omniture

Lightyear Perkenal Kereta Solar Jarak Jauh Pertama Dunia

Lightyear
2019-06-25 15:00 93

KATWIJK, Belanda, 25 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Lightyear, pelopor bagi mobiliti bersih, memperkenalkan kereta solar jarak jauh pertamanya hari ini. Prototaip ini dipersembahkan kepada pelabur, pelanggan, rakan kongsi dan rakan media pada waktu subuh di Katwijk, Belanda. "Detik ini membawakan era baharu pemanduan," kata Lex Hoefsloot, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Lightyear.

Lightyear One - At Home
Lightyear One - At Home

Lightyear ditubuhkan pada tahun 2016 oleh alumni Solar Team Eindhoven yang memenangi Cabaran Solar Dunia Bridgestone. Sejak dilancarkan, Lightyear menerima anugerah, geran dan sokongan daripada pelabur-pelabur utama. Ini membolehkan mereka membangunkan prototaip untuk kereta solar jarak jauh pertama hanya dalam tempoh dua tahun. Lightyear One direkayasa untuk mengoptimumkan kecekapan dan juga keselamatan. Ia mempunyai jangka hayat bateri lebih panjang berbanding pesaingnya dan mengecas pada bila-bila masa ketika di bawah sinaran matahari.

"Perubahan iklim merupakan satu perkembangan menakutkan yang hampir melumpuhkan," ujar Hoefsloot. "Kami memutuskan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan; sebagai jurutera, kami percaya bahawa kami boleh melakukan sesuatu. Lightyear One memberi satu peluang untuk mengubah mobiliti ke arah lebih baik."

Ini hanyalah satu permulaan. "Memandangkan teknologi baharu mempunyai kos unit yang tinggi, kami perlu bermula dengan pasaran eksklusif. Model-model seterusnya yang kami rancang untuk dibangunkan akan memiliki harga belian yang jauh lebih rendah. Selain itu, model-model masa depan akan disediakan untuk kumpulan kenderaan berautonomi dan dikongsi, agar harga belian boleh dibahagikan antara kumpulan pengguna yang besar. Digabungkan dengan kos operasi kenderaan yang rendah, kami menyasarkan untuk menyediakan mobiliti premium demi harga yang rendah untuk setiap kilometer."

Latar Belakang Lightyear
Misi Lightyear adalah untuk menjadikan mobiliti bersih tersedia kepada setiap orang, di merata tempat. Lightyear membangunkan kereta elektrik dengan reka bentuk cekap tenaga dan sel solar bersepadu. Pemandu boleh memandu sehingga 20,0000 kilometer setahun di bawah cahaya matahari, bergantung pada iklim. Syarikat yang pantas berkembang ini ditubuhkan pada tahun 2016 dan kini mempunyai lebih 100 pekerja. Pasukan ini terdiri daripada campuran bakat muda dan pengalaman daripada industri automotif termasuk bekas pekerja Tesla dan Ferrari. Lightyear turut membuka kemudahan pengeluarannya sendiri di Helmond. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, syarikat berjaya mengumpul lebih 20 juta euro daripada tempahan, pelaburan dan geran. Ia pernah dianugerahkan sebagai Penginovasi Perubahan Iklim CES, Finalis Postcode Lottery Green Challenge dan baru-baru ini, Lightyear menerima dana daripada program penyelidikan dan inovasi Horizon 2020 Kesatuan Eropah di bawah perjanjian geran No 848620. www.lightyear.one

 

Source: Lightyear
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Auto Chemical Environmental Products & Services Transportation Utilities New products/services