omniture

ZTE menang Anugerah Perkhidmatan Mudah Alih Terbaik untuk Kehidupan Terhubung di Asia hasil Penyelesaian Jalur Lebar Udara ATG

ZTE Corporation
2019-06-29 02:23 424

SHENZHEN, China, 29 Jun 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia utama bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ZTE telah memenangi Anugerah Perkhidmatan Mudah Alih Terbaik untuk Kehidupan Terhubung di Asia sempena Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2019, hasil daripada Penyelesaian Jalur Lebar Udara Udara ke Darat (ATG).

ZTE wins Best Mobile Service for Connected Living in Asia Award
ZTE wins Best Mobile Service for Connected Living in Asia Award

Udara ke Darat (ATG) daripada ZTE menggunakan teknologi komunikasi mudah alih darat yang matang untuk membina rangkaian liputan jalur lebar darat-ke-udara tiga dimensi, bagi menyediakan hiburan dalam pesawat, pejabat dalam pesawat, perkhidmatan tersuai dan perkhidmatan aplikasi perindustrian yang luas. Penyelesaian ATG ZTE menyokong kelajuan ultra tinggi 1200 km/j dengan radius liputan 300 km, agar pengguna dapat menikmati pengalaman perkhidmatan yang stabil dan berkelajuan tinggi di udara.

ZTE telah melangkah ke bidang ATG sejak tahun 2009. Melalui pengumpulan teknologi komunikasi darat, ZTE telah dapat menangani pelbagai kesukaran seperti aplikasi dalam senario khas, liputan kawasan khas dan gangguan rangkaian darat.

ZTE telah menerajui bidang ATG selama bertahun-tahun. Pada tahun 2009, ZTE membangunkan rangkaian ATG 3G pertama. Pada tahun 2014, ZTE menjalankan ujian ATG LTE pertama dalam industri bersama-sama Air China dan membuka dua laluan udara prakomersial. Pada tahun 2017, pesawat pertama yang dilengkapi dengan teknologi ATG frekuensi biasa udara-ke-darat 4G berjaya berlepas. Kini, ZTE komited untuk membangunkan dan mengkaji penyelesaian ATG 5G agar dapat menyediakan pengalaman 5G di udara.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.zte.com.cn.

Perhubungan Media:

Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190628/2511598-1

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards Trade show news