omniture

Habanos S.A. Bawakan di Switzerland Penampilan Perdana Dunia Vitola Baharu Punch, Short de Punch

HABANOS SA
2019-07-10 23:17 120

- Punch, Short de Punch, akan dibawakan secara eksklusif oleh Intertabak AG pada 12 Julai di Switzerland

- Jenama bersejarah Habanos yang dicipta pada abad XIX, Punch, buat julung kalinya menggabungkan 50 tolok gelang dalam portfolionya, menjadi yang paling tebal dalam jenama ini

HAVANA, 10 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Habanos, S.A., melalui pengedar eksklusifnya untuk Switzerland, Intertabak AG, akan membawakan penampilan perdana dunia vitola baharu jenama Punch, Short de Punch (50 tolok gelang x 120 mm panjang). Menerusi pelancaran ini, Punch buat julung kalinya menggabungkan 50 tolok gelang dalam portfolionya, seraya meluaskan vitolario jenama ini.

Punch Short de Punch box and habanos
Punch Short de Punch box and habanos

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8574151-habanos-world-premiere-short-de-punch/

Short de Punch dipersembahkan dalam bekas Semi Boîte Nature (SBN) dengan 10 Habanos yang dibuat secara "Totalmente a Mano con Tripa Larga" - Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang, susulan pemilihan teliti kertas pembungkus, isian dan daun pengikat daripada Vuelta Abajo*, di Cuba*, salah satu yang paling diiktiraf di seluruh dunia.

Penampilan Punch, Short de Punch akan berlangsung pada 12 Julai di Hotel Storchen of Zurich, Switzerland. Acara ini akan menerima sekitar 250 tetamu yang akan mendapat keistimewaan untuk mengenali dan menikmati vitola Punch baharu ini, dengan tolok yang tebal dan asap yang lebih cepat, namun dengan rasa bercirikan jenama ini.

Short de Punch ialah vitola trend baharu dengan dimensi unik dalam jenama ini. Punch sebagai jenama telah digunakan dalam Edisi Serantau untuk pasaran-pasaran berbeza, dengan penerimaan hebat oleh penggemar dan peminat Habanos. Vitola ini, dengan 50 tolok gelang x 120 mm panjang, menawarkan pilihan baharu buat mereka yang gemarkan Habanos tolok tebal dan ini menjadi 50 tolok gelang pertama digabungkan dalam jenama ini.

Selain itu, jenama Punch, yang lahir pada abad XIX, ialah salah satu daripada jenama Habanos yang paling lama bertapak. Ia dicipta oleh Don Manuel Lopez de Juan Valle, dengan hasrat untuk menembusi pasaran Inggeris. Atas sebab ini, jenama ini mendapat namanya daripada penerbitan lawak jenaka yang menjadi trend ketika itu di England, Mr. Punch.

Intertabak AG ditubuhkan pada tahun 1995 dan berpangkalan di Pratteln, Switzerland. Ia merupakan pengedar eksklusif Habanos, S.A. untuk Switzerland dan Liechtenstein. Ia mempunyai 3 Casa del Habano, 20 Habanos Specialists, 70 Habanos Points dan 12 Habanos Lounge & Terrace, sejumlah 335 tempat jualan khas.

Corporación Habanos, S.A. 

Corporación Habanos, S.A. ialah peneraju dunia dalam pemasaran cerut Premium di Cuba dan di seluruh pelosok dunia. Ia mempunyai rangkaian pengedaran eksklusif yang terdapat di kelima-lima benua dan di lebih 150 negara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.habanos.com

Habanos, S.A. memasarkan 27 jenama Premium yang dihasilkan secara Totalmente a Mano (Buatan Tangan Sepenuhnya) dan dilindungi oleh Apelasi Asal Terpelihara (A.O.P.), termasuk Cohiba, Montecristo, Romeo y Julieta, Partagás, Hoyo de Monterrey dan H. Upmann.

* Apelasi Asal Terpelihara 

Bahan Grafik: https://fileshare-emea.bm.com/fl/P3Fz3phGsa

Untuk lebih banyak maklumat umum: 
www.habanos.com 
https://www.instagram.com/habanos_oficial/ 
https://twitter.com/Habanos_Oficial 
https://www.youtube.com/channel/UCstGLy96wdZG7eCM4855_DA 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/944507/PUNCH_SHORT_3.jpg

Untuk maklumat akhbar selanjutnya:
press.habanos@yr.com 
Carla Lladó
Tel: +34-669-54-69-09

Source: HABANOS SA
Keywords: Tobacco New products/services MAT (Mature Audience)