omniture

Syrius Mulakan Pengeluaran Besar-besaran AMR dan Mula Hantar Kumpulan Pertama ke Jepun

Syrius
2019-07-01 10:30 343

SHENZHEN, China, 1 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Syrius Robotics, peneraju global bagi teknologi robotik dan AI, hari ini mengumumkan pengeluaran besar-besaran AMR (Robot Mudah Alih Automatik), manakala kumpulan pertama bagi pengeluaran ini dihantar ke Jepun pada waktu berita ini dicetak. AMR ini akan digunakan sebagai sebahagian daripada penyelesaian logistik pintar Syrius untuk memperkasa produktiviti gudang pelanggan.

Menurut data awam, ia merupakan kali pertama buat China apabila penyedia AMR menghantar produk-produk mereka kepada pelanggan luar negara. Syrius telah menubuhkan pejabat di Tokyo dan membina pasukan perkhidmatan dan kejuruteraan setempat bagi menyediakan sokongan teknikal yang tepat pada masanya.

FlexComet(TM) SL50 - versi pengeluaran AMR Syrius yang pertama di dunia
FlexComet(TM) SL50 - versi pengeluaran AMR Syrius yang pertama di dunia

"Syrius menjadikannya lebih mudah untuk pelanggan mengaplikasikan kecerdasan untuk mengubah cara mengendalikan gudang mereka," kata Luo Xuan, pengasas bersama dan pengurus besar Syrius. "Menerusi penyelesaian Syrius, pelanggan boleh mengharapkan peningkatan produktiviti gudang mereka sehingga 300%-500%."

Menurut Luo Xuan, Syrius telah mengumpul beberapa pelanggan logistik yang besar dan rakan kongsi penyelesaian menerusi keupayaan komprehensif untuk mengoptimumkan aliran kerja dan menyediakan tenaga kerja. Pelanggan boleh menggunakan penyelesaian berasaskan AMR Syrius dengan mudah dan menyepadukannya dengan sistem WMS mereka sendiri tanpa sebarang perubahan fizikal ke atas gudang mereka.

Luo Xuan, pengasas bersama dan Pengurus Besar Syrius Robotics, melakukan pemeriksaan terakhir untuk pengeluaran AMR
Luo Xuan, pengasas bersama dan Pengurus Besar Syrius Robotics, melakukan pemeriksaan terakhir untuk pengeluaran AMR

Sebagai tindak balas pantas terhadap permintaan dari seluruh dunia, Syrius membina perkongsian yang kukuh dengan beberapa pembekal utama dan mewujudkan rangkaian produk yang bertaraf dunia bagi tujuan pengeluaran besar-besaran.

Untuk pelanggan baharu, Syrius menawarkan "Program GoPick" untuk membantu mereka bermula dan mendapatkan percubaan langsung AMR.

Latar Belakang Syrius

Syrius Robotics menyediakan penyelesaian yang utama di dunia untuk mengubah logistik dan industri dengan teknologi robotik yang pintar. Produk-produk Syrius termasuk AMR (Robot Mudah Alih Automatik), sistem pengurusan dan kawalan robot serta perkhidmatan profesional yang berkaitan. Ditubuhkan pada tahun 2018, Shenzhen, China, Syrius memperkasa beberapa syarikat logistik dan E-dagang terbesar untuk mencapai tahap produktiviti baharu. Untuk maklumat lanjut, berhubung di contact@syriusrobotics.com.

Hubungi Perhubungan Awam:
Stanley LI
Naib Presiden, Pemasaran Global
pr@syriusrobotics.com
+86-755 8656 1344

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190701/2510379-1-a
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190701/2510379-1-b

Source: Syrius
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Machinery Mining/Metals Telecommunications Transportation New products/services