omniture

ZTE demonstrasikan persiapan menyeluruh untuk kegunaan komersial 5G hujung-ke-hujung di MWC Shanghai 2019

ZTE Corporation
2019-06-27 04:45 367

SHENZHEN, China, 27 Jun 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia terkemuka bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk internet mudah alih mempamerkan pembangunan komersial terkininya untuk teknologi 5G hujung-ke-hujung di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2019, yang bermula pada 26 Jun 2019.

ZTE memberi tumpuan pada prinsip "Mendayakan perangkaian 5G dengan empat operasi asas aritmetik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian" serta memperkenalkan pencapaian terkini dan siri terminal 5G dalam bidang penyelesaian hujung-ke-hujung 5G, liputan situasi-penuh 5G&4G, pengaturan komersial 5G, kecerdasan rangkaian AI, rangkaian atas-permintaan, ekologi terbuka 5G dan aplikasi perindustrian pilihan. ZTE turut menyampaikan pesanan kepada dunia: ZTE bersedia untuk kegunaan komersial penuh dalam era 5G hujung-ke-hujung.

ZTE komited untuk membina rangkaian 5G yang ideal untuk pengendali dengan mematuhi prinsip "penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian".

  • Penolakan: Bertujuan untuk membina "rangkaian mudah utama," penyelesaian tapak minimum UniSite menyediakan penyelesaian padanan berbeza untuk pelbagai senario, seperti kawasan bandar yang padat, kawasan tertutup, jalan raya yang panas, kawasan bandar am dan terowong kereta api berkelajuan tinggi. Radio Jalur-Ultra (UBR) menyepadukan tiga jalur frekuensi utama: 900 M, 1800 M dan 2100 M agar bilangan peralatan tapak dikurangkan sebanyak 2/3. Digandingkan dengan penggabung terbina dalam RRU, antena tunggal ini boleh menyediakan pengaturan tapak Sub3GHz dalam jalur berbilang frekuensi 2/3/4/5G demi mencapai pengaturan antena yang paling mudah. 

Berorientasikan pada kewujudan bersama jangka panjang dan evolusi bersepadu 4/5G, stesen utama industri pertama yang menyokong dwimod 4/5G dan dwimod 5G NSA&SA dilancarkan, iaitu set rangkaian perkakasan 3-mod yang membantu pengendali untuk mencapai pembangunan jangka panjang.

Selain itu, bagi memenuhi keperluan pengendali untuk perkongsian dan pembinaan bersama, dwi-lebar jalur besar 200 MHz dan stesen utama penyepaduan tinggi dilancarkan untuk menjimatkan pelaburan rangkaian keseluruhan dan mempercepatkan kegunaan komersial 5G.

Bagi menyepadukan seni bina rangkaian menjadi suatu yang mudah, ZTE melancarkan platform BBU IT seragam-sepenuhnya kapasiti ultra-besar yang menyokong penyepaduan rangkaian berbilang mod dan evolusi jangka panjang dengan jalur dasar yang paling mudah.

5G Common Core komersial pertama dalam industri ini turut dilancarkan oleh ZTE. Ia menyokong penyepaduan penuh dan akses penuh 2/3/4/5G/tetap, 3GPP R15 SA serta NSA dan menjimatkan pelaburan sebanyak 40% untuk pembawa.

Di samping itu, rangkaian pengangkutan yang mudah dan fleksibel dibina. Lapisan rangkaian dimudahkan dengan produk semua-dalam-satu yang amat bersepadu. Seni bina protokol tradisional dipermudahkan daripada enam lapisan kepada empat lapisan agar peruntukan perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan cepat. Pelbagai teknologi pengautomatan rangkaian yang inovatif digunakan bagi mencapai pengesanan kesalahan yang pantas.

Cip 3-dalam-1 yang dibangunkan sendiri menyepadukan FlexE, NP (Pemproses Rangkaian) dan SA (Akses Pensuisan) untuk mengurangkan penggunaan kuasa peralatan sebanyak lebih 40% bagi setiap Gbit.

  • Penambahan: +MEC untuk mencapai pinggir pengaktifan, +AI bakal menambah kecerdasan kepada rangkaian. ZTE MEC menyokong akses bersepadu rangkaian tanpa wayar dan tetap, serta berbilang sistem 4G/5G/WiFi yang menyediakan keupayaan pengesanan tanpa wayar terbuka untuk aplikasi perindustrian 5G. Platform awan dwiteras memberikan peningkatan besar penggunaan sumber.

Siri penuh pelayan MEC daripada ZTE dapat memadankan senario aplikasi yang berbeza dan menyokong daya pecut perkakasan untuk memenuhi keperluan kependaman ultra-rendah dan lebar jalur ultra-tinggi pada perkhidmatan pinggir dan mengurangkan penggunaan sumber CPU serta keperluan jejak.

Siri AI Engine yang dibangunkan oleh ZTE telahpun diaplikasikan dalam senario 5G penuh bagi mencapai sentuhan sifar, pengesanan kesalahan dengan pantas dan pengoptimuman kendiri rangkaian, selain mendayakan rangkaian tanpa wayar berkembang secara berautonomi berasaskan AI.

  • Pembahagian: Untuk merealisasikan penggunaan semula rangkaian, mengurangkan kos pembinaan rangkaian dan O & M, mengurangkan versi aplikasi ralat dan meningkatkan kelajuan dalam talian, ZTE memanfaatkan penghirisan rangkaian sepenuhnya. Storan penghirisan 5G ZTE boleh disesuaikan dan diselaraskan mengikut permintaan. Ia mempunyai keupayaan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai pelanggan vertikal secara serentak dan mendayakan ribuan perkhidmatan pada satu rangkaian.
  • Pendaraban: Rangkaian 5G digandakan oleh industri vertikal. Digabungkan dengan AI, pengkomputeran awan, data raya, pengkomputeran pinggir dan Internet Pelbagai Benda, 5G diaplikasikan kepada semua industri vertikal bagi meluaskan lautan biru baharu perkhidmatan 5G.

Dengan isu lesen-lesen 5G komersial di China, ZTE dan tiga pengendali utama telah memulakan pembinaan rangkaian sepenuhnya. Di MWC Shanghai 2019, ZTE mempamerkan pelbagai teknologi 5G di reruai tiga pengendali utama, seperti demonstrasi MIMO berbilang pengguna dalam persekitaran rangkaian 5G komersial penuh, demonstrasi video 4K HD 16-saluran 5G mmWave, pemanduan tanpa pemandu jarak jauh, kawalan jauh jitu robot, komunikasi holografik 5G+AR dan interaksi dalam ruang maya serta telefon bimbit 5G daripada pelbagai jenama untuk bermain permainan awan berdasarkan peralatan komersial ZTE pada antara muka udara baharu 5G.

Di luar dewan pameran, ZTE akan membawakan pengalaman perkhidmatan yang lancar, seperti siaran langsung 8K VR dan 16 saluran video HD. Pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Shanghai ZTE akan turut dibuka kepada pelanggan untuk mengunjunginya. Ia akan memberi tumpuan pada enam aplikasi perindustrian 5G utama, termasuk siaran langsung amat jelas 5G+8K, analisis video 5G menyeluruh, robot peronda 5G, kawalan air pintar 5G, Kelas VR (pendidikan) dan platform AR dibangunkan sendiri, yang menantikan pelanggan untuk memulakan perjalanan inovasi 5G.

Selain itu, ZTE akan mempamerkan siri peranti terminal 5G yang pelbagai termasuk Telefon Pintar 5G, Penghala Ruang Tertutup 5G, Penghala Luar 5G, Penghala Wi-Fi Mudah Alih 5G, Kotak Eternet 5G, Modul 5G dan sebagainya di MWC Shanghai 2019 buat julung kalinya.

ZTE komited untuk meningkatkan transformasi digital untuk seluruh industri dan memperkasa ketersambungan pintar. ZTE Axon 10 Pro 5G dan ZTE 5G Indoor Router MC801 membolehkan pengguna memperoleh AR pengalaman 5G yang hebat, permainan awan, video 4K dan kelajuan ultra-pantas, selain siaran langsung amat jelas 5G+8K, analisis video 5G menyeluruh, robot peronda 5G, sistem kerjasama jarak jauh XR awan, Kelas VR (pendidikan) dan senario aplikasi perindustrian yang lebih menggalakkan di bawah rangkaian 5G di MWC Shanghai 2019, yang membawakan pengalaman internet mudah alih dinaik taraf berdasarkan liputan situasi-penuh, sambungan besar dan kependaman rendah dalam era 5G.

Dalam masa yang sama, ZTE menggunakan portfolio IoTnya yang direka untuk tiga kategori vertikal "Individu, Kenderaan dan Kediaman". Portfolio ini membawakan gambaran masa depan kehidupan yang lebih pintar untuk keselamatan peribadi, kediaman pintar, perjalanan pintar, penjejakan kenderaan dan aset, pembantu suara, penghala jejaring, T-Box, penyelesaian perangkaian kereta C-V2X (kenderaan selular-untuk-semua benda) dan banyak lagi.

ZTE Axon 10 Pro 5G telahpun diumumkan di China, Jerman, UAE, Finland dan Austria pada separuh pertama tahun 2019. Kini, ia tersedia di Finland dan UAE. Berserta pemberian lesen-lesen 5G di China, ZTE Axon 10 Pro 5G akan tersedia tidak lama lagi untuk pengguna pada bulan Julai di China.

Di samping itu, di panel rasmi MWC Shanghai, ZTE akan berkongsi pandangannya tentang cara untuk mencapai situasi yang saling menguntungkan dalam era 5G melalui inovasi 5G dan pada terminal 5G, tenaga baharu, aplikasi inovatif MEC 5G, model dan operasi perniagaan penghirisan rangkaian 5G, 5G didayakan AI dan strategi pembinaan rangkaian 5GC.

Pada jam 2:30 petang bertarikh 26 Jun di Kerry Hotel Pudong, ZTE mengadakan Forum Sidang Kemuncak Pembangunan Industri 5G bagi membincangkan kolaborasi industri 5G bersama organisasi-organisasi industri, pengendali-pengendali dan rakan-rakan kongsi industri, dalam usaha untuk mempromosikan inovasi teknologi dan aplikasi 5G.

Komited untuk mempromosikan pengaturan komersial 5G, ZTE telahpun bekerjasama dengan lebih 60 pengendali di seluruh dunia dalam 5G. ZTE mempunyai lebih 200 rakan kongsi strategi meliputi pembuatan pintar, media baharu, Internet Pelbagai Kenderaan dan grid pintar. Mempunyai keupayaan penuh untuk menyediakan penyelesaian 5G hujung-ke-hujung, ZTE bersedia untuk bekerjasama erat dengan rakan-rakan kongsi industri untuk aktif mempromosikan aplikasi dan amalan perkhidmatan 5G, demi memudahkan transformasi digital industri-industri vertikal.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Perhubungan Media:

Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news