omniture

JA Solar Diiktiraf sebagai "Pelaksana Terbaik" dalam Kad Skor Keandalan Modul PV 2019 DNV GL/PVEL buat Kali Keempat

JA Solar Co., Ltd.
2019-06-28 21:58 475

BEIJING, 28 Jun 2019 /PRNewswire/ -- JA Solar Co., Ltd, pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk-produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf sebagai "Pelaksana Terbaik" ("Top Performer") dalam Kad Skor Keandalan Modul PV 2019 yang bersama-sama dikeluarkan oleh DNV GL dan PVEL. Ini merupakan kali keempat JA Solar menerima pengiktirafan ini.

Bersama-sama dikeluarkan oleh DNV GL, badan penasihat dan pensijilan tenaga bebas yang terbesar di dunia, dan PVEL, makmal ujian keandalan dan prestasi terkemuka untuk modul solar, kad skor ini memperlihatkan keputusan ujian keandalan yang tersedia secara umum dan paling komprehensif tentang modul solar dan memberi panduan kepada pemaju projek solar, pembiaya serta pemilik aset dan juga pengendali di seluruh dunia untuk memilih modul yang berkesan kos dan berprestasi tinggi.

Kad skor tahun 2019 meringkaskan keputusan ujian PVEL dalam tempoh 18 bulan terhadap prestasi modul, termasuk kitaran terma, haba lembap, urutan beban mekanikal dinamik dan degradasi teraruh-berpotensi (PID). Modul yang telah mengalami degradasi kurang daripada 2% untuk seluruh urutan ujian diiktiraf sebagai produk "Pelaksana Terbaik". Menerusi modul solar yang berkualiti tinggi, JA Solar menunjukkan prestasi yang baik dalam kesemua ujian dan diiktiraf sebagai "Pelaksana Terbaik" dalam keempat-empat kategori ujian.

Baru-baru ini, JA Solar memulakan pengeluaran besar-besaran modul solar PERC separa sel 9BB. Modul baharu ini, menampilkan beberapa teknologi termaju, dapat mencapai kuasa output sehingga 405W untuk modul 72-sel. Berbanding modul konvensional, modul PERC separa sel 9BB JA Solar memiliki prestasi unggul dari segi keandalan, kestabilan, ciri-ciri mekanikal dan kebolehsuaian persekitaran, yang membolehkannya memberi jaminan yang menyakinkan untuk pulangan pelaburan dan menurunkan kos sistem serta LCOE, seraya menghasilkan penyelesaian yang berkesan untuk mencapai pariti grid.

En. Jin Baofang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, berkata, "JA Solar komited terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran besar-besaran modul solar berkecekapan tinggi untuk terus mengurangkan LCOE dan menggalakkan pariti grid. Pada masa depan, kami akan terus menyediakan produk-produk yang berkualiti tinggi kepada pelanggan di seluruh dunia dan mempromosikan pembangunan tenaga boleh diperbaharui di seluruh dunia."

Source: JA Solar Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research