omniture

Suning.com Raih Tempat Pertama Antara Jenama Paling Bernilai China dalam Industri Runcit

Suning Holdings Group
2019-06-28 15:25 389

NANJING, China, 28 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Tanggal 26 Jun, World Brand Lab mengeluarkan senarai "500 Jenama Paling Bernilai China" kali ke-16. Suning.com, subsidiari runcit Suning Holdings Group ("Suning") tersenarai di tempat ke-13 buat tahun kedua berturut-turut dan meraih tempat pertama antara industri peruncitan, dengan nilai jenama keseluruhan mencecah 269.198 bilion yuan (kira-kira 39.093 bilion USD), meningkat sebanyak 17% berbanding tahun lalu.

Suning.com Ranked 1st Place Among China's Most Valuable Brand in Retail Industry
Suning.com Ranked 1st Place Among China's Most Valuable Brand in Retail Industry

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning ialah salah satu perusahaan komersial yang terkemuka di China, Berkembang daripada perniagaan utamanya sebagai perusahaan runcit, Suning mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Media & Hiburan, Sukan dan Pelaburan, yang mana Suning.com turut tersenarai dalam Fortune Global 500 bagi tahun 2017 dan 2018.  

Suning.com memulakan transformasi internetnya pada tahun 2009. Sejak sepuluh tahun lalu, Suning beralih daripada "+ Internet" kepada "Internet +" kepada "Peruncitan Pintar" dan telah menyelesaikan transformasi Internetnya sendiri serta mencipta set model inovasi runcit yang memajukan amalan teori untuk industri. Berbanding tahun 2009, nilai jenama Suning.com meningkat sebanyak 6 kali ganda.

Pada tahun lalu, Suning.com mengumumkan pendapatan operasi sebanyak RMB 244.96 bilion (36.479 bilion USD), meningkat 30.35% berbanding tahun sebelumnya; jumlah jualan mencecah RMB 336 bilion (50.16 bilion USD), meningkat sebanyak 38.39%.

Menjelang akhir Mac 2019, syarikat memiliki 12,329 kedai fizikal luar talian di tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Jepun, merangkumi senario penggunaan yang pelbagai termasuk Suning Retail Cloud Franchise Stores, SuFresh (pasar raya makanan segar) dan Suning Xiaodian (menyediakan produk dan perkhidmatan kejiranan) serta Redbaby (kedai bekalan ibu dan anak).

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sebagai peruncit pintar omnisaluran yang terkemuka di China, Suning.com komited untuk membina ekosistem runcit senario penuh secara dalam talian dan luar talian serta dari kota-kota ke kawasan perbandaran, bagi mewujudkan pengalaman membeli belah pelbagai yang boleh dilihat dan sedia untuk berkhidmat kepada pengguna pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Pada Februari 2019, syarikat mengumumkan pemerolehan 37 kedai serbaneka Wanda di seluruh negara dan pada bulan Jun, syarikat mengumumkan urus niaga dengan Carrefour China untuk memperoleh 80% daripada kepentingan ekuitinya, untuk terus meningkatkan ekosistem senario penuh, memperluas peruncitan barangan dalam semua kategori dengan mengukuhkan lagi daya saing pasarannya melibatkan operasi barangan pengguna bergerak pantas (FMCG).

Sejak tahun 2018, Suning.com telah mempercepatkan pembinaan rantaian bekalan globalnya. Semasa Ekspo Import Antarabangsa China yang pertama pada tahun 2018, syarikat mengumumkan "rancangan perolehan 10 bilion Euro" untuk membawa masuk barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dari seluruh dunia. Pada tahun 2019, Suning menandatangani perjanjian strategik dengan Italy Trade Agency bagi mengukuhkan komunikasi komersial dengan syarikat Itali berkenaan bagi membantu jenama-jenama dan produk-produk "buatan Itali" menembusi pasaran Cina dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan Cina.

"Pendigital dan inovasi memainkan peranan penting dalam strategi peruncitan pintar Suning. Dalam beberapa tahun akan datang, dengan bergantung pada evolusi teknologi peruncitan, Suning akan meningkatkan kecekapan perkhidmatannya, menggalakkan transformasi industri peruncitan. Suning bersedia untuk berganding bahu dengan jenama-jenama runcit global bagi membina dan meningkatkan ekosistem industri di seluruh dunia," kata Zhang Jindong, pengerusi Suning Holding Group.

Latar Belakang Suning Holdings Group

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2017, Suning Holding menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan milik persendirian terkemuka di China dengan jualan tahunan mencecah 65.7 bilion USD (412.95 bilion RMB). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Media & Hiburan, Sukan dan Pelaburan, yang mana Suning.com turut tersenarai dalam Fortune Global 500 bagi tahun 2017 dan 2018.   

Untuk maklumat lanjut kunjungi www.suningholdings.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190626/2509167-1

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Retail Telecommunications Transportation