omniture

Vinamilk Wakili Asia Di Kongres Tenusu Global 2019 Kongsi Kejayaan Dalam Pembangunan Produk Organik

Vinamilk
2019-06-29 00:14 676

LISBON, Portugal, 29 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Vinamilk, syarikat tenusu yang terbesar di Vietnam, dengan bangganya berkongsi kisah kejayaan mereka dalam membangunkan produk-produk tenusu organik di Asia sempena Kongres Tenusu Global 2019 (26-27 Jun). Sebagai penceramah wakil dari Asia, Vinamilk berkongsi bersama syarikat-syarikat pemakanan antarabangsa terkemuka tentang kisah kejayaannya dalam menerajui trend organik rantau ini dengan membina ladang yang diperakui European Organic serta melancarkan pelbagai produk tenusu organik, kesemuanya dalam tempoh dua tahun.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.prnasia.com/mnr/vinamilk_20190627.shtml

 

 

Vinamilk represents Asia at the 2019 Global Dairy Congress to share the success in organic product development
Vinamilk represents Asia at the 2019 Global Dairy Congress to share the success in organic product development

Kongres Tenusu Global ialah salah satu acara tahunan yang paling berpengaruh untuk pemimpin-pemimpin industri seluruh dunia. Persidangan ini berperanan sebagai platform untuk berkongsi kisah-kisah kejayaan dalam industri, memperkenalkan inovasi-inovasi terkini dan mengemas kini trend-trend utama.

Vinamilk Organic Gold, the first baby formula product with European Organic certification produced in Vietnam, is a highlight of this year’s congress
Vinamilk Organic Gold, the first baby formula product with European Organic certification produced in Vietnam, is a highlight of this year’s congress

"Perkongsian kisah kejayaan kami di Kongres Tenusu Global tahun ini menjadi satu peluang kepada kami untuk memperkenalkan pertumbuhan besar-besaran industri tenusu Vietnam kepada dunia, khususnya melalui Vinamilk yang dengan bangganya memperkenalkan produk rumusan bayi pertama dengan pensijilan EU Organic yang dikeluarkan di Vietnam," kata En. Phan Minh Tien, Pengarah Eksekutif Vinamilk.

Mr Phan Minh Tien, Executive Director of Vinamilk, presents at the 2019 Global Dairy Congress
Mr Phan Minh Tien, Executive Director of Vinamilk, presents at the 2019 Global Dairy Congress
  • Mac 2017 – Vinamilk membuka ladang tenusu pertama Vietnam dengan pensijilan European Organic dan melancarkan Vinamilk 100% Organic, jenama susu organik segar yang pertama dan juga merupakan peneraju semasa dalam pasaran tenusu organik premium di Vietnam.
  • Mei 2019 – Vinamilk bekerjasama dengan Jepun dan Laos untuk membina ladang tenusu organik yang dikenali sebagai "Organic resort" di Laos, berukuran dengan jangkaan skala 20,000 hektar dan 100,000 ekor lembu organik.
  • Mei 2019 – Vinamilk melancarkan Organic Gold, produk rumusan bayi yang pertama dengan pensijilan European Organic dikeluarkan di Vietnam. Organic Gold juga membolehkan pengguna mengesan bermula dengan asal usul bahan kepada pengeluaran secara telus menggunakan teknologi Rantaian Blok.

En. Richard Hall, Pengerusi Kongres Tenusu Global, berasa kagum dengan kejayaan Vinamilk dalam membangunkan produk-produk tenusu organik:

"Kisah kejayaan Vinamilk dalam menerajui pemakanan Organik menjadi contoh pelaburan strategik dan jangka panjang dalam ekosistem organik dengan piawaian European Organic. Usaha-usaha syarikat telah menyumbang kepada pertumbuhan trend Organik bukan sahaja di Vietnam, bahkan juga di Asia. Saya benar-benar kagum dengan pelancaran baharu Organic Gold oleh Vinamilk, produk rumusan bayi yang pertama dengan pensijilan European Organic yang dikeluarkan di Vietnam. EU Organic ialah piawaian yang sangat ketat yang menjamin pemakananan yang sihat dan berkhasiat untuk bayi. Saya percaya Vinamilk akan terus memimpin inovasi produk dan pemakanan bertaraf dunia bagi menyediakan penyelesaian pemakanan yang berkualiti tinggi dan premium untuk Vietnam," kata En. Richard Hall.

Applying Blockchain technology, Vinamilk Organic Gold allows consumers to trace from the ingredient origin to production transparently
Applying Blockchain technology, Vinamilk Organic Gold allows consumers to trace from the ingredient origin to production transparently

Latar Belakang Vinamilk

Ditubuhkan pada tahun 1976, Vinamilk kini merupakan syarikat tenusu No.1 di Vietnam dan antara 50 syarikat pemakanan terbesar terbaik di dunia. Kini, Vinamilk memiliki 13 kilang di Vietnam dan jaringan ladang tenusu diperakui G.A.P Global yang terbesar di Asia. Syarikat turut memiliki kehadiran global yang penting menerusi kilang-kilang antarabangsa di AS, Kemboja, New Zealand dan subsidiari di Poland, mengedarkan produk-produk ke lebih 40 negara.

Perhubungan Media

Cik Le Thanh Lan Anh (Jabatan Perhubungan Awam): ltlanh@vinamilk.com.vn, +84-28-54-155-555 (Samb. 108219)
Cik Nguyen Thi Thanh Van (Jabatan Pemasaran): nttvan4@vinamilk.com.vn

Video - http://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201906/vinamilk/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190627/2509172-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190627/2509172-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190627/2509172-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190627/2509172-1-d

Source: Vinamilk
Keywords: Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Trade show news