omniture

Haier Philippines cecah 112 peratus jumlah jualan sasaran pada separuh pertama 2019

Haier
2019-07-10 17:47 392

BEIJING, 10 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat gergasi peralatan rumah China Haier telah menambah baik strategi globalnya dan menyediakan lebih banyak pilihan produk yang pelbagai selain perkhidmatan peribadi kepada pengguna Filipina sejak ia menembusi ke dalam pasaran Filipina pada tahun 2012.

Pada separuh pertama tahun 2019, Haier Philippines menyempurnakan 112 peratus jumlah jualan sasarannya, meningkat 20 peratus berbanding tahun sebelumnya. Jualan produk-produk berkualiti tinggi seperti penyaman udara bersih sendiri mencecah rekod jualan tertinggi baharu. Enam daripada tujuh saluran jualan utama Filipina bekerjasama dengan Haier, lalu menjadikan Haier sebagai jenama arus perdana dalam saluran jualan utama.

Penjagaan yang mencukupi telah dilakukan oleh Haier untuk menyesuaikan dan menyetempatkan produk-produknya agar dapat memenuhi keperluan pelanggan Filipina dan sesuai dengan keadaan setempat di sana. Satu usaha sedemikian dibuat untuk peralatan dapur. Haier menginovasi ketuhar gas berkapasiti besar di Filipina, yang mendapat penerimaan serta merta apabila diperkenal ke dalam pasaran.

Tambahan pula, Haier Philippines sentiasa memberi kepentingan kepada peluasan penyetempatan dan komited untuk memupuk anak-anak muda di Filipina. Menurut falsafah pengurusan Haier, setiap orang merupakan individu yang berkuasa mengawal kedudukan mereka sendiri, meskipun individu berkenaan hanyalah siswazah yang baru menamatkan pengajian.

Tambahan pula, untuk menawan trend peralatan rumah yang berkualiti tinggi dan pintar, Haier akan mengukuhkan lagi susun atur luar negaranya dan pengoptimuman produk serta mengekalkan kerjasama yang erat dengan syarikat-syarikat dan jabatan-jabatan Filipina yang berkaitan untuk mempersiapkan produk dan perkhidmatan Haier dengan lebih baik.

Apabila melaksanakan kemajuan pesat dalam perniagaan, Haier Philippines turut memberi banyak perhatian kepada projek kebajikan awam.

Baru-baru ini, pasukan Haier Philippines telah mengadakan sebuah majlis hari jadi istimewa untuk kanak-kanak yang tinggal di rumah-rumah kebajikan dan menderma TV berwarna, peti sejuk dan peralatan rumah yang lain serta kelengkapan kehidupan dan sekolah kepada mereka.

Source: Haier
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sales reports