omniture

Las Vegas Alu-alukan Delta Hotels By Marriott Pertama Semasa Upacara Pecah Tanah

CAI Investments
2019-07-12 07:00 144

CAI Investments Mulakan Pembinaan Hotel 24-Tingkat, 284-Bilik, Terletak di West of the Strip

LAS VEGAS, 12 Julai 2019  /PRNewswire/ -- Pada hari Rabu, 26 Jun lalu, CAI Investments memecah tanah tapak masa depan untuk Delta Hotels by Marriott pertama Las Vegas yang terletak di 3883 West Flamingo Road. Bagi meraikan projek ini, Pesuruhjaya Clark County Michael Naft, pengasas CAI Investments, Christopher Beavor dan eksekutif-eksekutif daripada Marriott International dan Crescent Hotels & Resorts, bergambar untuk upacara rasmi menggali dengan penyodok dan pada 26 Jun 2019 diisytiharkan secara rasminya sebagai "HARI CAI INVESTMENTS – DELTA HOTEL."

Las Vegas Welcomes First Delta Hotels By Marriott During Groundbreaking Ceremony (PRNewsfoto/CAI Investments)
Las Vegas Welcomes First Delta Hotels By Marriott During Groundbreaking Ceremony (PRNewsfoto/CAI Investments)

Hotel mewah setinggi 24 tingkat itu akan menawarkan pelancong dan tetamu konvensyen dengan pengalaman fungsian khidmat penuh melalui kira-kira 10,000 kaki persegi ruang mesyuarat dan kira-kira 1,600 kaki persegi ruang peruncitan, berserta ameniti yang mudah termasuk kolam atas bumbung, pusat kecergasan, tempat letak kenderaan berbumbung, bar ruang makan lobi dan bar kopi. Bersebelahan dengan jejantas Harmon, hartanah sifar garis lot yang unik itu akan menyediakan tetamu dengan akses yang tiada tandingan ke Las Vegas Strip serta pusat-pusat konvensyen utama.

Dijangka akan dibuka pada suku keempat tahun 2021, Delta Hotels by Marriott ialah fasa terakhir pembangunan pelbagai guna 8.6 ekar CAI Investments, yang bermula pada tahun 2017. Projek bernilai berjuta-juta dolar itu juga melibatkan 27,000 kaki persegi ruang runcit dan restoran dengan peniaga-peniaga yang telahpun disahkan termasuk Walgreens, Del Taco, Denny's, Wahoo's Fish Tacos dan Chick-Fil-A.

Muat turun persembahan dan imej projek daripada acara tersebut di sini
Muat turun gulung-b daripada acara tersebut
di sini
Kredit Foto dan Video: Radioactive Productions

LATAR BELAKANG CAI INVESTMENTS:
CAI Investments memberi tumpuan untuk menyediakan pulangan pelaburan yang terjamin dan menarik melalui pemerolehan strategik dan pengurusan aset daripada aset-aset berasaskan hartanah yang bermasalah bagi mengukuhkan kestabilan dan pertumbuhan Pasaran A.S. Firma pelaburan yang dipandang tinggi ini membiayai, membangunkan dan mengurus hartanah dalam seluruh pasaran utama di seluruh negara. Sebagai sebuah syarikat yang bersepadu sepenuhnya dengan kira-kira 20 kakitangan, CAI Investments mengurus seluruh proses pembangunan hartanah untuk beberapa syarikat yang terbesar dan paling berpengaruh di dunia, mengkhusus dalam industri-industri seperti perkhidmatan, korporat, peruncitan dan hospitaliti. Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi caicap.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/944892/Delta_Render_Overall.jpg

Source: CAI Investments
Related Links:
Keywords: Commercial Real Estate Hotels and Resorts Real Estate Travel Corporate Expansion New products/services