SHANGHAI, 10 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2019, Huawei melancarkan AI Boost Smart I-V Curve Diagnosis 3.0, menyepadukan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam bidang pengendalian dan penyelenggaraan (O&M) solar buat julung kalinya. Penyelesaian ini menggunakan penyongsang fotovolta (PV) pintar untuk mengimbas rentetan PV bagi memperoleh hubungan (lengkung I-V) antara voltan output dan arus output. Sistem pengurusan PV pintar melaksanakan analisis berasaskan data raya pada lengkung I-V modul-modul PV, mengaplikasikan algoritma diagnosis pintar AI, mengenal pasti rentetan yang rosak dengan tepat dan mengeluarkan laporan diagnosis. Melalui pembelajaran kendiri AI, penyelesaian ini mengumpul pengalaman I-V dan mengoptimumkan model-model kerosakan, memindahkan O&M PV solar ke era AI.
Apakah Masalah Yang Boleh Diselesaikan Oleh Smart I-V Curve Diagnosis 3.0?
Terbukti sepenuhnya bahawa kerosakan modul PV merupakan faktor utama yang menjejaskan hasil tenaga daripada loji PV. Kerosakan modul PV pada peringkat awal, pertengahan dan lewat adalah amat berbeza. Pemeriksaan manual dan kawalan penyeliaan dan pemerolehan data (SCADA) tradisional tidak dapat mencari dengan tepat punca kerosakan. Pengesanan I-V tradisional ialah pengesanan luar talian yang memerlukan lawatan ke tapak dengan membawa peranti. Sebagai contoh, loji PV 100 Mega Watt (MW) mempunyai puluhan ribu modul PV dan meliputi kawasan yang bersamaan dengan 300 padang bola sepak. Hasilnya, tidak semua modul boleh diimbas. Tambahan pula, mengeluarkan laporan secara manual cenderung menimbulkan kesalahan dan memakan masa. Peningkatan senario aplikasi PV, rupa muka bumi yang rumit, selain kemunculan jenis modul PV baharu seperti modul PV dwimuka kesemuanya menghalang pengesanan manual dibuat dan juga meningkatkan kos.
Smart I-V Curve Diagnosis 3.0 Huawei mengubah pengesanan pensampelan manual tradisional. Sistem ini melaksanakan pengesanan penuh pada semua modul PV. Ia hanya mengambil masa 15 minit untuk mengimbas loji PV 100 MW dan mengeluarkan secara automatik laporan pengesanan yang meliputi 14 jenis kerosakan. Penyelesaian ini boleh digunakan untuk pelbagai senario PV seperti loji PV tanah berskala luas, teragih dan kediaman. Pengesanan disiapkan secara dalam talian, yang tidak memerlukan kakitangan membuat lawatan ke tapak. Ini dapat meningkatkan dengan ketara kecekapan O&M loji PV dalam seluruh kitar hayat dan mengurangkan kos O&M.
Dibandingkan dengan modul PV monomuka, modul dwimuka, apabila terjejas oleh keadaan cuaca dan tanah, lebih mengalami kesan tidak sepadan. Lantaran penyinaran tidak sekata pada sisi belakang modul PV dwimuka dan peresapan terpancar di tanah, keperluan ketepatan bagi pengesanan I-V adalah lebih tinggi. Selain itu, ketidakpadanan arus yang tertanggung tidak boleh terus dianggap sebagai kerosakan. Melalui pembelajaran kendiri AI, I-V Smart Diagnosis 3.0 terus beradaptasi dengan modul PV dwimuka, meningkatkan ketepatan pengecaman model modul dwimuka dan mengenal pasti dengan tepat ketidakpadanan yang disebabkan oleh bayangan dan kerosakan modul PV.
Aplikasi Smart I-V Curve Diagnosis
Diiktiraf dan diberi nilai tinggi oleh pelanggan seluruh dunia, Smart I-V Diagnosis telahpun digunakan di seluruh dunia pada daratan berskala luas, di atas bumbung perindustrian dan komersial teragih, di atas bumbung kediaman, gunung, loji PV terapung, pertanian-solar dan perikanan-solar dengan skala melebihi 5 GW setakat ini. Ia diperakui di tapak oleh TÜV Rheinland bahawa Smart I-V Diagnosis memiliki ketepatan data sehingga 0.5%. Loji PV pintar 100 MW di Golmud, Qinghai menyaksikan pengesanan selama 15 minit untuk semua rentetan PV dengan ketepatan 100%.
Di loji PV tanah beralun di Malaysia, Smart I-V Diagnosis digunakan untuk mengimbas 9,496 rentetan PV dengan 1,149 rentetan dikesan sebagai rosak. Kadar kerosakan ialah 12.1%. Berdasarkan laporan Smart I-V Curve Diagnosis, kakitangan O&M memperoleh pemahaman yang terperinci tentang status kesihatan setiap tatasusunan PV, yang memudahkan penyelenggaraan tapak yang disasarkan. Sekiranya semua kerosakan dibaiki, penjanaan kuasa oleh loji ini akan meningkat sebanyak lebih 1.5%.
Teknologi AI telah menggalakkan penaiktarafan dan transformasi perindustrian. Industri tenaga boleh diperbaharui telah memasuki tempoh pembangunan pesat transformasi digital. Dalam bidang O&M loji PV, Huawei akan memanfaatkan teknologi inovatif dan pengalaman luasnya untuk meningkatkan kecekapan O&M dengan ketara, mengurangkan kos O&M dan meningkatkan kecekapan pengendalian pada seluruh kitar hayat loji PV.
Latar Belakang Huawei:
Huawei ialah penyedia penyelesaian ICT dan tenaga rangkaian global yang terkemuka, kini menyediakan produk dan penyelesaian tenaga rangkaian di lebih 170 negara, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga billion orang di seluruh dunia. Huawei menyepadukan teknologi maklumat digital secara inovatif seperti AI, IoT, data raya dan pengkomputeran awan, dengan teknologi PV, bagi mempromosikan penyelesaian PV pintar yang utama dalam industri untuk senario berskala utiliti, komersial dan kediaman. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh perunding global IHS Markit, Huawei menduduki kedudukan No.1 di seluruh dunia bagi penghantaran penyongsang untuk empat tahun berturut-turut, dari tahun 2015 hingga 2018. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: solar.huawei.com.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190709/2519252-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190709/2519252-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190709/2519252-1-c