omniture

Quantstamp Audit Platform Rantaian Blok Kakao Klaytn

Quantstamp
2019-07-10 23:57 90

SAN FRANCISCO, 10 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Quantstamp, sebuah syarikat keselamatan rantaian blok sokongan Y Combinator, telah menyelesaikan audit kontrak pintarnya untuk Klaytn, platform rantaian blok yang dicipta oleh Kakao, pengendali platform pemesejan dominan di Korea Selatan KakaoTalk. Dibina oleh GroundX, subsidiari Kakao, Klaytn ialah platform rantaian blok bertumpu perniagaan yang direka untuk penerimaan besar-besaran.

Quantstamp a Y Combinator-backed blockchain security company, has completed its audit of smart contracts for Klaytn, the blockchain platform created by Kakao. Built by GroundX, a Kakao subsidiary.
Quantstamp a Y Combinator-backed blockchain security company, has completed its audit of smart contracts for Klaytn, the blockchain platform created by Kakao. Built by GroundX, a Kakao subsidiary.

"Cabaran terbesar yang dihadapi oleh aplikasi rantaian blok hari ini ialah penerimaan pengguna," ujar Richard Ma, Ketua Pegawai Eksekutif Quantstamp. "Dengan lebih 90% penembusan pasaran di Korea dan 40 juta pengguna aktif bulanan, Kakao berkedudukan baik untuk membawakan rantaian blok kepada kumpulan pengguna yang besar dan aktif."

Dengan kepercayaan bahawa perniagaan akan mendorong penerimaan besar-besaran teknologi rantaian blok, Klaytn direka untuk menangani semua sekatan yang menghalang penerimaan rantaian blok pada hari ini. Bagi memudahkan pembangunan, ia menyediakan pengalaman pembangun yang mantap melalui penggunaan biasa Solidity, persekitaran pembangunan dan alatan sokongan. Untuk perusahaan, ia memberikan ketelusan dan integriti teknologi rantaian blok dengan prestasi dan keandalan yang diperlukan untuk aplikasi perniagaan. Untuk pengguna pula, platform Klaytn menyediakan acara untuk memudahkan penciptaan dan pengurusan akaun, penyimpanan kunci persendirian dan penyediaan serta pemasangan dompet, selain panduan dan rujukan UX untuk pembangun mencipta antara muka yang mudah digunakan.

"Dengan Klaytn, kami mempunyai teknologi dan rakan niaga yang kami rasakan benar-benar dapat meluaskan dan menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pengguna baharu yang besar," kata Junsic Youn, Ketua Pengurusan Produk di GroundX. "Dengan skala projek ini, risikonya tinggi dan kami ingin memastikan ia selamat untuk digunakan. Quantstamp memiliki reputasi yang baik untuk audit yang menyeluruh. Proses dan pengalaman profesional mereka dalam bidang ini mendorong kami untuk memilih mereka bagi menjamin keselamatan platform rantaian blok Klaytn."

Dapatkan Audit dengan Quantstamp
Berminat untuk menerima audit Quantstamp atau perkhidmatan lain? Syarikat-syarikat natif kripto terbaik mempercayai Quantstamp untuk mengaudit produk-produk mereka termasuk Chainlink, OmiseGO dan Binance. Ketahui lebih lanjut di sini.

Latar Belakang Quantstamp
Quantstamp  ialah sebuah syarikat keselamatan rantaian blok sokongan Y Combinator yang menjalankan audit kontrak pintar dan turut membangunkan produk, perkhidmatan, protokol keselamatan dan alatan keselamatan automatik lain yang dikuasakan oleh QSP. Rangkaian Keselamatan Quantstamp bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan kontrak pintar dan reputasi projek-projek yang menghasilkan kontrak-kontrak pintar dengan menghasilkan laporan imbasan yang boleh diakses secara terbuka. Baru-baru ini, Quantstamp berkembang ke Jepun. Dapatkan audit atau jalankan imbasan keselamatan hari ini di Quantstamp.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/944743/klaytn.jpg

 

Source: Quantstamp
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Blockchain Financial Technology