SINGAPURA, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Berazam agar tidak ketinggalan di belakang negara-negara maju dalam inovasi dan penerimaan teknologi, negara-negara Asia Tenggara bekerja keras untuk memperkenalkan rangkaian mudah alih 5G. Teknologi ini bertindak sebagai tulang belakang untuk pelbagai perkhidmatan digital bertumpu pengguna dan perniagaan seperti kenderaan berautonomi, bayaran digital dan realiti imbuhan. Dengan syarikat-syarikat seperti Grab, syarikat baharu yang paling bernilai di Asia Tenggara, meluaskan perniagaan mereka di seluruh rantau ini daripada pengangkutan kepada penghantaran makanan dan penyelesaian pembayaran, jelas bahawa syarikat-syarikat multinasional bersaiz besar memerhatikan wilayah ini dari segi teknologi-teknologi seperti 5G.
Kesediaan Asia Tenggara untuk menerima teknologi baharu turut dilanjutkan kepada landskap Perindustrian melalui apa yang dikenali di seluruh dunia sebagai "Industri 4.0" atau "Revolusi Perindustrian Keempat". Menggunakan data dan pembelajaran mesin untuk menyokong sistem dan proses sedia ada, Industri 4.0 bertujuan untuk mencipta kilang-kilang "pintar"; mengubah sistem dan mesin fizikal sedia ada kepada Internet Pelbagai Benda Perindustrian (IIoT) dan membolehkan mereka untuk berkomunikasi serentak antara satu sama lain serta bersama pengendali pada waktu nyata. Hasilnya? Kilang-kilang pintar yang mana sistem-sistem boleh membuat keputusan terpencar dan mengoptimumkan lagi proses-proses untuk memaksimumkan output, kecekapan dan masa operasi.
Industri 4.0 & Pasaran Udara Termampat
Sebagai penyedia global utama bagi peralatan udara termampat, selain produk dan perkhidmatan selepas jualan yang berkaitan, Gardner Denver merealisasikan kepentingan untuk menyediakan pelanggan kami dalam pasaran udara termampat dengan teknologi terkini. Atas sebab inilah kami membangunkan iConn, platform ketersambungan generasi seterusnya daripada kami.
Di barisan depan Industri 4.0, iConn ialah platform pintar yang membolehkan semua rangkaian produk utama kami dengan ciri-ciri IIoT dapat menyediakan pelanggan dengan pandangan proaktif pada waktu sebenar menggunakan pengalaman digital yang terkini.
Direka agar sesuai dengan aplikasi dan tahap perkhidmatan yang diperlukan, iConn memastikan masa hidup dan prestasi mesin yang maksimum dengan menyediakan pandangan yang proaktif, waktu sebenar, diagnostik serta maklumat operasi.
Analitikal
iConn membantu pelanggan memahami dengan lebih baik produk-produk mereka dengan menyediakan gambaran keseluruhan yang terperinci tentang sistem serta prestasi mesin mereka; membolehkan pengendali melihat dan menganalisis data operasi utama dan bertindak balas kepada perubahan pada waktu sebenar.
Prediktif
Data yang dikumpul oleh dianalisis dan digunakan untuk merancang segala-galanya bermula dengan kapasiti pengeluaran kepada jadual penyelenggaraan mesin; meningkatkan kecekapan dan mengurangkan risiko masa henti dengan membolehkan pengendali mengambil pendekatan yang proaktif untuk pengendalian dan penyelenggaraan mesin.
Kognitif
iConn menyediakan platform fleksibel yang membolehkan analitik data dan algoritma pengecaman pola dilanjutkan yang memanfaatkan pengalaman Gardner Denver dan mengetahui cara untuk mengenal pasti isu-isu berpotensi serta memberi saranan yang bersifat preskriptif.
Sistem ini memberi tumpuan pada piawaian IIoT yang diterima secara meluas dan selamat serta terbuka kepada pelbagai API (termasuk SAP, GE, Oracle, & Microsoft). iConn turut menyokong komponen-komponen tambahan untuk penyamanan udara termampat, selain pelbagai produk pihak ketiga dan pesaing; membolehkan sistem udara termampat yang lengkap diurus secara maya, pada satu platform digital.
iConn disediakan sebagai standard pada semua mesin CompAir baharu dan boleh dinaik taraf untuk pemasangan pemampat sedia ada. Sistem ini juga akan menyokong produk sampingan dan produk bukan berasaskan Gardner Denver, lalu memberi pengalaman digital sehenti untuk mengurus seluruh sistem udara termampat.
Latar Belakang Gardner Denver
Gardner Denver (NYSE: GDI) ialah penyedia global yang terkemuka bagi kawalan aliran misi kritikal dan peralatan mampatan serta komponen selepas jualan berkaitan, barangan guna habis serta perkhidmatan, yang dijual olehnya merentas pelbagai pasaran akhir yang menarik dalam perindustrian, industri tenaga dan juga perubatan. Rangkaian luas dan lengkap produk serta perkhidmatan pemampat, pam, vakum serta peniup, berserta kepakaran aplikasinya dan lebih 155 tahun warisan kejuruteraan, membolehkan Gardner Denver untuk menyediakan tawaran produk dan perkhidmatan berbeza untuk kegunaan tertentu oleh pelanggannya. Gardner Denver menyokong pelanggannya melalui jejak geografi globalnya melibatkan 41 kemudahan pengilangan utama, lebih 30 pusat perkhidmatan dan pembaikan pelengkap dalam enam benua serta menggaji kira-kira 6,700 pekerja di seluruh dunia.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190620/2500442-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190620/2500442-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190618/2500442-1
HUBUNGI: April Wu, mktg.au@gardnerdenver.com, +61-3-9212-5800