omniture

Quectel Umum Penyenaraian dalam Bursa Saham Shanghai

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
2019-07-17 01:50 451

SHANGHAI, 17 Julai 2019 /PRNewswire/ -- 

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.  ("Quectel" atau "Syarikat", Kod Saham: 603236.SH), pembekal global yang terkemuka bagi modul selular dan GNSS, mengumumkan bahawa Syarikat telah menyenaraikan tawaran awam awal 22,300,000 syer daripada saham biasa pada nilai RMB 43.93 sesaham pada papan utama Bursa Saham Shanghai hari ini. Hasil kutipan daripada IPO ini sebahagian besarnya akan digunakan untuk meluaskan portfolio produk 5G, LTE berkelajuan tinggi dan LPWA Syarikat serta membina pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta sokongan teknikal, yang akan meningkatkan daya saingnya dengan ketara bagi menjamin pertumbuhan yang berterusan dan stabil.
Majlis membunyikan loceng Quectel di Bursa Saham Shanghai
Majlis membunyikan loceng Quectel di Bursa Saham Shanghai

Sekumpulan empat individu termasuk Patrick Qian, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Quectel, Wang Hongwei, Timbalan Gabenor Daerah Xuhui Shanghai, Doron Zhang, Ahli Lembaga dan Naib Presiden Kanan Quectel, serta Norbert Muhrer, Naib Presiden Kanan Jualan Global Quectel bersama-sama membunyikan loceng perasmian di Bursa Saham Shanghai pada Selasa pagi, yang menandakan pencapaian utama dalam perjalanan "Membina Dunia Lebih Pintar" yang bermula apabila Syarikat ditubuhkan pada tahun 2010.

"Diniagakan secara terbuka menunjukkan permulaan baharu untuk Quectel dan akan membawa peluang hebat yang akan membolehkan kami meningkatkan daya saing utama kami dan mempercepatkan peluasan global," kata Patrick Qian, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif. "Pada masa depan, kami akan terus menginovasi, menjadi peneraju dalam bidang teknologi dan membangunkan Quectel menjadi pembekal modul terhebat di dunia agar kami dapat menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, mendorong pembangunan industri IoT ke hadapan, mencipta platform kerja cemerlang untuk kakitangan serta meningkatkan nilai untuk pemegang saham."

Quectel telah memberi tumpuan pada modul selular dan GNSS serta telahpun membina portfolio produk yang paling luas dalam industri meliputi modul-modul 5G LTE/LTE-A NB-IoT/LTE-M C-V2X Android Pintar , 3G, 2G dan GNSS. Produk-produk ini telah mendayakan sambungan IoT untuk lebih 5,000 pelanggan perusahaan di lebih 150 negara dan wilayah dalam bidang seperti pembayaran tanpa wayar, telematik dan pengangkutan, tenaga pintar, bandar pintar, keselamatan , get laluan tanpa wayar, industri, kehidupan & penjagaan kesihatan serta pertanian & pengawasan persekitaran.

Beribu pejabat di Shanghai, Quectel kini beroperasi di seluruh dunia menerusi perniagaan antarabangsa yang dipimpin oleh pengurus-pengurus yang terkenal dalam industri termasuk Naib Presiden Kanan Jualan Global Norbert Muhrer, Naib Presiden Jualan EMEA Dominikus Hierl dan Naib Presiden Jualan Wilayah Amerika Utara Peter Fowler. Kini, syarikat telah membina jaringan sokongan jualan dan teknologi global bagi menawarkan pelanggan dengan perkhidmatan tertutup yang disokong oleh pasukan Quectel yang menghubungkan keupayaan luar negara dan China.

Latar Belakang Quectel Wireless Solutions

Quectel Wireless Solutions ialah pembekal global yang terkemuka bagi modul-modul 5G, LTE/LTE-A, NB-IoT/LTE-M, Automotif, Android Pintar, UMTS/HSPA(+), GSM/GPRS dan GNSS . Sebagai pembangun teknologi IoT dan pembekal modul selular profesional, Quectel berupaya menyediakan perkhidmatan sehenti untuk modul-modul selular IoT. Produk-produk Quectel telahpun diaplikasikan secara meluas dalam bidang-bidang IoT/M2M termasuk pembayaran pintar, telematik dan pengangkutan, tenaga pintar, bandar pintar, keselamatan, get laluan tanpa wayar, industri, penjagaan kesihatan, pertanian dan pemantauan persekitaran. Untuk maklumat lanjut, layari  laman sesawang Quectel, halaman  LinkedIn Facebook  dan  Twitter .

Foto -  https://photos.prnasia.com/prnh/20190716/2525719-1

Source: Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:603236.SS
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment Offerings