omniture

Proudfoot dan Pamela Hackett, Ketua Pegawai Eksekutif Dinamakan Pemenang Anugerah Perundingan Pengurusan CEO Today

Proudfoot
2019-07-10 18:09 56

LONDON, 10 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Proudfoot mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Pamela Hackett sebagai pemenang peringkat global Anugerah Perundingan Pengurusan 2019 CEO Today. Anugerah ini didedikasikan untuk mengiktiraf kepimpinan yang mantap dan inovatif dalam kalangan pemimpin perniagaan dalam industri perundingan. Ini disusuli dengan Anugerah Perundingan Pengurusan Forbes Proudfoot, Amerika bagi kedua-dua tahun 2018 dan 2019.

Latar Belakang Pamela Hackett 

"Pasukan Proudfoot layak mendapat pengiktirafan ini. Kami telah menyampaikan hasil dan transformasi yang begitu bermakna bersama-sama pasukan pelanggan kami sepanjang sejarah kami yang beraneka. Saya teruja kerana diiktiraf melalui Anugerah ini. Matlamat Proudfoot adalah untuk memperbaharui semula proposisi perundingan untuk pelanggan kami menjadikan perundingan sebagai suatu pelaburan dan bukannya kos. Menerusi matlamat ini, kami memberikan kad skor keputusan diaudit pelanggan pada waktu nyata kami secara dalam talian demi ketelusan penuh. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh Pasukan kami - mereka semua sentiasa bersama pelanggan kami setiap hari."

Pam menyertai Proudfoot pada tahun 1987 di Australia (di kawasan pedalaman Mount Isa Mines Queensland) di mana beliau memulakan usaha beliau, memakai but keselamatan dan memberikan set pertama faedah yang boleh diukur beliau melalui orang ramai. Beliau pernah bekerja dalam Perkhidmatan Kewangan dari Sydney ke NYC ke London, serta lombong-lombong di Andes atau sempadan Congo. Selama 30 tahun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, beliau turut berkhidmat dalam Lembaga Kumpulan Perundingan Pengurusan sebagai Pengarah Eksekutif. Pam ialah pemimpin bersemangat yang membangunkan keupayaan untuk melaksanakan perubahan sekiranya mereka ingin membawa perubahan di tempat kerja atau di dunia amnya dan menyokong "kepimpinan #HeadsUp"; tidak bergantung pada peranti, menggunakan teknologi untuk mendayakan prestasi dan berkomunikasi dengan individu dan bukan menyiasat mereka, mendorong perubahan.

Latar Belakang Proudfoot 

Proudfoot, salah sebuah syarikat perunding pengurusan yang paling lama bertapak dan paling terkenal di dunia serta pelopor kepada banyak alatan pengurusan biasa hari ini, mempunyai satu prinsip: pelaksanaan. Ia telah berpegang pada prinsip ini sejak tahun 1946, apabila Alexander Proudfoot mempelopori proposisi perundingan baharu beliau – perundingan pelaksanaan bertumpu operasi yang memberi nilai yang dapat ditunjukkan, diukur dan boleh dijejaki melalui penyelesaian berasaskan kakitangan.

Proudfoot mereka bentuk, melaksanakan dan mempercepatkan pengendalian dan transformasi digital melalui kakitangan. Merealisasikan hasil masa depan, hari ini. Proudfoot terus menyampaikan hasil yang boleh diukur ketika bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin dan pasukan-pasukan mereka untuk mencipta budaya yang dikuasakan kakitangan yang dapat beradaptasi dalam dunia perniagaan yang semakin berkembang hari ini; melibatkan, memungkinkan dan mendayakan pasukan.

Untuk maklumat lanjut - kunjungi: https://www.proudfoot.com/news-room; Untuk menemu bual Pamela Hackett sila hubungi: Lee Rennick, Ketua Pegawai Pemasaran, Proudfoot, lrennick@Proudfoot.com, +1-416-802-3574

Source: Proudfoot
Keywords: Banking/Financial Service Awards