omniture

HONOR Mulakan Ketersediaan Global HONOR 20, Teruskan Prestasi Jualan Pecah Rekod di China

Jualan HONOR 20 di China melangkaui satu juta unit hanya dalam 14 hari Jumlah jualan HONOR 20 PRO mengatasi RMB 100 juta dalam masa tiga saat semasa pelancarannya Ketersediaan global bermula dari 21 Jun di Perancis, Jerman, India, Itali, Malaysia, Poland, Rusia, Sepanyol, Belanda dan UK
Honor
2019-06-21 21:26 534

HONG KONG, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Jenama telefon pintar HONOR hari ini mengumumkan ketersediaan global telefon pintar unggulannya, HONOR 20, susulan prestasi jualan yang paling tinggi iaitu sebanyak lebih satu juta unit terjual di China hanya dalam 14 hari. HONOR 20 akan terus dijual bermula dengan Perancis, Jerman, Malaysia, Rusia dan UK pada 21 Jun; Itali dan Belanda pada 24 Jun; India pada 25 Jun; Poland pada 28 Jun dan Sepanyol pada awal Julai. Ketersediaan dalam pasaran-pasaran lain akan turut menyusul. Secara berasingan, HONOR 20 PRO mengatasi nilai RMB 100 juta (kira-kira USD 15 juta) sebaik sahaja ia mula dijual semalam.

HONOR 20 dalam Senarai Jualan*

Negara

Tarikh Mula Dijual

Rakan Jualan Dan Pautan

RRP

Promosi

Rusia

21 Jun

Eshop

RUB 27,990

Jualan bersama pratempah - HONOR FlyPods Lite

DNS

MTS

Svyaznoy

Mvideo

Eldorado

Beeline

Megafon

UK

21 Jun

Three (dalam talian & luar talian)

GBP399.99

Jualan bersama pratempah - HONOR Magic Watch

Carphone Warehouse (dalam talian & luar talian)

Amazon

Mobile Phone Direct

Very

ID Mobile

AO.com

Perancis

21 Jun

Boulanger (dalam talian & luar talian)

EUR499.00

Dijual bersama-sama HONOR FlyPods

Darty (dalam talian & luar talian)

Fnac (dalam talian & luar talian)

Bouygues (dalam talian)

Dijual bersama-sama HONOR Band 4

HONOR Shop La Defense

Dijual bersama-sama HONOR Watch

HONOR Shop Lyon

27 Jun

FREE (dalam talian & luar talian)

Dijual bersama-sama HONOR FlyPods

Jerman

21 Jun

Amazon.de

EUR499.00

Dijual bersama-sama HONOR FlyPods

Otto.de

Deinhandy.de

Conrad.de

24 Jun

Mediamarkt.de

Saturn.de

Malaysia

21 Jun

All HONOR Experience Stores

RM 1,699

Pembesar Suara Bluetooth Mudah Bawa SoundStone HONOR, HONOR Band 4 dan Beg Galas HONOR

Hihonor.com

N/A

Itali

24 Jun

Hihonor.com

EUR499.00

Dijual bersama-sama Alat Pendengar Bluetooth AM61 HONOR

28 Jun

Unieuro

MediaWorld

Buying Group

Belanda

24 Jun

BOL.COM

EUR499.00

Dijual bersama-sama HONOR Band 4 dan Alat Pendengar Bluetooth AM61 HONOR

Belsimpel

Coolblue

India

25 Jun

Flipkart

INR 32,999

1. Tanpa Kos EMI bermula pada INR 5500/bulan 

2. Sehingga 90% Jaminan Beli Balik dalam 90 hari; "Cabaran Suka atau Kembalikannya"*

3. Pengguna siri HONOR 20 yang melakukan caj semula INR 198/Rs.299 akan mendapat pulangan wang tunai INR 2200 dan 125GB tambahan 4G 

Poland

28 Jun

Play

PLN 1999

Dijual bersama-sama promosi tiket penerbangan (bermula dari 1 Julai)

Sepanyol

Bermula pada Julai

MediaMarkt (dalam talian & luar talian)

EUR499.00

Kad hadiah 100 Euro

Grupo Euskaltel

Phone House

Fnac

Worten

Hihonor.com

*Bukan senarai lengkap, sila rujuk kepada halaman tempatan untuk maklumat lanjut

Jualan HONOR 20 di China melangkaui satu juta unit hanya dalam 14 hari
Jualan HONOR 20 di China melangkaui satu juta unit hanya dalam 14 hari

HONOR turut muncul sebagai jenama berprestasi No. 1 bagi tahun kelima berturut-turut di Hari Jualan 618 tahunan menerusi JD.com, salah satu platform e-dagang yang terbesar di China.[1] Tahun ini, jenama ini mengungguli jumlah jualan dan perolehan dalam kategori telefon pintar Android.[2] HONOR 20, pelakar kejayaan untuk HONOR 20 Series, turut berjaya menjadi produk paling laris dalam kategori telefon pintar Android pada titik harga RMB 2,000 – 2,999 di JD.com.[3]

HONOR 20 Series, yang terdiri daripada HONOR 20 LITE, HONOR 20 dan HONOR 20 PRO, dilancarkan di London pada 21 Mei. Dipuji kerana reka bentuknya yang unggul dan keupayaan fotografi yang tiada tandingan, HONOR 20 telah memperoleh maklum balas yang amat positif daripada rakan media teknologi utama termasuk GSMArena, Tech Advisor, Stuff dan Mashable. Selain Kamera Quad AI yang terbaik dalam kelasnya dan prestasi yang tiada tandingan, HONOR 20 memperoleh gelombang pujian daripada pengguna mahupun rakan media.

"Ini merupakan peristiwa bersejarah buat HONOR apabila kami mencapai prestasi jualan paling tinggi untuk HONOR 20," kata George Zhao, Presiden HONOR. "Ketika masih lagi merasai momentum ini, kami berasa teruja untuk mengumumkan ketersediaan global HONOR 20 kepada peminat setia kami yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada jenama ini serta produk-produk inovatif kami. Kami berkedudukan amat baik untuk mencapai kejayaan bersama HONOR 20 dalam pasaran-pasaran luar negara kami dan saya tidak sabar-sabar menunggu setiap orang untuk menggunakan produk ini."

HONOR 20 PRO, yang kini disediakan di China, memperoleh jumlah jualan tergabung yang mengagumkan iaitu sebanyak RMB 100 juta dalam masa tiga saat semasa pelancarannya semalam. Pengguna di luar China akan berpeluang untuk memiliki telefon pintar yang amat dinanti-nantikan ini tidak lama lagi. Awal bulan lalu, ia telahpun merangkul dua anugerah daripada Android Authority dan Android Police, masing-masing sebagai "Pilihan Editor" dan "Paling Diingini". Selain itu, ia diberi penarafan penuh (iaitu 5/5) oleh Android Authority dan penarafan 4/5 oleh Tech Advisor dan Android Central. Penghargaan yang mengagumkan oleh pakar-pakar industri ini membuktikan komitmen jenama ini untuk menawarkan ciri-ciri yang padat dan pengalaman premium kepada penggunanya. Penantian telahpun berakhir dan teruskan mengikuti perkembangan bagi mendapatkan perkembangan terkini tentang ketersediaan global HONOR 20 PRO.

[1] Kategori jualan paling laris untuk setiap tahun boleh berubah 

[2] Jualan paling laris dari segi jumlah dan perolehan dalam kategori telefon pintar Android mulai 1 Jun 2019 hingga 18 Jun 2019

[3] Jualan paling laris dari segi jumlah dan perolehan dalam kategori telefon pintar Android mulai 1 Jun 2019 hingga 18 Jun 2019

Latar Belakang HONOR
HONOR ialah jenama telefon pintar terkemuka. Jenama ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan pengguna natif digital melalui produk yang dioptimumkan internet yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, menginspirasi tindakan, memupuk kreativiti dan memperkasakan golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan melaksanakan perkara ini, HONOR telah membezakan diri dengan mempamerkan keberaniannya untuk melakukan perkara yang berbeza dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk membawakan teknologi dan inovasi terkini kepada pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di: 
https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190619/2502333-1

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Commerce Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services