KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Perkembangan teknologi yang begitu pesat terutamanya dalam penggunaan aplikasi secara atas talian telah menunjukkan keperluan aplikasi berkaitan penjagaan kesihatan bagi membantu masyarakat mendapatkan perkhidmatan kesihatan dengan lebih cepat dan mudah.
Sehubungan dengan itu syarikat insurans terkemuka Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah melancarkan "Pulse", sejenis aplikasi dengan perintis kecerdasan buatan (Artificial Intelligence). Hasil kerjasama antara Prudential dan Syarikat Babylon Healthcare Services Limited United Kingdom, DoctorOnCall serta AIME membolehkan aplikasi ini diperkenalkan buat julung kalinya di Malaysia. Pengguna aplikasi ini bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat tentang status kesihatan, malah boleh bercakap dengan doktor secara atas talian dan mendapatkan penghantaran ubat terus kepada mereka.
Pulse merupakan aplikasi yang unik kerana ia berfungsi mengikut kesesuaian individu. Ketua Eksekutif Prudential Corporation Asia, Nic Nicandrou berkata "Aplikasi ini mampu membantu pengguna mencegah dan melindungi diri daripada serangan penyakit ".
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Prudential Assurance Malaysia Berhad, Gan Leong Hin, "Rakyat Malaysia menghabiskan 14 jam sehari dengan alat digital mereka dan 71% carian tentang kesihatan adalah dari telefon bimbit. 23% aplikasi yang dimuat turun dari internet adalah tentang kesihatan. Oleh itu, Prudential menumpukan usaha untuk memberikan mereka perkhidmatan yang bernilai dan mudah digunakan oleh rakyat Malaysia bila-bila masa dan di mana jua mereka berada".
Pulse menilai tahap kesihatan pengguna yang merangkumi gaya hidup, kesihatan mental, kesihatan organ dalaman dan risiko penyakit pada masa akan datang menerusi soal selidik dengan pengguna. Aplikasi ini dapat memberikan maklumat tentang tahap kesihatan semasa pengguna serta memberi kesedaran tentang aspek yang perlu diperbaiki.
Aplikasi ini juga mempunyai fungsi "Symptom Checker". Melalui sesi soal jawab, aplikasi ini akan membawa pengguna kepada kemungkinan diagnosis atau penyebab kepada gejala yang dihadapi. Kemudian, pengguna boleh memilih untuk bercakap dengan seorang doktor secara atas talian dengan hanya RM1. Doktor tersebut akan memberikan diagnosis dan mencadangkan rawatan yang sesuai serta mengeluarkan preskripsi secara elektronik sekiranya perlu.
Maran Virumandi, Pengasas Bersama DoctorOnCall menjelaskan "Konsultasi secara atas talian melalui Pulse yang dijalankan dengan kerjasama DoctorOnCall membolehkan pengguna mendapatkan konsultasi dengan doktor-doktor bertauliah dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia. Selain itu, mereka juga boleh mendapatkan preskripsi secara atas talian dan ubat-ubatan".
Pulse turut menyediakan maklumat tentang denggi melalui fungsi amaran denggi. Aplikasi yang boleh didapati dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ini boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store dan App Store.
DoctorOnCall merupakan salah sebuah syarikat yang bekerjasama dengan Prudential dalam merealisasikan aplikasi Pulse. Sebagai sebuah klinik atas talian DoctorOnCall menawarkan perkhidmatan konsultasi dengan doktor bertauliah bagi penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, demam, masalah kulit dan masalah kesihatan lain. Ini memberi peluang kepada pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dari mana jua mereka berada. Ubat-ubatan akan dihantar terus kepada pesakit selepas sesi konsultasi jika diperlukan. Pengunjung laman web turut berpeluang untuk bertanya tentang masalah-masalah kesihatan pada laman forum mereka. Untuk maklumat lanjut layari www.DoctorOnCall.com.my atau hubungi 03-84082000.