omniture

QingCloud terpilih untuk Intel® Select Solutions, perkasa transformasi digital perusahaan

QingCloud
2019-06-28 16:29 260

BEIJING, 28 Jun 2019 /PRNewswire/ -- QingCloud, penyedia perkhidmatan ICT awan tindanan penuh kelas perusahaan dengan teknologi terkemuka, baru-baru ini mengumumkan bahawa sistem hiper-tertumpu Qingtelah terpilih untuk menjadi komponen penting Intel® Select Solutions. Sistem hiper-tertumpu Qingmenyepadukan keupayaan pengkomputeran awan tindanan-penuh platform awan perusahaan QingCloud bagi membantu syarikat-syarikat membina penyelesaian IaaS, PaaS dan SaaS dari bawah dan menyediakan set lengkap platform pembangunan, penyerahan dan operasi aplikasi.

Berasaskan sistem hiper-tertumpu Qing3, Intel® Select Solutions menyepadukan pengkomputeran, storan dan rangkaian dengan teknologi tentuan perisian yang utama dalam industri, membantu syarikat-syarikat menaik taraf dengan lancar sistem IT mereka kepada seni bina awan persendirian tindanan penuh, selain dihubungkan kepada awan awam untuk mewujudkan persekitaran awan hibrid yang homogen.

Sebagai peneraju teknologi dalam pasaran hiper-tertumpu China, sistem hiper-tertumpu Qing3 bukan sahaja membantu syarikat-syarikat membina dengan pantas pusat data tentuan perisian, awan komputer meja selain persekitaran pembangunan dan pengujian, bahkan turut menyokong senario-senario seperti IoT, data raya, AI, bekas dan awan hibrid, bagi memenuhi keperluan perusahaan untuk transformasi digital dalam pelbagai senario perniagaan. Sorotan utama termasuk:

  • Satu Seni Bina: sistem hiper-tertumpu Qing3 boleh mencapai pengalaman pengguna seragam yang tekal dengan pengurusan operasi dan penyelenggaraan di bawah senario awam, persendirian, hibrid dan terurus.
  • Penyerahan Seragam: sistem hiper-tertumpu Qing3 menyokong penyerahan sistem perkhidmatan pengkomputeran awan yang lengkap daripada infrastruktur IaaS kepada PaaS, selain platform pengurusan aplikasi perusahaan
  • Liputan untuk Semua jenis Model Perniagaan: sistem hiper-tertumpu Qing3 dapat menyokong model-model perniagaan "keadaan sensitif", "keadaan mantap" dan "keadaan hibrid", sekaligus mengekalkan kebolehan untuk menyokong secara serentak model-model perniagaan Internet teragih yang inovatif dan model-model perniagaan terpusat gred-perusahaan.
  • Saling Sambung Global: digabungkan dengan teknologi SD-WAN, sistem hiper-tertumpu Qing3 dapat mencapai akses satu-lompatan, saling sambung global, menyokong awan industri, awan hibrid dan lebih banyak senario.

Menurut laporan penjejakan Pasaran Storan Definisi Perisian dan Hiper-Tertumpu China terkini IDC untuk suku keempat tahun 2018, sistem hiper-tertumpu Qing3 telah disenarai pendek sebagai pengeluar utama selama dua tahun berturut-turut, berkedudukan kukuh antara lima yang terbaik dalam pasaran hiper-tertumpu China, menawarkan perkhidmatan kepada industri pembuatan, kewangan, kerajaan, penjagaan kesihatan, pendidikan, komunikasi, pengangkutan serta industri-industri lain. Setakat ini, puluhan ribu sistem hiper-tertumpu Qing3 digunakan secara meluas oleh syarikat-syarikat merentas banyak industri.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.qingcloud.com/.

Source: QingCloud
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Contracts