, dengan enam kisah pratonton kini tersedia termasuk RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimi dan V. Cerita terakhir, menampilkan Jung Kook, akan tersedia untuk dipratonton pada 22 Jun.

Permainan ini akan dilancarkan di seluruh dunia (kecuali beberapa negara) untuk peranti iOS dan Android. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi [https://btsw.netmarble.com] atau ikuti BTS WORLD di Twitter, YouTube dan Instagram.

Latar Belakang Netmarble Corporation

Netmarble Corp. berusaha untuk menghiburkan khalayak dalam semua peringkat usia di seluruh dunia dengan menyediakan pengalaman permainan mudah alih yang hebat. Ditubuhkan di Korea pada tahun 2000, Netmarble ialah syarikat permainan mudah alih yang paling pantas berkembang dan sentiasa menduduki tempat sebagai pembangun dan penerbit mudah alih terkemuka seluruh dunia. Dengan lebih 6,000 kakitangan, Netmarble menghasilkan dan menawarkan beberapa permainan mudah alih yang paling berjaya termasuk Lineage2: Revolution, MARVEL Future Fight, Everybody's Marble dan Seven Knights. Sebagai sebuah syarikat induk kepada Kabam, pembangun permainan mudah alih terkemuka bagi permainan versi percuma berbilang pemain secara besar-besaran dan pemegang saham terbesar Jam City, pembangun permainan sosial kasual yang utama, Netmarble menjalin perkongsian strategik dengan CJ ENM Corporation, syarikat hiburan terbesar Asia, Tencent Holdings, syarikat internet terbesar Asia dan NCsoft, sebuah syarikat MMORPG yang terkenal. Maklumat lanjut boleh didapati di http://company.netmarble.com

Latar Belakang Big Hit Entertainment

Ditubuhkan pada Februari 2005 di Korea Selatan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit Bang Si-Hyuk, perniagaan utama Big Hit Entertainment menumpu pada penghasilan muzik, pengurusan artis dan penerbitan. Usaha niaga Big Hit menggabungkan dan membangunkan rangkaian kandungan yang dihasilkan daripada IP artis-artis terkenal termasuk kumpulan penyanyi lelaki global BTS dan penambahan terbaharunya TOMORROW X TOGETHER. Dengan misinya iaitu 'Muzik & Artis untuk Pulih', Big Hit berusaha memberi pengaruh positif melalui kandungan dengan menyediakan keselesaan dan inspirasi kepada peminat-peminat muzik seluruh dunia.

Latar Belakang Takeone Company

Takeone Company Corp. ialah syarikat kandungan inovatif yang menggunakan budaya pop dalam persekitaran permainan digital. Ditubuhkan dalam tahun 2016, Takeone ialah permainan mudah alih genre baharu terkemuka yang dipanggil 'Permainan Sinematik' yang menggabungkan elemen permainan interaktif dalam konsep sebuah kisah yang berdasarkan kepada budaya pop dan IP asli. Permainan ini termasuk video gerakan penuh dan pelbagai kandungan visual yang menolak sempadan penceritaan generasi akan datang. Pengalaman dan pengetahuan bertahun-tahun dalam penceritaan dan pembangunan permainan telah membawa kepada penciptaan permainan sinematik seperti Take Urban, BTS WORLD. Takeone kini sedang membangunkan siri permainan sinematik akan datang untuk tajuk mereka yang seterusnya dan akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada www.takeonecompany.com.

Korea (Seoul)
Ibu Pejabat Pasukan Perhubungan Awam
Jinho Lee
globalpr-g@netmarble.com
82-2-2271-7444

Amerika Utara
Perhubungan Awam AS Netmarble
Chastity Irizarry
chastity.irizarry@netmarble.com

Rogers & Cowan
Joe Schneider
jschneider@rogersandcowan.com 

Big Hit Entertainment
Irene Choi
irenechoi@bighitcorp.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/925167/PR_BTSWORLD.jpg  

Source: Netmarble Corp.
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Music Telecommunications New products/services Future Events