omniture

Suning.com umum pemerolehan Carrefour China untuk capai lonjakan pembangunan operasi peruncitan FMCG

Suning Holdings Group
2019-06-26 02:09 398

NANJING, China, 26 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Suning.com (Syarikat), penjual yang tersenarai dalam Fortune Global 500 yang dimiliki oleh Suning Holdings Group, salah satu perusahaan komersial yang terbesar di China, hari ini mengumumkan bahawa ia akan membeli kepentingan ekuiti sebanyak 80% dalam Carrefour China pada nilai €620 juta (RMB 4.8 bilion). Selepas urus niaga berkenaan selesai, Suning.com akan menjadi pemegang saham kawalan bagi Carrefour China.

Ibu Pejabat Suning.com
Ibu Pejabat Suning.com

Susulan pemerolehan strategik 37 kedai seluruh negara daripada syarikat gergasi hartanah komersial Cina Wanda Group awal tahun ini, urus niaga dengan Carrefour China akan mempercepatkan pengembangan perniagaan Suning.com dalam peruncitan barangan semua-kategori dengan mengukuhkan daya saing pasarannya melibatkan operasi barangan pengguna bergerak pantas (FMCG). Selain itu, portfolio bangunan yang terus diperkaya akan turut meningkatkan pengalaman membeli belah untuk pengguna tempatan.

Sebagai peruncit pintar omnisaluran yang terkemuka di China, Suning.com sentiasa komited untuk membina ekosistem peruncitan senario-penuh secara dalam talian dan luar talian serta dari kota-kota ke kawasan perbandaran, bagi mencipta pengalaman membeli belah pelbagai yang boleh dilihat dan sedia untuk berkhidmat kepada pengguna pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Kesalinglengkapan yang kuat antara aktiviti-aktiviti Suning.com dan Carrefour China dapat menjadikan Syarikat mengumpul sumber-sumber berkualiti dengan berkesan daripada pasar raya komprehensif seperti jaringan kedai domestik dan rantaian bekalan global, untuk meningkatkan operasi khusus Suning.com serta penerokaan perniagaan baharu dalam kategori barangan pengguna.

Carrefour Group ialah salah satu peruncit yang terkemuka di dunia. Dengan kehadiran di China bermula sejak tahun 1995, Carrefour China mengendalikan rangkaian melibatkan 210 pasar raya besar dan 24 kedai serbaneka, meliputi 51 bandar-bandar bersaiz besar dan sederhana di China dengan 30 juta pelanggan berdaftar. Pada tahun 2018, ia menjana jualan bersih sebanyak €3.6 bilion (RMB 28.5 bilion) dan EBITDA sebanyak €66 juta (RMB 516 juta) serta disenaraikan antara 10 perusahaan rantaian terbaik China bagi FMCG (pasar raya besar / kedai serbaneka) tahun berkenaan.

Pada tahun 2019, subsidiari FMCG Suning.com mencapai pembangunan yang mengagumkan dalam penubuhan rantaian bekalan dan penciptaan senario membeli belah. Menerusi Festival Beli Belah 6/18 yang baru sahaja melabuhkan tirainya, jumlah pesanan dalam kategori FMCG di Suning.com telahpun meningkat 245%, yang telah dilihat sebagai satu kemajuan yang mengagumkan. Selain itu, pemerolehan Carrefour China akan menyepadukan pengalaman pengurusan pasar raya dan keupayaan perolehan Carrefour dengan model peruncitan senario-penuh Suning.com, jaringan penyerahan logistik pelbagai dimensi dan mempelopori teknik-teknik pendigitalan, untuk memajukan strategi 'dalam talian kepada luar talian' Suning.com dalam peruncitan FMCG serta meningkatkan daya saing dan kebolehuntungan keseluruhan kedua-dua pihak.

Menerusi kelebihan Syarikat dalam peruncitan pintar, Suning.com akan mempromosikan pendigitalan kedai-kedai sedia ada Carrefour China bagi mencipta pengalaman membeli belah pasar raya inovatif yang terkemuka. Sementara itu, dengan menghubungkan lebih 6,000 Suning Xiaodian dengan outlet Carrefour China, penyerahan ke rumah 'Kilometer-terakhir' Suning berupaya menawarkan perkhidmatan kepada lebih banyak pengguna dengan kos lebih rendah namun kecekapan yang lebih tinggi.

Tian RuiNaib Presiden Suning.com berkata, "Pada masa depan, kami menjangkakan pembukaan akses kepada pelbagai model perniagaan Suning seperti jualan barangan elektronik rumah, Redbaby, JIWU, Suning Financial Services, SuFresh dan Immediate Delivery Suning Xiaodian, agar dapat memasuki kedai-kedai Carrefour China yang terletak di pusat perniagaan dan kawasan kediaman di bandar-bandar tahap pertama dan kedua Cina. Ia akan membantu kami memenuhi keperluan lebih banyak pengguna dengan lebih baik hasil daripada keupayaan teras yang diperkukuh yang dicapai oleh inovasi kedai runcit. Dengan 400 juta pelanggan berdaftar dalam segmen peruncitan Syarikat, ekosistem-pengguna Suning.com akan turut dilengkapi dengan sistem keahlian Carrefour China, yang meningkatkan nilai pelanggan sepenuhnya."

Latar Belakang Suning.com
Suning.com ialah sebuah syarikat peruncitan pintar dalam talian-kepada-luar talian (O2O) yang terkemuka di China. Dalam Era Internet, Internet Pelbagai Benda dan Data Raya, Suning meneruskan komitmen jangka panjangnya untuk menggalakkan penyepaduan peruncitan pintar dan O2O, operasi kategori penuh, operasi omnisaluran, peluasan global, perkhidmatan awan logistik, awan data dan perkhidmatan awan kewangan, lalu mendayakan penyelesaian membeli belah sehenti melalui kedai fizikal, komputer peribadi (PC), peranti mudah alih dan juga televisyen di rumah.

Setakat akhir tahun 2018, Suning.com memiliki lebih 11,000 kedai dalam jaringan peruncitan tempatan dan luar negaranya termasuk Suning.com Plaza, Suning Cloud Store, SuFresh, Redbaby, JIWU, Motor Company, Suning.com Direct-sales Store dan Suning CVS. Perniagaan dalam talian Suning.com menyaksikan pertumbuhan yang dipercepatkan antara laman-laman e-dagang lain melalui jualan langsung dan operasi rentas-platform terbuka,  meletakkan Suning antara tiga yang teratas dalam platform B2C China. Suning.com disenaraikan dalam Fortune Global 500 2018.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi
 www.suning.cn.

Latar Belakang Carrefour
Dengan rangkaian berbilang format melibatkan lebih 12,000 kedai di lebih 30 negara, Carrefour Group ialah salah satu penjual makanan yang terkemuka di dunia. Carrefour berkhidmat kepada 105 juta pelanggan di seluruh dunia dan mencatatkan jualan sebanyak 84.9 bilion euro pada tahun 2018. Kumpulan ini menggaji lebih 360,000 pekerja yang menyumbang untuk menjadikan Carrefour sebagai peneraju dunia dalam peralihan makanan untuk semua, menawarkan makanan berkualiti setiap hari, yang boleh diakses di merata tempat dan pada harga yang berpatutan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.carrefour.com , Twitter (@CarrefourGroup) dan LinkedIn (Carrefour).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190624/2505715-1 

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Supermarkets Acquisitions, mergers, takeovers