HONG KONG, 26 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Informa Markets, JNA Awards yang berprestij mendedahkan senarai Penerima Anugerah yang amat dinanti-nantikan dalam 11 kategori untuk edisi kelapannya.
Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/jna_201906.shtml
Panel penilaian telah bekerja keras sepanjang bulan lalu, memandangkan tugas mereka semakin sukar saban tahun. Pada tahun 2019, terdapat hampir 100 penyertaan berkualiti tinggi dari 15 negara dan wilayah.
Letitia Chow, Pengerusi JNA Awards dan Pengarah Pembangunan Perniagaan -- Jewellery Group di Informa Markets, mengulas, "Daripada 39 syarikat Penerima Anugerah yang disenarai pendek, hampir separuh daripadanya merupakan peserta kali pertama, lalu menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam kalangan syarikat-syarikat berkualiti yang mengiktiraf kepentingan platform ini. Kami turut menerima bilangan mencatat rekod penyertaan dari Thailand, yang kedua dalam senarai kedudukan bersama-sama India dan Hong Kong, yang memperlihatkan kepentingan pasaran ini yang secara tradisinya bersifat sederhana tentang pencapaiannya."
Panel penilaian bebas 2019 terdiri daripada pakar-pakar industri: James Courage, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Platinum Guild International (PGI) dan bekas Pengerusi Responsible Jewellery Council (RJC); Albert Cheng, bekas Pengarah Urusan World Gold Council, Timur Jauh (WGC); Lin Qiang, Presiden dan Pengarah Urusan Shanghai Diamond Exchange (SDE); Nirupa Bhatt, Pengarah Urusan Gemological Institute of America (GIA) India dan Timur Tengah; Yasukazu Suwa, Pengerusi Suwa & Son, Inc.; dan Mark Lee, Pengarah Penyelidikan Asia Pacific Institute for Strategy (APIFS).
Courage turut berkongsi bahawa, "Kualiti penyertaan tahun ini, berserta kepelbagaiannya dari segi saiz, jenis dan geografi, wajar diperhatikan. Meskipun berdepan dengan cabaran, industri ini-- melalui penyertaan-penyertaan ini -- menunjukkan tumpuan dan kesungguhannya apabila melibatkan pelaburan dalam inovasi, sistem pengendalian dan penyelidikan pengguna."
Cheng menambah, "Sama seperti tujuh tahun lalu, anugerah Inovasi Industri Terbaik Tahunan terbukti menjadi kategori yang paling popular. Penerima Anugerah Usahawan Muda -- yang mana kelayakan, profesionalisme dan keinovatifannya mencerminkan perniagaan luar biasa mereka -- sama hebatnya."
Lin menyatakan, "Mengejutkan dan menginspirasikan rasanya apabila mendapat tahu bahawa hampir 100 penyertaan diterima -- lebih separuh daripadanya merupakan peserta kali pertama. Pengaruh dan kredibiliti JNA Awards tidak dapat disangkalkan lagi. Ia akan menjadi suatu perjalanan yang memberi ganjaran buat semua yang terlibat."
"Setelah bekerjasama dengan JNA Awards sejak tahun 2013, saya perhatikan bahawa proses penghakiman menjadi semakin sukar memandangkan penyertaan yang diterima meraih pencapaian baharu dan menerobos sempadan kecemerlangan tahun demi tahun," ujar Bhatt.
Suwa menyatakan, "Peserta-peserta JNA Awards adalah pelbagai bermula dengan syarikat-syarikat yang amat besar kepada syarikat-syarikat kecil-kecilan. Saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk menilai mereka berdasarkan misi mereka dan kebaikan jangka panjang yang telah mereka lakukan untuk orang ramai, tanpa mengira saiz syarikat."
Lee turut menambah, "JNA Awards terus mengukuhkan peranannya sebagai platform cemerlang untuk menonjolkan tahap kemajuan dan kejayaan industri. Penyertaan-penyertaan ini, khususnya dalam segmen inovasi dan pemasaran, benar-benar mengagumkan."
Perhubungan media:
Pemasaran JNA Awards
Informa Markets
+852 2516-2184
marketing@jnaawards.com
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201906/jna/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190614/2496754-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190614/2496754-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190620/2496754-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190620/2496754-1-d
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181024/2277935-1LOGO