SHANGHAI, 5 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Pada 26 Jun, hari pembukaan MWC19, Sunsea AIoT menarik perhatian ramai pemimpin, tetamu dan rakan media di pelancaran produk 5G terkininya. Naib presiden eksekutif Sunsea AIoT, En. Li Bin dan pengarah jualan kanan Qualcomm, En. Xian Lei telah dijemput untuk bersama-sama memperkenalkan produk baharu ini.
Dengan pengeluaran lesen komersil 5G ini, China telah menjadi negara kelima untuk memasuki era perkhidmatan 5G. Sunsea AIoT sedang mempercepatkan langkah dalam pembangunan pantas 5G, memecah sempadan teknologi komunikasi dan meletakkan asas untuk inovasi rakan kongsi ekologi kami. Kerjasama yang mendalam antara syarikat ini dan beberapa pemimpin industri dalam aplikasi teknologi 5G terkini ini mempercepatkan pengkomersialan produk 5G. Ia ialah visi dan misi yang sama untuk bersama-sama membuat inovasi berterusan untuk pembangunan 5G di China, mempunyai kerjasama mendalam dalam 5G dan AIoT, memperkasakan satu sama lain, dan mencapai saling hubung pintar untuk segala-galanya untuk masa depan yang lebih baik.
En. Li Bin menunjukkan secara terperinci modul-SIM8200EA-M2 5G SIMCom, dan CPE 5G, get laluan pintar 5G, UAV 5G, robot 5G SIMCom dan banyak lagi pencapaian inovatif dalam aplikasi 5G yang berdasarkan kepada modul 5G SIMCom, yang membuat pengenalan dunia mereka di pelancaran produk ini. Ketua Pegawai Operasi Coolpad, En. Xu Yibo, pengasas bersama Cloud Minds En. Yang Guanghua, dan pengurus besar Four-Faith En. Tang Shibin telah dijemput untuk melancarkan aplikasi 5G terkini ini bersama Sunsea AIoT. Ramai wartawan profesional dari C114, IT168, People's Posts dan Telecommunications News, MixLink, dan Beareyes menyaksikan inovasi dan pembangunan IoT di acara pelancaran ini. Pertanyaan mereka telah dijawab satu demi satu oleh En. Li Bin.
SunSea AIoT akan bekerja dengan rakan kongsi strategik kami untuk menggabungkan setiap langkah, menyaksikan perubahan hebat ini dan mengambil langkah inovasi dan eksplorasi seterusnya.
Latar Belakang SIMCom
SIMCom Wireless Solutions Co., Ltd, Holding ialah anak syarikat SUNSEA AIOT (002313.SZ). Ia merupakan pemimpin pembekal modul tanpa wayar dan penyelesaian Mesin-ke-Mesin (M2M) global. Sejak penubuhan dalam tahun 2002, SIMCom telah memberi komitmen sepenuhnya untuk menyediakan pelbagai modul platform teknologi tanpa wayar dan penyelesaian peringkat terminal di seluruh dunia, seperti komunikasi selular 2G, 3G, 4G, 5G, Automotif, TE-M(CAT-M1), NB-IoT dan teknologi kedudukan satelit GPS/GLONASS/BEIDOU.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190703/2516089-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190703/2516089-1-b