omniture

YANNI akan Adakan Persembahan di Festival Jazz Prambanan 2019 pada 6 Julai

Rajawali Indonesia
2019-06-21 22:04 428

YOGYAKARTA, Indonesia, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ -- YANNI, komposer legenda dunia telah menunda konsert 'Akropolis Ulang Tahun ke-25' beliau tahun lalu di beberapa negara lantaran kecederaan yang beliau alami. Rancangan awal adalah untuk mengadakan persembahan di Prambanan Orchestra pada 20 Oktober 2018 di Candi Prambanan. Kedua-dua penganjur, PT. Taman Wisata Candi Borobudur, Prambanan & Ratu Boko (TWC) dan Rajawali Indonesia telah mengumumkan baru-baru ini tarikh jadual baharu untuk konsert YANNI tahun ini. Edy Setijono, Pengarah Eksekutif TWC, berkata bahawa konsert 'Akropolis Ulang Tahun ke-25' akan diadakan pada 6 Julai 2019 yang merupakan hari kedua Festival Jazz Prambanan 2019.

Maestro YANNI will perform at Prambanan Temple, a masterpiece of Hindu culture of the 9th century on July 6th 2019.
Maestro YANNI will perform at Prambanan Temple, a masterpiece of Hindu culture of the 9th century on July 6th 2019.

Ahli muzik tersebut mempunyai kelainan luar biasa kerana dibenarkan untuk mengadakan persembahan di beberapa mercu tanda dunia disebabkan oleh falsafah muzik beliau iaitu "satu dunia, satu bangsa" yang menonjolkan bahasa sejagat. Beliau pernah mengadakan konsert di Forbidden City di China, The Great Pyramids di Mesir, Toji Temple di Jepun dan Colosseum di Rome. Beliau pernah mengadakan konsert 'Live at the Acropolis' yang melakar kejayaan cemerlang di The Acropolis of Athens dan dirakam pada September 1993 serta disiarkan pada tahun berikutnya. Video ini merupakan video konsert muzik kedua terlaris dijual pada tahun tersebut dengan lebih 7 juta salinan terjual di seluruh dunia. Tahun ini, YANNI akan melakar sejarah di Indonesia. Para audiens akan dapat menikmati pengalaman ajaib YANNI dan persembahan bertaraf dunia oleh beliau di karya agung budaya Hindu pada abad ke-9. "Ini akan menjadi suatu persembahan luar biasa bagi dua karya agung sakti yang mungkin tidak dapat dilihat oleh khalayak pada dua dekad akan datang," kata Edy.

Ketua Pegawai Eksekutif Rajawali Indonesia, Anas Syahrul Alimi, menambah bahawa konsert maestro YANNI di pentas khas Festival Jazz Prambanan 2019 adalah eksklusif memandangkan konsep dan susun aturnya direka bentuk oleh pasukan YANNI. Persiapan akan dibuat dengan begitu teliti dan tiada acara istimewa akan diadakan pada hari pertama memandangkan tempat tersebut akan digunakan untuk tujuan raptai YANNI.

Festival Jazz Prambanan 2019 akan diadakan pada 5,6 & 7 Julai 2019 di Candi Prambanan, Yogyakarta, Indonesia. Sebelum persembahan YANNI diadakan di pentas khas pada jam 8 MALAM waktu Yogyakarta, audiens akan menikmati persembahan artis-artis tempatan di pentas festival seperti Maliq & D'Essentials, Yura Yunita, Pusakata, Yovie & His Friends dan ramai lagi.

www.prambananjazz.com

Perhubungan Media:

Ovi Ermawati
+6282226664343

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190620/2503567-1

Source: Rajawali Indonesia
Keywords: Entertainment Music Future Events