omniture

Subsidiari Bebas Cukai Suning, Laox Umum Pengumpulan Dana 10.1 Bilion Yen Jepun untuk Perluas Perniagaan China dan E-dagang Global

Suning Holdings Group
2019-06-21 21:34 624

NANJING, China, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Pada 19 Jun, Laox, syarikat bebas cukai komprehensif di Jepun, mendedahkan hasratnya untuk mengumpul dana melalui penerbitan saham tambahan yang disasarkan untuk GRANDA GALAXY, subsidiari milik penuh Suning Appliance Group, dan GLOBAL WORKER, subsidiari milik penuh Chuben Sangy o Co., Ltd., kepada 10.093 bilion yen. (kira-kira RMB 642 juta), kebanyakannya digunakan sebagai modal kerja untuk pengembangan perniagaan perdagangan ke China dan pembangunan e-dagang global.

Kedai Ginza Exitmelsa Laox
Kedai Ginza Exitmelsa Laox

Ini menandakan pencapaian penting dalam sejarah 90 tahun Laox. Selepas pengumpulan dana ini, Laox akan terus meningkatkan pelaburannya dalam pasaran Cina dan mengembangkan perniagaan e-dagangnya di seluruh dunia. Sejak memasuki pasaran Cina pada tahun 2011, Laox telah memperkenal barangan dan perkhidmatan Jepun yang berkualiti tinggi ke China melalui platform dalam dan luar talian Suning.com dan kedai utama Tmallnya. Di masa hadapan, Laox berhasrat untuk menjadi salah satu pembekal terbesar barangan "Buatan Jepun" untuk melayani lebih ramai pelanggan tempatan Cina dengan lebih baik, dan merancang untuk mempromosi lebih produk dan pengalaman penggunaan yang lebih berkualiti ke negara-negara dan wilayah-wilayah lain melalui Inisiatif Jalur dan Jalan.

Sebagai pemegang saham penting Laox, Suning.com percaya bahawa Laox akan terus mengukuhkan kerjasama eratnya dengan syarikat ini dalam pembelian luar negara, pemerolehan komoditi, pemasaran dan perkhidmatan logistik, dan oleh yang demikian meningkatkan pengaruh antarabangsa Suning.com dan menarik lebih ramai pelanggan yang mencari produk dengan kualiti yang lebih baik.

Diperkasa sepenuhnya oleh strategi runcit pintar Suning, Laox kini telah berkembang menjadi platform komprehensif yang menyediakan perdagangan runcit, perkhidmatan katering, pengalaman gaya hidup, dan perkhidmatan perjalanan sambil mengekalkan perkhidmatan membeli belah bebas cukai sebagai terasnya. Menjelang akhir tahun 2018, LAOX mempunyai 38 kedai runcit di pasaran Jepun, yang telah menarik hampir 2.5 juta pelawat kedai dalam tahun tersebut dan mencapai jualan tahunan kira-kira 120 bilion yen.

Latar Belakang Suning

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2018, Suning Holdings menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan bukan milik negara terbaik di China dengan pendapatan tahunan mencecah 80.85 bilion USD (557.9 bilion RMD). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Hidup Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan dan Pelaburan. Suning.com turut tersenarai dalam Fortune Global 500 bagi tahun 2018. Untuk maklumat lanjut sila layari www.suningholdings.com

Latar Belakang Laox

Laox telah merintis industri tempatan Jepun sejak tahun 2009, membina salah satu daripada rangkaian kedai bebas cukai umum terbesar di negara tersebut. Dengan produk buatan Jepun yang selamat dan cemerlang dan budaya hospitaliti unik negara dan perkhidmatan bersopan-santun yang semuanya sangat dihargai oleh dunia, industri tempatan Jepun telah bertapak dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Laox berhasrat memperluaskan platformnya untuk memperkenalkan produk, budaya dan perkhidmatan Jepun kepada dunia, memanfaatkan kepakaran dan pengertian perniagaan yang telah kami pupuk selama bertahun-tahun dan hubungan erat kami dengan China. Kami akan terus berusaha untuk berkembang sebagai syarikat global yang bekerja sebagai penghubung antara Jepun dan China, yang mengalami perkembangan kepentingannya di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190620/2503571-1

Source: Suning Holdings Group
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Retail