omniture

Peralatan suis terlitup logam 24 kV mampu operasi kutub tunggal bebas-SF6 kompak yang pertama di dunia

Vizimax Inc.
2019-07-12 22:56 125

VIZIMAX dan TAVRIDA ELECTRIC lancar peralatan suis terlitup logam 24 kV kendalian kutub tunggal, bebas SF6, kompak dan pertama di dunia dengan kawalan pensuisan termaju, segerak dan bebas transien.

LONGUEUIL, Quebec dan TETTNANG, Jerman, 12 Julai 2019 /PRNewswire/ -- VIZIMAX dengan sukacitanya mengumumkan kerjasamanya dengan TAVRIDA ELECTRIC, peneraju global bagi pemutus litar vakum voltan sederhana, peralatan suis dan penyelesaian pengautomatan pengagihan. Kerjasama ini menggabungkan pemutus litar vakum dan peralatan suis TAVRIDA ELECTRIC yang amat andal dan tanpa penyelenggaraan dengan peranti pensuisan terkawal VIZIMAX. Gabungan ini akan mencapai arus rempuh masuk menghampiri sifar dan mengurangkan lendutan voltan apabila memberi tenaga kepada pengubah kuasa, sambil menyingkirkan transien memusnah apabila menukar ganti kapasitor MV, turas harmonik dan reaktor.

Pemutus litar peralatan suis terlitup logam 24 kV kendalian bebas kutub ini menyediakan pelanggan seluruh dunia VIZIMAX dan TAVRIDA ELECTRIC dengan penyelesaian siap guna untuk batasan CAPEX, pengurangan transien dan pemeliharaan aset yang disasarkan pada utiliti kuasa, tenaga boleh diperbaharui, perlombongan, pembuatan keluli, landasan kereta api dan industri berintensifkan elektro.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan TAVRIDA ELECTRIC untuk bersama-sama menawarkan penyelesaian yang telah lama dicari-cari bagi meningkatkan sambungan grid dan memaksimumkan penggunaan infrastruktur kuasa sedia ada," kata Jean-Guy Lacombe, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif VIZIMAX. Pada masa kini, utiliti kuasa, penjana dan IPP/OEM dalam tenaga boleh diperbaharui melaksanakan loji kuasa angin dan solar yang lebih besar. Ini membawa kepada kapasiti pengubah kuasa yang semakin meningkat yang menuntut arus rempuh masuk dan pengurangan lendutan voltan. "Kedua-dua pasukan banyak berhubung sepanjang bulan lalu. Kini kami telah bergabung untuk menyediakan penyelesaian rintis dan proposisi nilai yang unik," tambah Lacombe.

"Kerjasama ini membawakan penyelesaian canggih yang diingini oleh ramai pelanggan kami di seluruh dunia," kata Johannes Okon, Pengarah Urusan Eropah Barat TAVRIDA ELECTRIC. Pemampas kuasa reaktif termaju dan pembetulan faktor kuasa mendapat permintaan tinggi dan menghasilkan keperluan besar untuk peralatan pensuisan yang lebih andal dan pemeliharaan beban yang reaktif. "Penyelesaian kami dapat menyingkirkan transien pensuisan dan mengekalkan peralatan, di samping mendayakan pensuisan pantas bank kapasitor dan turas harmonik," tambah Okon.

Latar Belakang VIZIMAX – www.vizimax.com

Pengeluar Kanada bagi penyelesaian kawasan dan pengautomatan untuk kuasa HV dan MV, VIZIMAX menawarkan grid kuasa, penjana kuasa dan pengawal serta alatan analitik terbukti industri berat. Peranti Pensuisan Kawalannya membolehkan batasan arus rempuh masuk dan pensuisan bebas transien.

Latar Belakang TAVRIDA ELECTRIC - www.tavrida.com

TAVRIDA ELECTRIC memberi tumpuan pada pemutus litar vakum, peralatan suis inovatif, pengautomatan talian overhed dan penyelesaian naik taraf sehingga 38kV. Sejak tahun 1990, keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi inovatif untuk projek dalaman/luar dan program perkongsian OEM telah menempatkan syarikat sebagai antara 3 peneraju utama bagi peralatan suis voltan sederhana.

Untuk maklumat lanjut: maklumat perhubungan VIZIMAX: Nicolas Lacombe, +1-450-679-0003, nmlacombe@vizimax.com; maklumat perhubungan TAVRIDA: Alex Kazakov, +372 511 8189, ka@tavrida.ch

 

Source: Vizimax Inc.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Utilities New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)