omniture

WebNMS Jalin Kerjasama Dengan HMS Networks Tumpu pada Penyelesaian IoT Perindustrian

WebNMS
2019-07-08 21:00 104

PLEASANTON, California, 8 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Perkongsian strategik antara WebNMS dan HMS Networks akan memperkasa penyedia penyelesaian untuk membawakan penyelesaian IIoT bernilai tambah kepada pelanggan perindustrian

  • Perkongsian IIoT Strategik antara WebNMS dan HMS Networks
  • Platform IIoT BERSKALA PERUSAHAAN untuk penyepaduan peranti, pemprosesan dan analitik data lancar
  • MEMUDAHKAN penggunaan IIoT dalam persekitaran pembuatan heterogen

PLEASANTON, California, 8 Julai 2019 /PRNewswire/ -- WebNMS, bahagian IoT Zoho Corporation, hari ini mengumumkan penembusannya ke dalam bidang IoT perindustrian melalui perkongsiannya dengan HMS Networks. Platform ini bersepadu lancar dengan akses jarak jauh dan peralatan pengurusan perindustrian HMS Networks, Ewon Flexy. Kolaborasi strategik ini akan memanfaatkan potensi vendor platform IoT bagi mencapai transformasi digital dipacu data dalam industri pembuatan.

Ewon Flexy HMS dan Platform IoT WebNMS berkolaborasi untuk pemerolehan, pemprosesan, analitik dan pandangan data berbilang protokol tanpa gangguan. Platform ini memperkasa pelbagai senarai tindakan IIoT seperti pengawasan jarak jauh, pemantauan dan pengoptimuman proses, penyelenggaraan prediktif, kebolehkesanan kualiti dan pengurusan kitaran hayat aset.

"Ekosistem komprehensif melibatkan perisian dan perkakasan yang serasi merupakan pengubah industri dalam menyediakan penyelesaian IoT yang membuahkan hasil. Melalui perkongsian ini, set luas peranti komunikasi Perindustrian HMS disepadukan dengan erat ke dalam Platform IoT WebNMS untuk memudahkan pembangunan dan penggunaan Aplikasi IIoT yang cepat dan mudah," kata Karen Ravindranath, Pengarah, WebNMS.

Di samping itu, "Platform ini berserta peranti Ewon Flexy boleh menjadi kombo IoT perindustrian pasang dan pakai yang benar-benar hebat," kata Karen. Melalui perkongsian ini, WebNMS menyasarkan untuk berkolaborasi dengan penyedia penyelesaian SIs dan IoT bagi mencapai hasil perniagaan yang transformatif untuk pelanggan mereka.

"HMS Networks amat berjaya sepanjang beberapa dekad yang lalu dalam membangunkan peranti komunikasi yang canggih untuk pasaran-pasaran perindustrian. Dengan gelombang inovasi semasa berkisarkan Internet Pelbagai Benda dan Industri 4.0, kami menjadi peneraju dalam membekalkan penyelesaian untuk komunikasi perindustrian. Dengan pelbagai aplikasi yang semakin berkembang, kami dapat melihat keperluan hebat untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat perisian khusus, seperti WebNMS yang membantu pelanggan kami mendapat nilai penuh daripada produk-produk HMS. WebNMS telahpun terbukti sebagai Penyedia Penyelesaian hebat dengan menyediakan aplikasi lancar kepada pelanggan kami yang menjadikan data aset jarak jauh mereka berguna dan bermanfaat. Kami berasa gembira dengan perkongsian ini dan mengharapkan kolaborasi berterusan kami ketika kami membantu pelanggan semasa dan masa depan kami melalui perjalanan data mereka," kata Chip Main, Pengurus Rakan Kongsi Penyelesaian HMS Industrial Networks Inc..

Latar Belakang WebNMS  

WebNMS ialah penyedia terkemuka bagi platform dan Penyelesaian IoT Perusahaan dan Perindustrian. WebNMS menawarkan Platform IoT tindanan penuh hujung-ke-hujung untuk Pengurusan Tenaga, Pengawasan Aset Jarak Jauh serta penjejakan dan pengurusan Kumpulan Kenderaan. Kunjungi www.webms.com.

Latar Belakang HMS 

HMS Networks AB (publ) ialah pembekal bebas yang terkemuka bagi penyelesaian untuk komunikasi perindustrian dan Internet Pelbagai Benda Perindustrian. HMS membangunkan dan mengeluarkan produk di bawah jenama-jenama Anybus®, Ixxat® dan Ewon®. Penyelesaian komunikasi untuk pengautomatan bangunan ditawarkan melalui subsidiari Intesis. HMS disenaraikan pada NASDAQ OMX di Stockholm, bagi kategori Permodalan Sederhana, Teknologi Maklumat. Kunjungi www.hms-networks.com.

Perhubungan media: sangeeta.nk@zohocorp.com 

Source: WebNMS
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Contracts New products/services Data Analytics