ZHONGSHAN, China, 9 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China (Musim Luruh) ("GILF") kali ke-24 akan diadakan pada 22-26 Oktober 2019 di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen di Bandar Guzhen, Zhongshan, Guangdong, China.
Pameran lampu luar biasa yang menawarkan perkhidmatan kepada 6 bilion orang di seluruh dunia ini akan menumpu pada trend perkembangan terkini dan maklumat pasaran rintis bagi membawakan pengalaman pameran lampu baharu kepada pempamer, pengedar dan pengunjung.
Berkembang ke Pasaran Global
Menjadi pusat kepada 38,000 perusahaan lampu dan aksesori, termasuk 7,739 penjual lampu, Bandar Guzhen telah mengubah industri lampunya daripada pembuatan kepada inovasi. Setiap tahun, GILF menarik minat pembeli-pembeli dari lebih 100 negara dan wilayah di Eropah, A.S., Asia Tenggara dan wilayah-wilayah lain.
Tahun ini, GILF menyasarkan untuk mempromosikan kehadiran global Bandar Guzhen dan meningkatkan perdagangan asing.
Lapan Tempat Perdagangan untuk Melancarkan Karnival Perolehan Musim Luruh
GILF, meliputi kawasan seluas lebih 1.5 juta m2, akan diadakan di tempat utama Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen dan tujuh subtempat serta akan menarik lebih 2,000 pempamer.
Berkongsi dan Bertukar-tukar Idea serta Peluang
Selain perdagangan asing serta penyepaduan jualan dalaman dan luaran, Pameran yang akan diadakan itu akan meneroka industri-industri huluan dan hiliran serta sumber pembuatan, menghimpunkan segmen Mesin & Pemprosesan, Peranti Ujian, Alatan, Aksesori & Komponen, Bahan, Perkhidmatan agar dapat mempromosikan pembangunan Industri 4.0.
Reka Bentuk Asli Bimbing Peralihan Industri Lampu Global
GILF dikhususkan untuk mencipta platform pameran antarabangsa yang komprehensif dan berkualiti tinggi yang menerajui trend industri.
Lampu & Penyelesaian Pintar Sorotan
Dengan promosi sistem pintar AI, Internet Pelbagai Benda, 5G dan teknologi lain, Zon Lampu & Penyelesaian Pintar Sorotan serta Zon Lampu Luar akan mencari perkembangan pembangunan untuk sektor-sektor berkenaan.
Lampu untuk Tujuan Tertentu Penuhi Keperluan Penyumberan Khas
Lampu hortikultur, lampu makanan segar, lampu stadium, lampu pentas dan lampu kecemasan akan dipamerkan di Zon Lampu Khas bagi memenuhi kehendak pembeli terhadap produk lampu profesional.
Idea-idea Peragaan Tetingkap Diaplikasikan
Di Huayi Plaza, sub-tempat untuk GILF, terdapat bilik-bilik pameran untuk jenis lampu hiasan yang berbeza. Bilik-bilik pameran ini mengaplikasikan idea peragaan tetingkap bagi mendemonstrasikan lampu dengan cara yang lebih jelas.
Zon Lampu Luar Penuhi Kehendak Baharu untuk Lampu Luar-Grid dan Lampu Landskap
Bandar Lampu Jalan Antarabangsa China akan memberi tumpuan pada lampu luar seperti lampu jalan LED, lampu landskap dan lampu taman, lampu solar luar-grid terkini, lampu berkuasa angin luar dan sistem kuasa solar mudah alih luar bagi memenuhi pelbagai kehendak pasaran dan merebut peluang yang berpotensi.
Lampu Hiasan Dalaman dan Dewan Jenama Umum
Gaya Nordik dan minimalis baharu, gaya Cina baharu dan moden mewah kasual, pelbagai sumber cahaya dan produk lampu mesra pengguna menjadi semakin popular. Lihe Lighting Expo Center, Huayi Plaza dan Huayu Plaza akan mempamerkan beribu-ribu produk lampu bagi membawakan karnival jenama dan visi kepada pengunjung.
Platform Urus Niaga Dalam Talian
Dengan laman sesawang B2B sepanjang tahun penyumberan dalam talian, Denggle.com, pembeli global dan analisis data yang tepat merupakan kelebihan penting yang disediakan oleh GILF. Denggle.com menghimpunkan lebih 2,800 syarikat lampu di seluruh dunia dan menyediakan lebih 30,000 produk berkualiti tinggi. Sistem carian pempamer dalam talian membolehkan pembeli melihat maklumat pempamer dan mencari pempamer dengan meningkatkan peluang perniagaan.
Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China
GILF akan sentiasa berpegang kepada misi kami dan menumpu pada masa depan, meneruskan penerokaannya, menerajui industri lampu, menyepadukan sumber dan memeterai perkongsian. Kami tidak sabar-sabar untuk menantikan penyertaan anda dalam Festival Musim Luruh ini!
Hubungi: Karmen.Wu
Tel: +760-2235-3188
Laman Sesawang: www.denggle.com
Facebook: @guzhenlightingfair
E-mel: Karmen.Wu@glexpo.com.cn
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190708/2517942-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190708/2517942-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190708/2517942-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190708/2517942-1-d