omniture

Microsoft umum pelaburan luaskan peluang untuk rakan kongsi

Microsoft Corp.
2019-07-14 04:13 129

Mendahului Microsoft Inspire, syarikat berkongsi bagaimana ia menyelaraskan pelaburan rakan kongsi untuk era awan, termasuk kemas kini untuk Teams, Dynamics 365, Azure  

REDMOND, Washington, 14 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Pada hari Khamis, Microsoft Corp. mengumumkan pelaburan baharu dalam teknologi dan program yang diwujudkan untuk menyokong ekosistem rakan kongsinya. Pelaburan ini bertujuan untuk membantu mengoptimumkan penglibatan rakan kongsi Microsoft untuk era awan.

Microsoft company logo.
Microsoft company logo.

"Pelanggan mahupun rakan kongsi terus beralih kepada infrastruktur awan dan mempercepatkan transformasi digital mereka, membawa kami ke tahap perkongsian yang baharu dan berbeza," kata Gavriella Schuster, naib presiden korporat kumpulan One Commercial Partner Microsoft. "Portfolip program, tawaran dan sumber kami untuk syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan Microsoft mengalami transformasi untuk membantu mereka memanfaatkan peluang ini."

Berikut merupakan beberapa sorotan penting daripada berita yang diumumkan hari ini, dengan butiran lanjut disediakan di sini.

Pelaburan dalam produk dan program

  • Peluasan dan penerimaan Microsoft Teams. Hanya dua tahun selepas pelancarannya, kini Teams mempunyai 13 juta pengguna aktif harian dan 19 juta pengguna aktif mingguan. Syarikat turut mengumumkan ciri-ciri baharu dalam Microsoft Teams untuk setiap pekerja—termasuk cara baharu untuk menyokong organisasi-organisasi penjagaan kesihatan dan pekerja-pekerja barisan depan. Penyepaduan rakan kongsi baharu tambahan termasuk sokongan untuk pusat perhubungan, rakaman pematuhan dan penyedia penyelesaian awan. 
  • Kemas kini Dynamics 365. Syarikat mengumumkan kemas kini penting kepada Pemecut Bukan Untung Dynamics 365  dan dua penyepaduan baharu untuk Dynamics 365 yang menumpu pada industri automotif dan perkhidmatan kewangan. Selain itu, program Business Applications ISV Connect disediakan kepada umum, dengan alatan dan panduan pembangunan baharu, sumber pasaran, proses penglibatan bidang bersama dan sokongan ke pasaran. 
  • Memperkenalkan Azure Lighthouse. Azure Lighthouse memberikan rakan kongsi dengan satah kawalan tunggal untuk melihat dan mengurus Azure secara meluas merentas semua pelanggannya. Ini memberikan pengalaman Azure yang diuruskan dengan lebih baik dengan pengautomatan dan kecekapan lebih tinggi, menghasilkan keterlihatan dan keselamatan lebih besar untuk pelanggan. Ini merupakan kali pertama Microsoft mereka bentuk penyelesaian pada skala ini, bersama rakan kongsi dan untuk rakan kongsi.
  • Program Migrasi Azure. Program Migrasi Azure (AMP) baharu membantu pelanggan mempercepatkan migrasi mereka ke Azure. AMP menawarkan nasihat dan alatan yang proaktif untuk membantu mengurangkan risiko dan menangani isu biasa yang dikaitkan dengan pemindahan beban kerja ke awan.

Meluaskan peluang rakan kongsi

Sejak penubuhan program jualan bersama Microsoft 24 bulan lalu, program ini menyaksikan pendapatan rakan kongsi berkontrak tahunan mencecah $9.5 bilion. Pelaburan yang diumumkan minggu ini dibuat untuk memanfaatkan peluang tersebut:

  • Ketersediaan umum kecekapan Microsoft Security. Kecekapan baharu ini membolehkan rakan kongsi memasarkan kepakaran mereka dan memberi akses kepada pelbagai faedah yang diwujudkan untuk mendayakan pertumbuhan dan keuntungan perniagaan.
  • Lima pengkhususan termaju: Ini termasuk Migrasi Windows Server dan SQL Server ke Microsoft Azure, Migrasi Linux dan Pangkalan Data Sumber Terbuka ke Microsoft Azure, Migrasi Gudang Data ke Microsoft Azure, Pemodenan Aplikasi Web dalam Microsoft Azure dan Kubernetes pada Microsoft Azure.
  • Kemajuan baharu dalam pasaran. Model penentuan harga tambahan, program ganjaran dan laluan baharu ke pasaran diperkenalkan pada bulan Julai untuk syarikat-syarikat yang menyiarkan tawaran yang boleh ditransaksikan dalam pasaran komersial diperluas Microsoft. Model penentuan harga termasuk pengebilan SaaS bulanan dan tahunan, pilihan pengebilan bermeter tersuai, kontrak standard dan percubaan SaaS percuma yang ditukar kepada penglibatan berbayar.  

Latar Belakang Microsoft Inspire

Microsoft Inspire menyediakan komuniti rakan kongsi Microsoft dengan akses kepada strategi pemasaran dan perniagaan utama, kepimpinan, dan maklumat mengenai penyelesaian pelanggan khusus yang direka untuk membantu rakan-rakan kongsi berjaya dalam pasaran. Bersama-sama peluang pembelajaran informatif yang meliputi jualan, pemasaran, perkhidmatan dan teknologi, Microsoft Inspire merupakan persekitaran yang ideal untuk rakan kongsi mendapatkan pengetahuan berharga daripada rakan setara mereka dan daripada Microsoft. Maklumat lanjut boleh didapati di https://partner.microsoft.com/en-us/inspire.

Latar Belakang Microsoft

Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) membolehkan transformasi digital untuk era awan pintar dan pinggiran pintar. Misinya adalah untuk memperkasakan setiap orang dan setiap organisasi di planet ini untuk mencapai lebih banyak lagi.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/24227/microsoft_corp_logo226_9217jpg.jpg

 

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet