omniture

Pameran Canton Tonjol Keupayaan R&D Cina menerusi Jenama-jenama Milik Sendiri

Pameran Canton
2019-07-02 09:00 179

GUANGZHOU, China, 2 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton atau "Pameran") telah menyaksikan peluang perdagangan yang penting untuk jenama-jenama milik sendiri. Zon Jenama Pameran ini telah mencapai jumlah dagangan sebanyak USD 8.56 bilion di pameran kali ke-125 yang melabuhkan tirainya baru-baru ini, yang menyumbang sebanyak 28.8 peratus untuk jumlah pusing ganti.

Alami Hebahan Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8568251-canton-fair-highlights-self-owned-brands/

Xu Bing, Jurucakap Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre, menyatakan bahawa meskipun berdepan dengan ketidaktentuan dalam persekitaran perdagangan semasa, syarikat-syarikat di Pameran Canton telah mempamerkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan dipercepat mereka yang menawarkan penemuan ulung teknologi, inovasi produk dan pemupukan jenama dengan mempamerkan produk-produk berjenama sendiri yang berkualiti dan bernilai tambah di Pameran ini.

Pembeli-pembeli di Pameran tahun ini menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap teknologi-teknologi tempatan, dengan penekanan diberikan pada kualiti dan perkhidmatan, bukannya harga. Beberapa produk paling laris terjual tahun ini termasuk penyedut hampagas robot, penterjemah suara waktu nyata, permainan realiti maya dan alat teater rumah skrin penuh.

Inovasi dan daya kreativiti dalam reka bentuk menonjol khususnya dalam industri tekstil tahun ini. Syarikat-syarikat seperti Shanghai Silk Group Co., Ltd, sebuah syarikat gergasi pakaian di China, menyatakan bahawa pembangunan produk telah menjadi sesuatu yang penting untuk pengeluaran. Shanghai Silk Group telah mendaftarkan tanda dagangan untuk jenama persendiriannya Lily di lebih 80 negara dan kini membuka kedai-kedai di negara-negara Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI). Kehadirannya di Pameran Canton tahun ini telah membantu syarikat menerima tempahan dari 50 negara.

Produk-produk bernilai tambah turut diterima secara meluas oleh syarikat-syarikat antarabangsa di Pameran ini. Pearl River Bridge, salah satu jenama Kicap terawal untuk pasaran global, kini berada di lebih 120 negara dan wilayah, melancarkan kicap organik pertama dan rangkaian produk bebas gluten daripada jenama-jenama ini sebagai respons kepada permintaan yang semakin meningkat. Demonstrasi pembangunan inovasinya di Pameran Canton telah membantunya membuka perniagaan di negara-negara BRI dan meningkatkan keuntungan di Rusia sebanyak lebih 10 peratus.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx

Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, turut dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran ini merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, bersaiz paling besar mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal pembeli paling luas dan turut memperoleh pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news