omniture

Memperkenalkan Johnnie Walker Blue Label Ghost dan Rare Glenury Royal Edisi Terhad

Johnnie Walker
2019-07-08 17:00 93

Dihasilkan menggunakan wiski-wiski yang tiada galang gantinya daripada kilang-kilang penyulingan tinggalan yang telah lama ditutup

LONDON, 8 Julai 2019 /PRNewswire/ -- "Menyoroti harta karun tersembunyi dalam dunia wiski ini ialah sesuatu yang telah sekian lama ingin kami lakukan. Edisi terhad baharu yang menuruti keinginan ini memberi peluang hebat kepada kami untuk meneroka lapisan luar biasa buah-buahan beraneka yang terdapat dalam setiap titisan Johnnie Walker Blue Label," kata Pakar Pengadun Johnnie Walker Jim Beveridge.

Discover exceptional rarity - Johnnie Walker Blue Label Ghost and Rare Glenury Royal
Discover exceptional rarity - Johnnie Walker Blue Label Ghost and Rare Glenury Royal

Hari ini, Johnnie Walker mengumumkan pelancaran Johnnie Walker Blue Label Ghost dan Rare Glenury Royal, yang ketiga dalam siri keluaran khas yang dihasilkan menggunakan wiski-wiski tinggalan yang tiada galang gantinya daripada sebilangan kecil kilang penyulingan ikonik yang telahpun ditutup bertahun-tahun yang lalu. Jim telah lama berminat untuk meneroka rasa unik yang terdapat dalam wiski-wiski luar biasa yang sukar didapati ini daripada simpanan Johnnie Walker Blue Label.

Elemen utama wiski ini terdapatnya malt tunggal Highland Glenury Royal, daripada kilang penyulingan yang menggunakan nama sama yang telahpun ditutup pada tahun 1985. Sejarahnya yang beraneka ialah luar biasa sebagaimana wiski-wiskinya yang beraneka secara unik dengan rasa buah-buahan.

Ditubuhkan pada tahun 1825 oleh Kapten Robert Barclay - seorang Ahli Parlimen British dan lelaki pertama yang berjalan sejauh seribu batu dalam masa satu ribu jam - kilang penyulingan ini musnah akibat kebakaran yang membinasakan, akhirnya bangkit seperti burung phoenix daripada api untuk berkembang sekali lagi. Di bawah kepimpinan mantap Barclay, ia berkembang maju menjadi salah satu daripada hanya tiga kilang penyulingan Scotland yang diberikan gelaran diraja. Hari ini, semangat luar biasa Kapten Barclay dihidupkan dalam stok wiski tinggalan luar biasa yang semakin berkurangan ini.

Jim menambah: "Kami menunggu dengan sabra akan hadirnya detik apabila kami mengalihkan tumpuan kami kepada wiski yang amat sukar didapati ini, mengamati tong matang kami dengan teliti hinggalah tiba saat yang tepat untuk meneroka karakternya yang menuruti keinginan dengan begitu unik."

Jim dan pasukan beliau turut memilih dengan teliti dua wiski yang amat sukar didapati daripada kilang-kilang penyulingan tinggalan "bayangan" Cambus dan Pittyvaich, mengimbangi dengan sempurna rasa tofi berkrim dan butterscotch dengan karakter buah-buahan dusun yang amat enak, epal manis dan aprikot halus daripada Glenury Royal.

Lima wiski lain yang sukar didapati daripada Glen Elgin, Inchgower, Glenlossie, Cameronbridge dan Glenkinchie membawakan gelombang rasa vanila, madu heather dan buah-buahan kering yang bergabung jalin dengan coklat gelap lembut dan lapisan kekacang bagi menghasilkan eksplorasi wiski 'bayangan' yang tiada galang gantinya ini - menjadikan wiski edisi terhad ini sebagai wiski yang paling menuruti keinginan kami setakat ini.

Johnnie Walker Blue Label Ghost dan Rare Glenury Royal dibotolkan pada ABV 43.8% dan disediakan di seluruh dunia mulai Oktober 2019 dengan RRSP 275 GBP untuk botol 70cl. Setiap botol dalam keluaran khas ini dinomborkan secara individu.

Klik di bawah untuk mengetahui lebih lanjut:

www.johnniewalker.com/en/our-whisky/limited-edition-whiskies/blue-label-ghost-and-rare/   

Catatan untuk Editor:

Latar Belakang Johnnie Walker Blue Label:

Johnnie Walker Blue Label ialah Wiski Scotch luar biasa, dihasilkan oleh pasukan kecil kami dengan pengadun-pengadun berkepakaran, segelintir daripada mereka mendedikasikan selama 30 tahun kehidupan mereka mengejar kecemerlangan. Diterajui oleh Pakar Pengadun Terbaik Tahunan sebanyak dua kali, Jim Beveridge, mereka memilih dengan teliti wiski-wiski yang paling sukar ditemui dari empat pelosok Scotland termasuk beberapa wiski yang tiada galang gantinya daripada kilang-kilang penyulingan lama sejak ditutup.

Hanya 1 dalam 10,000 tong dalam simpanan tiada tandingan kami dengan lebih 10 juta wiski Scotch yang sedang matang mempunyai kekayaan dan karakter yang diperlukan untuk menghasilkan dengan rumitnya Johnnie Walker Blue Label. Dalam setiap botol Johnnie Walker Blue Label ialah Wiski Scotch yang lembut seakan baldu dan bertenaga dengan lapisan rasa buah-buahan, rempah dan rasa asap.   

Latar Belakang Johnnie Walker:

Johnnie Walker ialah jenama Wiski Scotch (IWSR) nombor satu di dunia, dinikmati oleh orang ramai di lebih 180 negara di seluruh dunia. Sejak zaman pengasasnya, John Walker, mereka yang mengadun wiski ini telah meningkatkan rasa dan kualitinya berbanding yang lain.

Rangkaian wiski yang memenangi anugerah hari ini termasuk Johnnie Walker Red Label, Black Label, Double Black, Green Label, Gold Label Reserve, Aged 18 Years dan Blue Label. Kesemuanya menyumbang kepada lebih 19 juta kotak yang dijual setiap tahun (IWSR, 2018), menjadikan Johnnie Walker sebagai jenama Wiski Scotch paling popular di dunia.

Latar Belakang Diageo

Diageo ialah peneraju global bagi produk minuman beralkohol dengan koleksi jenama hebat termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff dan Cîroc, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan Guinness.

Diageo tersenarai dalam Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO) dan produk-produk kami dijual di lebih 180 negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan, jenama dan prestasi kami, sila kunjungi kami di www.diageo.com. Layari sumber minum secara berhemah global Diageo, www.DRINKiQ.com, bagi mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

The new limited edition Johnnie Walker Blue Label Ghost and Rare Glenury Royal
The new limited edition Johnnie Walker Blue Label Ghost and Rare Glenury Royal

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/942837/Johnnie_Walker.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/942838/Johnnie_Walker.jpg

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Retail New products/services