omniture

Pemimpin Perlu Galas Tanggungjawab dan Bertindak ke atas Amalan AI Bertanggungjawab - PwC

PwC
2019-07-05 06:24 107

DALIAN, China, 4 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Anggaran potensi ekonomi sebanyak $15.7 trilion bagi kecerdasan buatan (AI)[1] hanya akan dapat direalisasikan sekiranya penyepaduan amalan AI yang bertanggungjawab terhasil dalam organisasi-organisasi dan dipertimbangkan sebelum berlakunya sebarang pembangunan, menurut satu kertas kerja baharu oleh PwC.

Menangani pendekatan sedikit demi sedikit ke atas pembangunan dan penyepaduan AI – yang mendedahkan organisasi-organisasi kepada risiko yang berpotensi – memerlukan organisasi-organisasi untuk menjiwai pemahaman, pembangunan dan penyepaduan amalan AI yang bertanggungjawab yang menyeluruh, menurut kit peralatan baharu yang diterbitkan minggu ini oleh PwC.

PwC telah mengenal pasti lima dimensi yang perlu menjadi tumpuan dan disesuaikan oleh organisasi-organisasi untuk strategi, reka bentuk, pembangunan dan penggunaan AI tertentu mereka: Tadbir Urus, Etika dan Peraturan, Kebolehtafsiran & Kebolehjelasan, Keteguhan & Keselamatan, dan Bias dan Kesaksamaan.

Dimensi-dimensi ini memberi tumpuan kepada membenamkan perancangan dan tadbir urus strategik dalam pembangunan AI, menangani kebimbangan awam yang semakin meningkat berhubung kesaksamaan, kepercayaan dan kebertanggungjawaban.

Awal tahun ini, 85% daripada Ketua Pegawai Eksekutif berkata AI akan mengubah cara mereka menjalankan perniagaan dengan ketara dalam tempoh lima tahun akan datang dan 84% mengakui bahawa keputusan berasaskan AI hendaklah boleh dijelaskan agar dapat dipercayai[2]. 

Berucap pada minggu ini di Forum Ekonomi Dunia di Dalian, Anand Rao, Ketua AI Global, PwC AS, berkata:

"Isu etika dan tanggungjawab dalam AI jelas menjadi kebimbangan kepada kebanyakan pemimpin perniagaan. Pegawai-pegawai atasan perlu aktif mendorong dan terlibat dalam penyepaduan menyeluruh strategi yang diterajui secara bertanggungjawab dan beretika untuk pembangunan AI demi mengimbangi potensi keuntungan ekonomi menerusi transformasi sekali-dalam-satu-generasi yang dapat dilakukan ke atas perniagaan dan masyarakat. Ketiadaan salah satu daripadanya membawakan risiko reputasi, operasi dan kewangan dasar."

Sebagai sebahagian daripada Kit Peralatan AI Bertanggungjawab PwC, tinjauan diagnostik membolehkan organisasi-organisasi untuk menilai pemahaman mereka serta aplikasi amalan AI yang bertanggungjawab dan beretika. Pada Mei dan Jun 2019, sekitar 250 responden terlibat dalam pembangunan dan penggunaan AI telah menyiapkan penilaian berkenaan.

Keputusan yang diperoleh menunjukkan ketidakmatangan dan ketidakselarasan dalam pemahaman dan aplikasi amalan AI yang bertanggungjawab dan beretika:

  • Hanya 25% responden berkata mereka akan mengutamakan pertimbangan terhadap implikasi etika pada penyelesaian AI sebelum melaksanakannya.
  • Satu daripada lima (20%) telah menakrifkan dengan jelas proses-proses untuk mengenal pasti risiko-risko yang dikaitkan dengan AI. Lebih 60% bergantung pada pembangun, proses tidak formal atau tidak mempunyai prosedur yang didokumenkan.
  • Rangka kerja atau pertimbangan AI beretika wujud, namun penguatkuasaannya tidak konsisten.
  • 56% berkata mereka mendapati sukar untuk menyebut tentang puncanya sekiranya AI sesebuah organisasi melakukan suatu kesilapan.
  • Lebih separuh daripada responden tidak memformalkan pendekatan mereka untuk menilai AI berhubung bias, dengan alasan kekurangan pengetahuan, alatan dan penilaian ad hoc.
  • 39% responden dengan AI yang diaplikasikan secara meluas hanya "sedikit" pasti mereka tahu bagaimana untuk menghentikan AI mereka sekiranya berlaku sesuatu masalah.

Anand Rao, Pemimpin AI Global, PwC AS, berkata:

"AI membawakan peluang, tetapi turut mengandungi cabaran berkisarkan kepercayaan dan kebertanggungjawaban. Bagi merealisasikan ganjaran produktiviti AI, kejayaan memerlukan strategi dan perancangan organisasi dan tenaga kerja yang bersepadu. Terdapat keperluan jelas untuk mereka yang berjawatan pegawai atasan untuk menyemak semula amalan AI semasa dan masa depan dalam organisasi mereka, bertanyakan soalan bukan sahaja untuk menangani risiko-risiko berpotensi, tetapi juga untuk mengenal pasti sama ada terdapatnya strategi, kawalan dan proses yang mencukupi."

"Keputusan AI tidak berbeza dengan keputusan yang dibuat oleh manusia. Dalam setiap keadaan, anda perlu berupaya menjelaskan pilihan anda dan memahami kos dan impak yang berkaitan. Hal tersebut bukan sahaja berhubung penyelesaian teknologi untuk pengesanan bias, pembetulan, penjelasan dan pembinaan sistem yang selamat dan terjamin. Ia memerlukan tahap baharu kepimpinan holistik yang mengambil kira dimensi yang beretika dan bertanggungjawab berhubung impak teknologi ke atas perniagaan bermula dari peringkat awal."

Turut dilancarkan pada minggu ini di Forum Ekonomi Dunia di Dalian, Wilson Chow, Ketua Teknologi, Media dan Telekomunikasi Global, PwC China, menambah:

"Asas untuk AI yang bertanggungjawab ialah tadbir urus perusahaan hujung-ke-hujung. Kebolehan organisasi-organisasi untuk merungkaikan persoalan tentang kebertanggungjawaban, penjajaran dan kawalan akan menjadi faktor penentu bagi mencapai strategi pertumbuhan AI bercita-cita tinggi China."

Set Peralatan AI Bertanggungjawab PwC terdiri daripada suit keupayaan global yang fleksibel dan boleh diskala serta direka bentuk untuk mendayakan dan menyokong penilaian dan juga pembangunan AI dalam sesebuah organisasi, disesuaikan mengikut keperluan perniagaan yang unik dan tahap kematangan AI.

Catatan untuk editor:

  1. Sekitar 250 eksekutif kanan perniagaan menyiapkan tinjauan Diagnostik AI Bertanggungjawab PwC pada bulan Mei dan Jun 2019, menilai pembangunan, penggunaan dan pengurusan berterusan penyelesaian AI mereka terhadap lima dimensi penting AI yang Bertanggungjawab: Tadbir Urus, Etika dan Peraturan, Kebolehtafsiran & Kebolehjelasan, Keteguhan & Keselamatan serta Bias dan Kesaksamaan. Ketahui lebih lanjut tentang Kit Peralatan AI Bertanggungjawab PwC di www.pwc.com/rai.  
  2. Antara pendorong utama yang dikenal pasti untuk pelaburan dalam AI ialah perolehan kecekapan, menyokong proses membuat keputusan mampan (AI for Good), meningkatkan pendapatan, inovasi dan pengurangan risiko.
  3. Pada tahun 2017, PwC menganggarkan KDNK Global akan menjadi 14% lebih tinggi pada tahun 2030 hasil daripada AI – bersamaan dengan tambahan $15.7 trilion. Untuk maklumat lanjut kunjungi: https://www.pwc.com/gx/en/issues/data-and-analytics/publications/artificial-intelligence-study.html
  4. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penglibatan PwC dalam Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia Juara-juara Baharu, kunjungi www.pwc.com/amnc   

Latar Belakang PwC

Di PwC, tujuan kami adalah untuk membina kepercayaan dalam masyarakat dan menyelesaikan masalah-masalah yang penting. Kami merupakan jaringan firma dalam 158 negara bersama lebih 250,000 orang yang komited untuk membawakan kualiti dalam khidmat jaminan, khidmat nasihat dan khidmat cukai. Ketahui lebih lanjut dan maklumkan kepada kami tentang apa yang penting buat anda dengan mengunjungi kami di www.pwc.com.

PwC merujuk kepada rangkaian PwC dan/atau salah satu atau lebih daripada firma-firma anggotanya, setiap satu merupakan entiti undang-undang berasingan. Sila rujuk www.pwc.com/structure untuk butiran lanjut. 

© 2019 PwC. Hak cipta terpelihara.

[1] Kajian Kecerdasan Buatan Global PwC, Menganggar Ganjaran

[2] Tinjauan Ketua Pegawai Eksekutif Global ke-22 PwC

Ikuti @PwC

 

Source: PwC
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis